Pages

Tuesday, June 19, 2012

entri ini lain macam sikit, tapi tak apa kan saya publish?



satu hari dapat mesej, saya tergelak. kata dia, pengalaman pertama yang dia tak boleh lupa tentang saya adalah, 'tersalah-buka-pintu-masjid'. itu kali pertama, saya bawa halaqah. maka, macam-macam yang timbul dalam kepala otak; saya harus jadi yang macam mana? saya harus bercakap tentang apa? bagaimana mahu bercakap dari hati? bagaimana mahu menjadi sesempoi mungkin? bagaimana untuk menyampaikan dengan baik? dan lain-lain. maka wajar, debar itu ada. kelam-kabut-tak-tentu-pasal itu, ada. 

mesej dia saya balas; imperfection saya yang kelam-kabut-tak-tentu-pasal-waktu-nerves itu, kiut apa? haha. dan dari hati, saya mohon maaf sebab saya harus banyak belajar lagi, dan lagi. saya mohon maaf, sebab sebagai murabbi saya tak dapat melakukan yang terbaik. tak memberi contoh yang paling baik. dan banyak lagi sisi-sisi lemah yang harus diperbaiki dari hari ke hari. 

dan subhanallah, kata-kata dia buat saya jadi haru. kata dia, saya murabbi dia. maka setiap lubang kelemahan, saya dan dia harus sama-sama saling tutup dan baiki. kata dia lagi, walau bagaimana hebat pun dia satu hari nanti, tetap ada satu sisi lain dalam diri saya, yang dia tak akan mampu cabar sampai bila-bila. oh, saya speechless!

dari dia, saya belajar jadi mutarabbi yang baik. dari dia, saya belajar untuk terima walau apapun kelemahan murabbi saya sendiri. bila ada memberi dan menerima, kita akan saling top-up kelemahan dan kelebihan masing-masing. halaqah bukan untuk dapat yang best-best saja, sebab ada masanya kita menerima, namun ada masanya kita harus memberi. Allah sedang ajarkan kita untuk jadi manusia yang tawadhu', berlapang dada dan rendah hati.

awak buat akak rasa semangat untuk belajar jadi yang lebih baik lagi. terima kasih atas sokongan. doakan akak dapat jadi murabbi yang lebih baik. tunjukkan contoh yang lebih baik, dan kita dapat perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik pada pandangan Allah. 
moga segalanya Allah telah perhitungkan, dan kelak di sana kita dipertemukan sebagai jiran di Syurga!  
oh awak tau, baru-baru ini kelam kabut akak ini telah diperguna untuk jadi  salah seorang dari rappers-stail-akhawat. siap pakai hoodie lagi, woha! rasanya, akhawat telah mengalahkan altimet, errk.

saya tak pasti ini entri personal atau apa, moga ada manfaatnya buat yang mahu belajar menjadi murabbi, dan mutarabbi. 

kita serupa, tiada kurang atau lebihnya. 
jangan takut, jangan gentar 
sebab kita sedang sama-sama; 


B-E-L-A-J-A-R!
:)

4 comments:

Unknown said...

Allahu Allah
Bila kekasih-kekasih Allah itu saling melengkapi untuk menjadi yg terbaik di sisiNya, pasti akan menjadi seindah jalan ke syurga.
Tak begitu?
Allahurabbi :')

Semoga ukhwah lebih erat!
Dan dapat saling belajar ^^

Akak rap? Wau :O
Ade record x? :p

semoga saya dapat mengikut jejak langkah akak!
Seorang murabbi sempoi
Dalam masa yg sama menjalankan tanggungjawab buat ummah.

ismisyahida. said...

salam.

erk. macam terkena sebijik sebijik atas bahu? oh!

kena belajar untuk tidak sengaja membuat dan memberi alasan lagi. ajarin akak yang masih banyak kelemahan ni ya umy?

rapper-stail-akhawat yang kita tak sempat nak record. kan? aha. bila mau bagi lirik yang dicipta dengan semangat akhawats tu?

nanti nak amik dengan orang yang duk pegang kamera sambil dengan girang amik video lah. buat kenangan sebab first time dalam hidup buat macam tu! aha

ateyyyy said...

sweet :)

*akan cuba jadi mutarabbi yang lebih baik ;)

Umairah. said...

alyaa:

akak doakan alyaa jadi murabbi yang lebih baik dari akak, insyaAllah. amin3. doakan akak istiqamah dan terus kuat mahu belajar.

kak syida:
oh, lirik tu. semalam taip separuh, lepas tu tinggal. err =,='

moga akak tabah dan kuat selalu. :)

ateyyy:
amin3
:)