Pages

Sunday, March 4, 2012

pekerja DBP.



aku sedang sibuk kaji daftar kata baru, saat kau sapa aku, dan tanya, "kau, siapa? pekerja baru kah?" aku diam, angguk, sebelum senyum kau singgah sekejap, dan aku balas mesra.

dalam banyak-banyak kata yang aku rekod kemas, nyatanya; untuk hari yang mendung-cerah-mendung-cerah, satu kata ini saja yang masih terbayang-bayang.

preventif

-IB 1. bersifat mengawal (supaya jangan sesuatu berlaku), sentiasa berjaga-jaga: majikan pula masih mahu mengekalkan imej dan ~nya sbg penerbit; 2. martabat, kemegahan.

kau betul, kalau menduga definisi kata itu terekod kemas dalam kamus dewan. oh ya, edisi yang ketiga!

tapi, kau salah, kalau menyangkakan aku, seorang pekerja DBP muda. atau sekurang-kurangnya pelajar praktikal yang sedang masukkan data-data, atau merekod daftar kata baru. ecewah!

kau berlalu, tanpa tahu aku hanyalah marhaen, yang baru mendaftarkan kosa kata "preventif" dalam sistem diri, yang mana aku sendiri adalah pekerjanya.

pekerja yang selalu membiasakan salah laku hati. pekerja yang selalu meringankan penyakit-penyakit hati. pekerja lewa yang dosa-taubat-dosa-taubat-dosa-taubat, sepertinya sungguh 'ringan-ringan', dan 'mudah-mudah'.

dan selepas hari ini, mengenal dan merekod kata "preventif", mungkin aku harus jadi pekerja yang lebih hati-hati, dan  lebih berjaga-jaga. 

sebab pekerja yang dosa-taubat-dosa-taubat-dosa-taubat, kurang mutu dan kualiti iman. dia sepertinya mudah menyerah, dan langsung tak ada mujahadah.

jadi, jangan mengeluh kalau telah sampai ketika dan waktnya, dapat 'gaji' sikit.

maka, hidupkanlah hati. (al-hajj:46)
preventif; berjaga-jaga dengan mata, telinga, dan lidah.




______
"bila sakit-ubat-sakit-ubat (dosa-taubat-dosa-taubat), iman tak boleh terus meningkat. sebabnya, hati itu sendiri tak ada preventif (mujahadah)." -dr azizah, daurah 'mac/12

*mujahadah: melawan hawa nafsu

waktu pekerja DBP yang real goda beli "bedar sukma bisu-faisal tehrani", terasa aku seperti cukup preventif dengan jawapan, "oh, takpe. saya dah baca, terima kasih." tapi, nampaknya belum cukup preventif bila tengok buku lain (=,=)' #iiumbookfair

2 comments:

pakurawan said...

dalam

Umairah. said...

hazen:
moga kedalamannya tersampai pada kaki yg menjejak.