Pages

Tuesday, June 19, 2012

Gelap Terang Satu Malam.




balik dari mukhayyam, perjalanan dari pudu dan patutnya sampai ke butterworth, penang terlepas ke sungai petani, kedah. jam waktu itu pukul 12.30 malam, dan saya turun terpinga-pinga. ada ramai pakcik-pakcik teksi meluru ke pintu bas, cari penumpang. saya sendirian, dalam gelap. 

serius, saya tak tersedar langsung sepanjang perjalanan. mungkin; sebab keletihan, atau memang Allah sedang tunjukkan sesuatu. pengalaman ini merupakan kali kedua terlepas, sejak kejadian dulu, pernah terlepas ke sungai nibong, penang. kata adik, ummi masih risau sampai sekarang. 

anak-anak memang ujian paling berat buat ibu. kadang-kadang, rasa pemilikan buat kita mungkin rasa sebak, bimbang, risau bila anak-anak terlepas dari pandangan kita. (walaupun, saya belum lagi bergelar seorang ibu). dia nak jaga, dia nak kepung, dia nak tatang sebaik-baiknya. kalau boleh, tak terjadi apa-apa walau segores luka. sedang Allah, bila Dia berkehendak, bila-bila pun Dia akan ambil semula, segala yang telah dipinjamkan. diambil bukan untuk sebab kita bersedih atau apa, tapi pastiNya digantikan dengan yang lebih baik.

moga Allah tabahkan hati ummi, selalu dan selalu.

--

tapi, dalam gelap itulah saya terpandang caca merba hidup manusia. saya nampak gigih pakcik-pakcik teksi cari nafkah. penumpang macam gula, untuk dikerumuni. saya nampak tapak-tapak yang berlari, dan mata-mata yang mengharap. saya nampak renik-renik peluh, saya nampak 'malu' yang dibungkus, dan dibuang ke tepi. saya nampak 'gigih', saya nampak 'tegar', saya nampak 'tabah' di tengah malam yang gelap, bawah cahaya kuning lampu jalan.

dan saya nampak, seorang pakcik tua berbasikal ke lorong-lorong sempit, menemukan tong sampah, dan menguis kotak-kotak kosong. dia ambil, dia angkut, dan dia teruskan perjalanan. betapa masih ramai yang hidup susah, tersepit dan terhimpit. malahan, boleh jadi tertekan setiap hari.

alangkah kalau rasa-rasa kehimpitan mereka ini disalurkan ke jalan dakwah dan tarbiyah. saya yakin, yang mereka rasa adalah kelapangan. hari-hari bekerja, merupakan hari-hari dalam ibadah dan ketaatan. penumpang-penumpang adalah objek dakwah untuk diajak kepada cahaya kebenaran. cahaya yang menyalurkan tenang, aman, damai, tanpa gelisah. sambil penat menunggu penumpang, al-quran boleh dibelek dan dibaca, tanpa sembang-sembang kosong. sambil menunggu penumpang, lewat malam boleh diisi dengan tahajjud dan tafakkur. 

subhanallah, kalau saya sebagai penumpang, aura tenang itu pasti tersebar, dan kita akan sentiasa rasa selamat! nampaknya, kerja-kerja kita masih banyak. terlalu! hingga satu saat nanti, pakcik-pakcik teksi akan ada halaqah-nya tersendiri. hmm.

dan dalam pekat gelap malam itu, saya merasakan kasih walid tak terbahagi, yang sudah lama menunggu di butterworth, terpaksa bergegas ke sungai petani. menyusahkan! dalam kereta, walid tak cakap apa-apa; tak marah, tak leter, tak persalahkan, tak tengking. walid tenang seperti selalu. cukup, cukup anaknya selamat. akak sayang walid kerana Allah. 

untuk kasih yang satu ini, saksikanlah ya Allah; kesabaran, ketabahan, kekuatan, ketenangan, yang buat aku selalu rasa cukup. cukupkanlah segala pengorbanan ummi walid, dengan imbalan Syurga tertinggi. 

dan subhanallah, bukankah kita patut bersyukur dengan hidup, dengan apa yang kita ada? terima kasih Allah.

moga kita jadi soleh yang berdaya guna, bukan soleh sendiri-sendiri. moga kita jadi daie yang haraki (bergerak), bukan daie yang separuh-separuh.


______
ps: pengajaran lain; umairah, be more careful. T.T

3 comments:

Unknown said...

Allahu Allah akak
Terdetik kiranya jam 11 untuk call akak namun dipatahkann niat takut akak tengah letih tidur.
Sungguh setiap yg terjadi tu ada hikmahnya, kan?

Alhamdulillah akak sentiasa dalam jagaan Allah
Hasil doa ummi walid :')

Be more careful next time akak sayang ^^

Umairah. said...

alyaa:

insyaAllah, terima kasih alyaa.
hehe. =,='

A.N said...

Suka baca post ni [dan lain-lain, as usual] :)

Mmg banyak gheja kita nak mencapai ustaziyatul alam tu. smg sentiasa istiqamah :)