kadang-kadang mahu aku
diam saja sendiri-sendiri
dalam 'gua', tak mahu peduli
--
mahu aku bebas tanpa sakit
menghunjam benak hati
mahu aku indah-indah
tanpa fikir payah-payah
mahu aku layan hati, jiwa
selera, kehendak, aku suka
--
tak mahu aku layan remuk jiwa
sakit ditolak, derita merana
tak mahu aku ke sana ke sini
bina diri, yang aku tak reti
tak mahu aku panjat ukhwah
kerana nantinya luka berdarah
tak mahu aku lelah berpenat
kerana inginku sedia terpahat
TAPI
--
selang masa hidup di dunia
pernahkah aku bertanya
walau satu, dua, atau tiga
mulianya hamba di mana
dan akhirnya dia ke mana
--
10 tahun di Mekah, sahabat menyerah
ikhlas ditarbiyah oleh Rasulullah
lalu dengan dua, tiga, tahun
sekejap merangkak-rangkak
apakah mahu aku kecap
sedangkan pahit tak mahu telan
lalu manis apa ingin ku rasa?
--
kalau bina diri itu mudah
manakan kekentalan Umar
menangis mahukan hati
yang lembut, tulus, halus
kalau bina diri itu mudah
manakan Ka'ab harus tunggu
40 hari tangiskan dosa
40 hari taubat diterima
kalau bina diri itu mudah
manakan perempuan Ghamidiyah
ikhlas menunggu anak dilahirkan
sedia menunggu anak disusukan
mahu direjam bertemu kematian
mahu kesucian bertemu Tuhan
--
kalau dakwah itu mudah
mengapa Rasul perlu bersusah
tiga tahun menempuh boikot
sedang saja, dia kekasih
bila diminta tiada hijabnya?
kalau dakwah itu mudah
mengapa Rasul harus berdarah
mengapa sahabat harus bersusah
di Badar, di Uhud, di Khandak
di Thaif, di Tabuk, di Khaibar
--
Allah..
dan aku pun belum menitinya
namun telah terasa beban-bebannya
apakah jenis manusia yang tagih rehat
mahu aman, ingin selesa, tamak dunia
sedang ia lebih jijik dari cacatnya kambing
yang telah mem'bangkai' dan mem'busuk'?
Allah..
dan keterlaluankah ku mahu kau ada
memutuskan hati dari dunia
melepaskan jiwa dari fana
menghamburkan semangat, kata-kata
memenuhkan harapan dan cita-cita
--
sekalipun aku sekadar guru, pensyarah
atau suri rumah atau penulis
dan kau arkitek, insinyur, doktor
wartawan, atau apa-apa saja
medan beda, hijrah kita sama
mendekat Dia, membawa manusia
tapi, tiap akhir ada mula
kalau mula, harusnya bagaimana?
keterlaluankah, ku mahu kau ada?
mahukah, di jalan ini kita bersama?
:')
______
"..apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.." -at-taubah: 38
"..pembentukan diri memerlukan proses, landasan, prinsip, kesukaran dan lain-lain.." -murobbi, halaqah
4 comments:
T_T
jazakillah kak ats peringatan, doakn sama..
~huda~
salam alaik kak umairah...
terkesan..cukup utk berfikir 360 bermuhasabah..utk reflect diri..soalan yg pernah ditanya pd diri suatu ketika^^
semoga sama-sama terus tsabat atas jalan ini..
salam ukhuwahfillah
syafa mohamed
adik di bumi sakura;')
to huda:
akak perlukan sokongan dan smgt huda. selalu dan selalu. :')
thanks for reading. :D
ps: jumpa ptg nie. jgn ponteng~
to syafa:
amin ya Allah, amin.
walau setempang apapun langkah, moga Dia terus bg kekuatan utk tak jemu m'perbaiki diri.
mohon kekuatan dan semangat, adik sakura. erk? :D
thank you, syafa. may Allah bless u. :')
ha'a, jumpa kn? :)
mksudnye huda x ponteng, ngee~
mg slg menguatkan..
selalu..
Post a Comment