!@#@!$%^&%()#$%^$!@!@#$%^*(@
(kalendar zaman Doraemon Nobita yang tak dapat dibaca makhluk Bumi)
Nobita tergelak mengenang awal-awal pentarbiyahan. Khayalannya larut, oleh azan Subuh yang sayup-sayup kedengaran. Puncak ingatannya pada zikrullah, adalah saat ini, iaitu ketika mengaduh dan merintih dalam payah, saat bersujud di sejadah. Berpagian-pagian saat yang lain masih tidur, adalah kenikmatan yang sungguh baginya! Cuma, untuk istiqamah demi amalan-amalan ini, dia masih terasa berat.
Kenangan di Pantai Buih bersama Doraemon, masih segar. Sesekali, dia senyum lagi. Cuba-cuba meniru rentak Saidina Umar Al-Khattab, yang tergelak saat beliau terkenang jahiliyahnya. Bukankah sungguh jahil, memakan Tuhan sendiri, saat kelaparan? Ah, tapi Saidina Umar sungguh-sungguh idola pujaan hatinya! Kalau satu hari nanti, diizinkanNya dia punya anak bersama ______ (otaknya terbayangkan Sizuka, tapi cepat-cepat dipadam, dan dia beristighfar), dia mahu anaknya dinamakan 'Umar Al-Farouq.
"Sizuka, kenapa awak muncul-muncul lagi?"
Nobita mengeluh.
Semalam-semalam, halaqahnya berjalan seperti kebiasaan. Ada teguran-teguran membina, dan dia merasakan sesuatu yang bergelojak dahsyat dalam hati. Tentang dia, tentang hidup, tentang dakwah, dan ya! Tentunya tentang Sizuka juga. Soal-soal hati yang mahu dia tepis lama, namun masih tak punya kesungguhan yang menyala-nyala. Mungkin saja azam belum teguh, dan dia masih terawang-awang dalam khayalan, ataukah dia masih menjadi boneka pada nafsunya?
"Oh Tuhan, aku mohon pertolongan! Mohon diteguhkan seperti Yusuf A.S"
Hatinya bergetar. Kaca matanya dilucutkan, menahan sebak. Langsung, jarinya menguis titik-titik jernih yang jatuh pula pada ayat yang dibaca.
Terjemahan Al-Quran sedang terbuka depan mata. Jarinya tak mahu berhenti, berjalan terus meniti firmanNya. Surah Yusuf A.S, seakan lembaga baik, yang sedang menasihati dan menegurnya, langsung dari Allah, agar dia berbuat ini dan itu.
Kata Doraemon, Allah memang selalu menguji hamba di titik terlemahnya, bukankah? Untuk ditingkatkan kualitinya, dan mutunya di depan Allah. Berprestasi di depan Allah, tidak pernah merugikan. Oh, Doraemon itu tak pernah tewas dalam menyuburkan semangat.
Dan dia, sedang berusaha. Sedang!
"Hayya 'alal falaah."
Muazzin mengagung kuat. Terasa laungannya saat ini, lebih kuat pada bahagian itu. Bahagian "al-falah". Ataukah muazzin, kau sedang mengajakku bersamamu menuju kejayaan?
Dia menutup terjemahan Al-Quran. Menutupnya juga, dengan secebis kata-kata Murobbi yang tak pernah dilupa-lupakan. Sengaja disisipkan nota kecil, di halaman depan Al-Quran mininya, yang tertulis:
"Panggilan jihad, sudah lama hidup. Tapi, bila mahu kau sahut, Bitt?"
"Kalau tidak tercukup bekalanmu, mungkinkah dakwahmu akan terkesan?"
"Urusan-urusan peribadi selalu dirasakan banyak. Hinggakan sudah mengecil, atau bakal tertutup ruang-ruang dakwahmu. Jangan isrof dalam urusan peribadimu, Bitt!"
"Hak Allah, tetap hak Allah. Apakah layak bagiNya, untuk kau lakukan yang ala kadar?"
Nobita bangkit.
Berwuduk; menyucikan diri, lebih-lebih hatinya!
"Sizuka, menjauhlah. Duniaku, mengecillah."
4 comments:
umy...
best! ^^
nak lagi!
:)
bitt? comel and sweet je.. huhu
bitt bitt.. hehe ^^
thanks syg..
-power puff girl
intan syahidah:
jzkk intan :)
umairah. faaizz ada cadangkan kamu untuk menjadi penulis jemputan warna kaseh dan saya selaku wakil warna kaseh berminat untuk siarkan cerita kamu di blog kami. jadi, sudikah cik umairah menjadi penulis jemputan kami?
mawar berduri:
oh, t.ksh.
boleh, insyaAllah.
Post a Comment