Pages

Sunday, July 15, 2012

petang Ahad yang sekejap panas, sekejap mendung.

"ala, esok dah nak balik. tak bestnya"

ummi akan dengar ayat ini, setiap kali sebelum balik. 

sebenarnya, tak best itu bukan apa. sebab mahu bersenang-lenang, bukan? sebab mahu bersantai-santai, berehat di rumah, bukan? dasar orang tak mahu tanggungjawab, memang begitu. dasar orang tak mahu fikir banyak, tak mahu kerah penat, tak mahu terima cabaran, tak mahu berdepan ujian, ha, yang inilah-

dan aku hakikatnya sedang mengejek diri aku sendiri. 
hmm, muhasabah panjang! 

--

tapi tadi, sempat sapu saki baki tangis juga dalam bas. bukan sebab bas lambat gerak. bukan sebab ummi tak dapat hantar ke stesen. bukan sebab kelibat walid yang sedang tunggu, lalu perlahan-lahan hilang. bukan, bukan. tapi tadi sempat baca beberapa kisah sahabat. dan, hmm -mengharukan!

*berkenaan dengan kisah ini, zubair bin awwam menuturkan;

"satu hari Rasulullah bersama beberapa orang duduk di Quba'. tiba-tiba Mush'ab bin Umair bangkit. dia mengenakan selimut yang hampir menutupi sekujur tubuhnya. orang-orang meliriknya. Mush'ab mendekat kemudian mengucapkan salam. lantas Nabi S.A.W. mengungkap kebaikan Mush'ab dan memujinya.

beliau berkata, "aku melihat laki-laki ini diasuh oleh orang tuanya di Makkah. mereka memuliakan dan merawatnya dengan sangat baik. tiada seorang pemuda Quraisy yang beruntung seperti dia. lalu dia keluar dari keadaan seperti itu untuk meraih ridha Allah dan menolong Rasul-Nya. sesungguhnya akan terjadi ini dan itu ketika Allah menaklukkan Persia dan Romawi untuk kalian. lalu kalian sibuk ke sana ke mari dengan memakai pakaian bagus dan membawa panci besar untuk berpesta menyantap makanan yang enak."

para sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, apakah kami pada hari ini lebih baik, atau pada hari itu? Rasul S.A.W. menjawab, "kalian semua saat ini lebih baik daripada hari itu. sungguh, seandainya kalian tahu apa yang aku ketahui tentang dunia, niscaya nafsu kalian akan melepaskan diri darinya." (hr hakim)

--

bila selesai part ini, terasa yang menundukkan cinta pada ketaatan itu, memang tersangat sukar. entah, ini mungkin untuk diri aku saja. dan tak ada doa yang lebih baik saat ini, melainkan supaya Allah letakkan cinta pada ketaatan, dan benci pada kemaksiatan. bergenang hebat, tak tertahan-tahan; rayu Allah letak cinta pada satu kata; cuma TAAT saja, dalam hati.

mungkin sebab ketaatan yang susah inilah juga, ustaz pernah sekali sebut dalam kelas; dalam Islam, ketaatan pun ada sabarnya, dan bukan sabar ketika berdepan ujian semata-mata. sebab, ada masanya kita akan terhambat oleh rasa malas, letih, jemu, dan sebagainya. lagi-lagi bila pesona dunia terasa begitu indah, depan mata. 

sedang, neraka itu terpagar dengan kecintaan syahwat, dan syurga itu dikelilingi dengan hal yang dibenci dan tidak disenangi jiwa!

bila Allah hadirkan kesibukan, tanggungjawab, beban, dan sekeliling yang menghambat peluang-peluang kebaikan, itu sebab Allah sedang mendidik sabar dalam ketaatan. hanya itu.

senyumlah, dan rempuhlah dinding nafsu jiwamu sendiri!

selamat memulakan minggu baru
bismillah, jom! :')


_____
*petikan; "berguru kepada sahabat Nabi", hlmn. 60

2 comments:

faaizz d. zul said...

semakin terasa nak membaca buku ni.
oh, dan 5 menara tu juga. tq mencadang.
^.^

Umairah. said...

faaizz;
welkam!
oh, kalau baca dan reviu sekali pun, macam best jugak