- kelas GL (general linguistic), dr. solehah
"be a thinker, not a gossiper"
-thinker;
hasilkan fikrah(idea), nadzoriyyah(teori), manhaj dan ilmu. malah ianya dimanfaatkan, dikaji, dan kekal untuk selama-lamanya!
-gossiper?
gosip biasanya tahan sebulan je.
oh, begitulah kata ustazah solehah petang semalam.
---
- kelas 'aqidah islamiyyah
idea:
saya rasa, macam tahu kenapa suami disunatkan mencium ubun-ubun isteri.
dan macam tahu juga, kenapa sujud selalunya menenangkan?
hujah i:
mungkinkah, supaya tempat letak emosi, perasaan, dan semuanya yang dipusatkan untuk isteri membuat keputusan, bertindak, beramal akan jadi lebih terarah dan terdidik? perlakuan itu pun, sebagai gambaran: mendidik harusnya dengan hati, bukan dengan tangan. ewah!
eh, tak tahulah. sekadar mengagak-agak.
tapi, mana tahu idea ini boleh jadi teori, kan? dan berkembang jadi "ilmu mendidik isteri" , err..wanita. tapi, dari sudut perspektif islam? he he
erm, terfikir tentang ini, sejak ambil surah al-'alaq ayat 16, untuk taqdim(pembentangan) bab al-i'jazul 'ilmi lil quran(mukjizat ilmiah dalam al-quran).
terbaca dalam satu artikel; dalam ayat ini, mukjizat ilmiahnya ialah bila mana Al-Quran yang diwahyukan1400 tahun dulu, sudah pun memberi gambaran pada kita, bahawa "naasiyah"(ubun-ubun) adalah tempat letaknya akhlak kita, desicion-making, dan lain-lain. dan fungsinya untuk itu!
paling penting, datangnya maklumat ini adalah sebelum kedatangan dan penemuan ilmu-ilmu sains! subhanallah.
dan, dalam ayat ini, ditafsirkan; Abu Jahal nantinya (hari pembalasan) kelak, akan ditarik ubun-ubunnya oleh Allah S.W.T ke dalam neraka, atas sebab sifat "kaazib"(dusta) yang ada padanya. atau lebih tepat; "kaazib" yang ada dalam "naasiyah"-nya!
"naasiyatin kaazibatin khaatiatin". -al-'alaq : 16
Allahhu Allah
---
hujah ii:
tapi, kalau bukan ilmu mendidik wanita pun, logik juga kalau difikirkan dari sudut psikologinya;
kita akan rasa lebih tenang kan, kalau sujud lama-lama? tambah-tambah bila serabut dengan masalah-masalah dunia. haihs!
adakah tenang itu ada, sebab kita sedang merendahkan 'naasiyah' kita tadi pada pemilikNya? sebagai gambaran penyerahan, kerendahan hati, dan pemulangan segalanya pada yang Maha Berhak? atau sebagai pertolongan, supaya Allah memberikan baasirah(pandangan mata hati) untuk membuat keputusan yang benar, dan lebih baik?
hmm.
pendek kata, sujudlah selalu untuk meraih tenang. tingkatkan hubungan dengan Allah, supaya "naasiyah" kita lebih terdidik dan terarah. akhlak lebih baik, dan mulia dari hari ke hari!
amin :)
_____
ps: oh, kata ustazah juga, "idea yang belum jadi teori dan ilmu, boleh diterima dan boleh ditolak". heh. dan entri ini, sesungguhnya tidak lebih dari sekadar perkongsian; be a learner! be a thinker! :')
selamat belajar xD
2 comments:
subhanallah..
x terpike dek akal, ada logiknye! :)
thanks kak,hehe.
~huda Comel~ (sekali sekala,jgn jelez..ngee~)
huda:
eh, sekali sekala je?
akak selalu, huhu
B)
Post a Comment