Pages

Tuesday, July 31, 2012

Teh O Ais.

--

semalam, air untuk ifthar belum dibancuh. air panas untuk dibuat air gula sudah ada. air masak sebalang besar pun sudah tersedia. tinggal cuma; gula, kordial, dan ais. orang yang bertanggungjawab masih sibuk dengan urusan memasak di tempat lain. hari ini, halaqah   besar-besaran mencecah 90 orang. kelas di admin penuh. membanjir ke lantai luar kelas. 

dia; aku tengok, sedang kalut-kalut. dan akhirnya, kami putuskan saja untuk membeli gula, kordial, dan ais di centre. bimbang, terlambat. namun,  bila gegas ke sana, dukkan 'arabi tutup. kiosk pun tutup. padanlah, waktu sudah melepas pukul 7. dia heret aku ke kafe. sambil jalan laju, aku tanya, "apa boleh kita buat?"

dia kalut-kalut. senyum macam biasa. 

"kita beli gula di kafe. minta kordial di kafe. ais batu pun di kafe."
"oh, boleh?"

dia angguk. 

bila sampai di salah satu gerai di kafe, yang boleh dibeli cuma gula. itu pun, sekilo. aku cuma tengok saja dia bual-bual, buat harga tawar menawar dengan pemilik kedai. eh, mungkin paling tepat; tawar menawar, erm barang!

"ok, bagi air teh pekat tanpa gula. 3 bungkus."
"ais, satu plastik besar."
"gula, 1 kilo."

aku cengang dan cuma tengok saja. dan akhirnya; tanpa kordial pun, air sempat dibancuh. dan kami berbuka dengan girangnya! teh-o-ais-tak-diduga, siapa mampu duga?

tapi aku yakin, barokahnya dari Allah. subhanAllah, akhawat selalu kreatif. 

dan, hmm hari ini aku belajar lagi.


______
ps: makan setalam dengan fatin, asiah, farah, atikah, dan sham semalam. dan baru tau, fatin dan farah tak tahan pedas. sambal akhawat kaw kaw. hu :P 

kawan-kawan, jumpa hari rabu. mungkin kita akan setalam pula? :D
pls, kalau jumpa nak kenal nama. ecehs.

4 comments:

A.N said...

alhamdulillah, bestnya!

kak, khamis lepas saya ke gombak lagi. ada liqo' dgn usrahmate. kami beriftar [kat masjid], terawih, qiyam and sahur kat situ untuk hari jumaat :)

terharu sangat sebab akhawat gombak ajak kami join makan nasi arab untuk sahur hari Jumaat tu :') sebab kami sediakan sahur kami ala kadar je. alhamdulillah, indahnya kehidupan berjemaah. pergi mana2 pun ada saudara :)

Cik Aqilah Wardah said...

salam Ramadhan.. :)

selalu harus buka mata, hati & minda di mana2 shj..

Bumi ni, milik Allah semata, dan Dia punya cara untuk 'didik' hamba-hamba-Nya..

Hamdan lillah.. :)

p/s: gamba tu, bukan dlm kelas kat admin ke?? :) Rindu IIUM...

Umairah. said...

anis:

alhamdulillah. moga kita istiqamah, insyaAllah. anis tak datang last heroes? minggu nie, ada lagi. special slot - saidatina aisyah.

:)

aqilah wardah:

ramadhan kareem.
yerp, kat admin.
uia jugak?

Cik Aqilah Wardah said...

:) was!! oktober insya Allah konvo.. bleh laa bg bunga ek? ;) hehe