bismillah
aku suka rasa ini.
rasa bila jalan rak demi rak, tak terjumpa satu buku pun yang aku mau. rasa bila tulis huruf demi huruf, satu pun tak terhubung. rasa bila baca huruf demi huruf, satu pun tak terlekat. rasa bila masa penuh rasa kosong, rasa bila rasa ringan rasa beban, rasa bila senyum rasa pahit, jujur rasa dusta, amanah rasa khianat, cinta rasa benci, pahala rasa dosa. rasa bila rakaat rasa singkat, doa rasa pendek, sujud rasa tawar, solat rasa bosan. rasa sakit yang menghempap jiwa, rasa kecewa yang menundukkan bongkak, rasa malu yang men'sampah'kan diri, rasa sempit yang memencilkan, mengecilkan, memvakumkan seluruh tubuh.
hingga sampai kepada rasa-rasa yang membawa hati pulang ke muara asalnya, kepada -Dia.
aku suka rasa ini.
--
dan kata ustaz:
satu;
kumpulan yang menerima iman Islam secara doktrin tanpa kefahaman, kualiti imannya sangat rendah.
kedua;
kumpulan yang menerima iman Islam kerana sesuai dengan logik dan pemikiran, keyakinannya bertambah mantap, namun amalannya akan masih kurang.
ketiga;
kumpulan yang menerima Islam berdasarkan pemikiran, kefahaman, dan ketaatan, keyakinannya akan bertambah jelas, ketaatannya semakin bertambah , yang mendorongkannya untuk lebih banyak beramal dan memperbaiki amalannya.
dan kumpulan yang ketiga, Allah terangi hatinya dengan cahaya.
20121206
ta'alim; uiam.
ta'alim; uiam.
--
"..ya Allah,
terangilah hatiku dengan cahaya,
terangilah, terangilah.."
terangilah hatiku dengan cahaya,
terangilah, terangilah.."
2 comments:
assalamualaikum akak
huuu... akak pegi ke semalam.
untuk rasa yang atas itu, saya rasa sakit. T___T
cuba untuk membawa diri pulang ke muara asalnya, kepada -Dia
perit sekali kerana jiwa seperti ditarik-tarik pergi
saat doa tidak tertangisi walau jauh disudut hati ingin sekali menumpahkan
rasa 'sampah' sekali
semoga saya, akak dan yang lain, dapat menjuruskan diri dalam golongan ketiga
insyaAllah :')
alyaa;
wa'alaikummussalam wrt
alhamdulillah. yep, pegi. tapi, akak terlewat sikit. tercari-cari jugak alyaa semalam.
insyaAllah, ameen
:)
Post a Comment