Pages

Monday, December 10, 2012

hikayat (i), (ii), (iii).

bismillah

hikayat (i); jihad

selama 23 tahun hidup, cuma pernah dengar tentang cubaan membunuh diri kerana cinta. tapi kebelakangan, bila kes ini terjadi depan mata sendiri, banyak sangat hikmah dan pelajaran buat diri. hmm, subhanallah.

rasa macam, patutlah Rasulullah pernah berpesan dalam *mafhum satu sabdanya, cintailah dan bencilah sekadarnya. patutlah, Nabi Daud juga pernah berdoa, dikurniakan cinta yang benar; cinta orang-orang yang mencintaiNya, dan cinta segala yang mendekatkan kepada cintaNya. malah, al-Quran sendiri pernah menghurai berulang-ulang tentang cinta, terutamanya nilaian cinta orang-orang yang beriman (al-baqarah : 165), dan fitrah rongga, yakni tempat terhuninya cinta. (al-ahzab : 4) 

kalau dikaji dalam bahasa arab sendiri, punya banyak perkataan untuk menerangkan maksud cinta. “al-hawa”, “al-hubb”, “as-syauq”, dan banyak lagi. setiap satunya, mencirikan peringkat-peringkat cinta. kata ustaz abdul naseer dulu, perkataan “cinta” untuk peringkat tertinggi adalah “al-‘ibadah”; -penyembahan. kita menyembah, kerana cinta. dan cinta jenis ini, hanya milik Al-Khaliq. selamanya, milik -Allah! 

namun, bila makhluklah yang disembah manusia, “hidup” dan “mati” akan dipertaruhkan untuk makhluk tadi. sebab inilah mungkin, manusia terjebak dalam bunuh diri, gara-gara cinta tadi yang telah mati. 

betapa saya banyak belajar dari dia. terkhusus yang ini: bila hubungan kita dengan Allah lemah, cinta lain akan terdahulu menguasai hati, hingga membuatkannya tanpa sedar menjadi sembahan kita. dan cinta sebegini ini, tidak memilih sesiapa, kawan. boleh jadi, diri kita sendiri, tanpa kita sedar. naudzubillah. 

ps: hati-hati, kawan. hati-hati, menjaga hati. 

-- 

hikayat (ii); medium jihad

dalam satu kelas parenting yang aku rasa “bebas, nikmat, dan lapang”, satu hari madam memegang marker, dan dengan gaya spontannya seperti selalu, melukiskan satu mindmap. kali ini, peta mindanya berbentuk rumah. di tengah-tengah lukisan rumahnya tertulis; “baitul muslim”. cabang-cabang yang lain, langsung diisi pantas, dengan memenuhkan soalan-soalan ini; 

i. sebab perkahwinan? 
ii. ciri-ciri pasangan? 
iii. azam atau matlamat perkahwinan? 
iv. harapan kepada diri, pasangan dan perkahwinan? 

dan madam suruh kami jawab, bersoal jawab dengan diri sendiri. 

kami? 
lama. 

sungguh lama, 
kami terhenti di sini; 

-berfikir. 

akhir kelas, kata madam

“tidak ramai yang mahu berfikir dengan serius untuk soalan-soalan serius. apapun, jawapan kita adalah cara kita mengenal diri. jawapan kita adalah kematangan kita. jawapan kita adalah cara hidup kita. jawapan kita adalah masa sekarang, masa kini, dan masa depan kita”. 

hmm? 

ps: kalaulah, kalaulah madam ini betul-betul wujud waktu aku ambil subjek parenting dulu. errk

--

hikayat (iii); ummul mujahid

terima kasih untuk cinta yang ini. 

semacam, cinta ini pun sedang mengulang kata Imam Hasan Al-Hudaibi; "tegaklah Islam dalam dirimu, nescaya tertegak Islam di tempatmu". 


(fb)


untuk kesemua hikayat, sedar-sedar dan fikir-fikir, betapa susahnya men-sibghah-kan sepenuhnya peribadi Muslim dalam diri. apapun, inilah jihad kita, Allahhu Musta'an!

ameen.



_______
* berkata imam at-turmudzi rahimahullah: "bab maa ja-a fi ilqthishad filhubbi walbughdhu (sederhana dalam cinta dan benci)" hlmn. 2065; 

"dari abu hurairah, dia berkata, "cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu." 

hadis ini disahihkan oleh imam al muhaddis al al-bani (sahih at-turmudzi lil albani, hlmn. 1997)

2 comments:

Puteri said...

:') moga kita berjodoh di syurga wahai ukhti. terasa ada satu perasaan lama yang kembali menyapa diri cuma dgn cara yg sungguh jauh berbeza. di saat aku rasa xmampu bertahan dgn jiwa kewanitaanku, aku merinduimu...terlalu.

Umairah. said...

puteri;

rasa tak layak nak ungkap doa nie, sebab diri pun tak sekuat mana, hmm T.T

tapi, ya Allah, kuatkanlah, teguhkanlah, dan tsabatkanlah sahabatku ini selalu, selalu, dan selalu

amin3!