apa yang mata nampak
kadang, tak sama apa yang hati rasa
makanan nampak sedap,
tapi bila rasa, tak selera
makanan nampak sikit
tapi bila makan, bercukupan
bab makan; contoh paling simple dalam hidup,
pun jadi 'sia-sia' bila Dia tersisih.
--
dan baru aku tau, yang kita sering dihadapkan dua pilihan; pilihan kerana Allah, atau pilihan kerana diri sendiri. dan baru aku tau, dalam memilih yang aku patut cari bukan kesenangan, kemewahan, atau kerehatan. dan bukan juga kesempitan, kemiskinan, atau kelelahan.
yang aku patut cari, cuma keberkatan.
keberkatan Tuhan, di mana-mana pun.
sebab bila berkat, apapun hakikatnya;
-lapang.
--
aku tak tau kalau-kalau pelari pun ada masa-masa lelah,
di tengah trek, sebelum ke garis penamat.
normalkah, atau cuma aku? ah, menguji.
tolong, supaya aku tak jatuh dalam diri sendiri.
marhaban ya marhalatal maghfiroh!
--
No comments:
Post a Comment