bismillah
waktu hati Kakak tengah bergalau semacam, Kakak pegang al-Quran coklat, dan 'selinap' perlahan-lahan ke Iman yang sedang tatap mushaf merah jambu.
Maghrib itu, Ummi mengaji Al-Quran. Iman membaca Al-Quran. Iman tutup, buka, tutup, buka mushaf mengulang hafalan, lagi dan lagi.
Jum'ah, Nuh, Al-Mulk, semua Iman baca, 'testing' depan Kakak. Kakak diam, angguk, dan kadang-kadang perbetul sekali dua lidah Iman yang tersalah sebut.
Iman hafal laju. untung-untung, satu hari nanti, laju hafalan di dunia, akan laju juga terbang ke tingkat demi tingkat di Syurga.
hati Kakak rasa lapang. jiwa Kakak rasa tenang. tapi, bila pula Kakak mau mula menghafal macam Iman? supaya satu hari nanti, kita berlari-lari di tingkat yang sama di Syurga?
dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) al-Quran nanti : "bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal).” (hr. abu daud no. 1464 dan tirmidzi no. 2914, sahih kata sheikh al-albani).
--
macam Ustaz Zaharuddin cakap;
macam Ustaz Zaharuddin cakap;
"kita sepatutnya semakin sedar bahawa umur kita semakin pendek, dan kita semakin perlu mempunyai suatu target untuk kita capai. ia juga bermakna, kita sepatutnya lebih matang daripada tahun sebelum ini.
untuk itu, kita perlu lebih memaknakan amalan-amalan yang kita lakukan. mungkin kita sudah terbiasa melakukan sesuatu amalan, tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi erti kepada amalan tersebut?
kalau kita solat, bagaimana menambahkan kekhusyukannya? kalau berdoa, bagaimana untuk kita lebih faham ertinya? kalau bekerja, bagaimana untuk tak bosan melakukan sesuatu kerja?"
-ustaz zaharuddin, mencari erti penghijrahan
hmm?
kemonlah Kakak!
--
"siblings are the people we practice on, the people who teach us about fairness and cooperation and kindness and caring, quite often the hard way" - pamela dugdale
get married.
6 comments:
InsyaAllah.
Doa-doakan la Iman boleh pi DQ!
Akak pun dah hafal banyak dah! Come on, boleh kita sama-sama hapai nanti.
p/s ; SEMOGA BERTEMU DI SYURGA. AMIN :)
iman;
thats very sweet of u. jazakillahhu khayran. doakan akak wokeyy! ;)
terkesan dgn kata2 ustaz tu.. nk share? hee
terkesan dgn kata2 ustaz tu.. nk share? hee
doakan ^^,
cik.furas;
sure!
jazakillahhu khayran :)
sumaiyyah;
insyaAllah.
doakan akak jugak :)
Post a Comment