Pages

Wednesday, September 12, 2012

07:11.

bismillah

selain solusi (rm10) yang saya kira lebih untuk penyegaran hati, majalah I (rm5) dan millenia muslim (rm8) yang lebih untuk pencaknaan minda, dan sejak-sejak akhir ini, JOM! (rm6) telah mendapat tempat di hati, tapi peliknya, saya pun taktau kenapa.

hampir (rm30) untuk sebulan. kalau menabung (rm1) setiap hari, amacam?

--

nah, ringkasan JOM/ Isu 06!
(gaya malas reviu);

"lalu, hasil daripada ketaqwaan itulah yang melahirkan neraca dalam hati. neraca yang menjadi neraca dalam hati kita. 

kita mungkin sudah tahu banyak perkara tentang kehidupan dan Islam. kelas agama, ceramah agama, serta bahan-bahan agama begitu pesat membanjiri bumi dakwah di negara kita. namun, yang kurangnya adanya adalah neraca itu. dalam bahasa arabnya adalah al-furqan, keupayaan untuk membezakan antara al-haq dan batil. 

keupayaan untuk memilih jalan lebih baik daripada jalan-jalan biasa lainnya. ramai yang sukakan Islam, tetapi tidak ramai yang betul-betul all-out untuk amalkan Islam dan menanggalkan pakaian jahiliyahnya."

hlmn. 6-7, kompas pilihan itu di tangan anda; 
humaira'

--

"..sebagai balasannya, rakyat yang bangkit terutamanya golongan muda, menginginkan sebuah gerakan Islam untuk menjadi sebahagian daripada aktor penting bagi mengisi vakum pasca revolusi. sebagai contohnya di mesir, apabila wakil ikhwanul muslimin tidak dilibatkan dalam pembentukan kabinet sementara mesir, rakyat bangkit menolak kabinet tersebut."

hlmn. 26, gerakan islam pasca arab spring; 
dr maszlee malik

--

"..maka begitulah keadaan kita sekiranya kita tidak cukup maklumat tentang sesuatu. akan penuhlah fikiran ini dengan tanggapan, sangkaan-sangkaan dan pelbagai perkara yang tidak tepat. bagaimana mungkin kita dapat memahami sesuatu perkara ataupun keadaan, tanpa kita memperoleh sebanyak mungkin maklumat bagi mendapatkan gambaran yang jelas.."

hlmn. 36, bagaimana saya mula sedar akan keindahan dakwah; 
prof madya dr. umi kalthum ngah

--

"cinta mampu mengubah manusia. maka, untuk menjadi hamba yang dicintai-Nya, kita harus mencintai-Nya. dengan merasai cinta-Nya itulah, kita mampu berubah! hakikat kecintaan yang mampu mengubah kehidupan kita seluruhnya!"

"mujahadah untuk beribadah dan taat kepada Allah menjadi ringan bahkan menjadi satu kerehatan yang membawa keasyikan yang luar biasa pada jiwa yang kekeringan. begitulah yang diungkapkan panglima khalid al-walid;

'berada dalam dingin malam yang membeku dalam sebuah pertempuran lebih aku sukai daripada tidur dalam satu selimut bersama seorang gadis di malam pengantin'

hlmn. 46, sebuah cinta dan perubahan; 
humaira'

--

"..adik-adik sayang, sekarang kalian jadilah penakluk cinta bukannya mangsa cinta. biarlah cinta menjadi makmum atas pilihan yang kita lakukan. sungguhpun Allah menciptakan cinta, namun atas kitalah untuk menyucikannya atau mengotorinya. kerana cinta adalah sebuah pekerjaan jiwa. dan hatimu akan menjadi makmum atas segala kerja-kerja cintamu.."

hlmn. 50, cerpen: amor vincit omnia; 
nurul izzah zainol

--

"mengapa perlu berubah inche gabbana? salahkah kami kekal seperti sekarang ini?" tanya anda separuh tidak puas hati.

"kerana perubahan itu adalah sifat semulajadi dan dinamisme yang Allah ciptakan pada setiap manusia. setiap hari kita melalui fasa perubahan; sedar atau tidak."

"hari ini kita makan nasi lemak sebagai sarapan, dan esok kita pekena capati cicah kuah dal pula. itu juga satu perubahan. semalam kita pakai baju pink ke opis dan hari ini kita pakai baju hijau epal. bukankah itu juga satu perubahan."

"pokoknya, kita tidak boleh lari dari perubahan"

hlmn. 79, berubah itu susah tetapi tidaklah sesusah membajak sawah; 
inche gabbana

--

"..begitulah dakwah kita adalah 'dakwah ilallah' (seruan kepada Allah), bukan dakwah kepada bangsa - walau apapun istilah yang digunakan - 'kesetiaankah', atau 'ketuanankah' ia membawa maksud yang sama.." 

"..dan jika seruan itu hanya untuk bangsa Melayu sahaja, maka tidak mungkin akan ada di sana bangsa lain untuk mendukung agenda Islam. jelas sekali amat sukar untuk mencari kewajaran bagi menyokong seruan kepada satu bangsa sahaja daripada bangga-bangsa lain.." 

hlmn. 33, aku berbangsa muslim;
prof. madya dr. hafidzi mohd noor

--

dan banyak lagi; tafsir, hadis, palestin, taujih, bahasa arab, fiqh sirah, baitul muslim, da'ie & gadget, video pilihan, dai'e & fotografi, tips, kewangan, tadabbur, dan lain-lain. 

ohsem!

--

sekadar perkongsian.
wallahhua'lam-

ps: 
ada majalah ohsem lain? boleh kongsi?

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

perbelanjaan berbaloi. Kenapa tak langgan aja? :)

Umairah. said...

jamilah;

sebab kadang-kadang umy ada di rumah. dan kadang-kadang ada di uia.

kalau langgan, macam susah pulak. hehe

tahniah, utk penterjamahan buku baru. alhamdulillah, umy sgt berbangga! :)