kata kak laili satu hari;
"kegagalan kita sebenarnya berlaku sedikit demi sedikit, bukan sekaligus. sebagai contoh; kalau kita gagal dalam satu-satu subjek, pastinya bermula dari gagal yang sikit-sikit. mungkin sebab midterm tak skor? ataupun assignment tak hantar? dan sebagainya."
"dan, kejayaan kita pun macam itu. bermula dari yang sikit-sikit. jadi, untuk tahu prestasi Ramadhan kita nanti, tengoklah sejauh mana kita sudah berjaya melaksanakan yang "sikit-sikit" itu dalam tempoh Syaaban yang masih berbaki."
kemudian kak laili bagi KPI untuk Syaaban yang berbaki. sebagai contoh, tilawah, 1 hari 1 juzuk, mungkin? rawatib, maksimumnya 10 kali sehari, mungkin? dhuha, 4 rakaat sehari, mungkin?
kalau Rasulullah pernah mengatakan yang mafhumnya; kalau tak mampu menangis sewaktu membaca Al-Quran, sekurang-kurangnya menangislah kerana ketidakmampuan kita untuk menangis. tapi, untuk kes Ramadhan, kalau masih tak mampu untuk berbuat banyak, cukuplah berusaha menghadirkan rasa gembira di hati, selebihnya mudah-mudahan Allah lorongkan.
mari kita mencuba,
bersama-sama.
:)
______
KPI: key performance indicator
"tanda hati itu beriman ialah gembira dengan kedatangan Ramadan. walaupun sekadar gembira, tetapi itu soal rasa, bukan boleh dipaksa akan kehadirannya. ia muncul tanpa 'dipanggil' dan 'difikir'. -ustaz pahrol
No comments:
Post a Comment