Pages

Saturday, July 28, 2012

"menyaring".

petang

"setiap benda yang diuji dan teruji ada ganjaran. kadang kita lupa, sebab nafsu sedang mengatasi. sedangkan Allah mahu mengampunkan dosa-dosa, melalui ujian-ujian. sedangkan Allah mahu melayakkan kita memperoleh keampunan. sedangkan Allah mahu memberikan kita pahala-pahala. dan ujian kita berbagai-bagai, sesuai tahap keimanan. lulus atau gagal, terserahlah pada pilihan. fahamkan duhai akhawat, apa hakikatnya yang kita paling mahu dari amal-amal ibadat? dan tahulah akhawat, prioriti yang terbelenggu dan membelenggu, mendorong hidup jadi tak jelas!" 

-murabbi

malam

"orang yang potong line di bank pun salah. orang yang menengking di bank pun salah. orang yang potong line, salahnya kerana tidak menunaikan hak orang lain. orang yang menengking di bank pun salah, kerana boleh jadi "orang yang potong line" tadi telah 'dihantar' Allah untuk mengujinya. Ramadhan bulan ujian, dan ketahuilah boleh jadi orang-orang di sekeliling kita adalah ujiannya!" -ustaz don

tengah malam

madrasah ramadhan, dr. raghib as-sirjani; hlmn. 26



untuk pagi, petang, malam, tengah malam
bila agaknya kita sedang diuji dan teruji?

paling penting, apa aku orang yang tertolak,
atau aku orang yang bertabah dan tersaring?

hmm.

No comments: