Pages

Monday, August 8, 2011

ps: selamat kembali bercinta!

abaikan yang nombor dua.


Belek-belek quotes di GR, aku terjumpa ayat itu. Entah kenapa, rasa macam tertarik. Lalu aku salin dalam buku nota (mahu saja aku gelar kekasih), buat pedoman kemudian hari. 

Bukan soal "man...to find her", itu yang menarik perhatian, tapi "women's heart.. so hidden in God" itu yang buat hati tersentuh. 

Bila ditanya pada hati, dalam banyak-banyak hal, pernah tak buat sesuatu untuk Allah? Tinggalkan sesuatu yang paling kita sayang kerana Allah?

Jujur, pernah. Pernah mencuba dalam payah. Namun, tak lama. Kembali lagi mencintai yang lain. Bukankah perempuan sungguh mudah jatuh cinta? Sungguh telus lagi jujur.

Jujur lagi, aku benci sikap aku yang itu. Jujur jujur lagi, aku benci diri aku yang benci sikap aku yang itu. Mahu sungguh-sungguh tinggalkan benci itu, hanya satu jalannya: HIJRAH. Aku sedang cuba, sedang berusaha. Doakanlah, doakanlah aku jadi pencinta setia yang mencintai yang selayaknya.

Walaubagaimanapun, ayat-ayat Ali-'Imran yang aku dengar tadi, sungguh memujuk. Ulas Brother Nouman Ali Khan (kalau boleh aku panggil "brother", kerana beliau sepertinya sungguh mesra), antara ciri orang  bertaqwa itu bukan saja yang keseluruhannya baik-baik saja. Tapi, ada satu yang Allah sebut ada ciri-ciri jahat.

Iaitu orang yang mengaibkan dirinya, melakukan apa-apa saja yang memalukan diri, serta menzalimi diri sendiri. Namun dia KEMBALI mengingati Allah. Sesungguhnya dia juga tergolong dalam al-muttaqin! Ayat ini sungguh memberikan harapan. Motivasi, semangat, keyakinan. Buat pencinta yang sekejap setia, sekejap  tidak setia.

Allah, Kau sungguh Al-Wadud. Kata Anna Althafunnisa dalam puisinya, "cukuplah cinta yang menerangkan cinta dan bercinta". Namun, soal cinta Allah, cinta sendiri pasti bungkam, kelu. Hilang kata, malah mungkin dia sendiri jadi gila untuk mengatakan cinta Allah itu sebesar apa. Kerana dia sendiri makhluk, yang dicipta.




Boleh saja disemak ayat yang ke 135, dari surah ke-3 ini kalau diri masih ragu-ragu. Boleh diteliti lagi terjemahan Al-Quran, andai kurang tsiqahmu pada manusia kerdil yang sungguh tidak setia ini. Mudah-mudahan kita kembali. Kembali mencintai Dia. Aku mengaminkan kita. Aku mengaminkanmu, teman. Selalu! (senyum)

Harapnya, Allah juga bagi peluang untuk bertemu dengan "man..has to seek Him" (yang tadi), yang sukar juga mencintai Allah, tapi tidak putus-putus asa mahu mencintai Allah. Dengan kekuatannya, aku bangkit mencintaiNya. Dengan kekuatanku, dia bangkit mencintaiNya. (sungguh, idea ini datang tiba-tiba, lalu aku tulis juga.) Kalau terasa semacam, fikirkan saja ia sekadar penyedap kisah, persis peribahasa yang jadi perencah karangan Bahasa Melayu. 

Untuk harapan yang ini, boleh aku tagih "amin" darimu yang solehah? (senyum lagi)

Sungguh, engkau juga adalah sebahagian dari doaku yang termakbul; "ya Allah, kurniakan aku teman yang solehah. Jauh dari kemungkaran, dekat dengan kebaikan." 

Dakap aku erat, jaga aku rapat. Moga tak jauh dari rahmat. 
Cinta kita pada Dia. Cinta Dia milik kita.

Amin.

Wallahhua'lam. 


____
rasa macam ini entri paling yulks pernah aku tulis.

'uzlah sekejap menemukan sesuatu yang baru. alhamdulillah, dah tahu cara nak elak buang masa. selain tilawah, paksa diri buat kerja-kerja rumah sambil layan ikim.fm, tengok MHI-mudahan ada informasi, khususkan pada rancangan TV Al-Hijrah/Oasis/Astro Ramadhan, petangnya tengok video dan ceramah di YouTube, dan membaca buku ilmiah jangan dilupa. pastikan ada buku nota supaya lebih konsentrasi. jangan terlalu lama depan pc layan fb, twitter, blog dsb. 

Ramadhan sebagai latihan, latihan, latihan, latihan.

video hari ini. klik sini. amazing! :D


3 comments:

nusrah said...

Nouman Ali Khan..!
One of my favourite dai'e. :)
Entri paling yuks??? haha, tguling sy baca. mne ada. ini entri mencari diri sendiri yg sudah lama 'hilang' kan? :)

3p4h said...

Untuk sekian kalinya saya terpanggil untuk menyebarkan entri dan blog anda di fb. Sangat bermanfaat.

Moga Allah senantiasa melindungi kamu. Ameen.

p/s: Teruskan misi dakwah ini.

Umairah. said...

to nusrah:

i adore him too. :)

t.ksh, sbb selalu bg skgn. even utk entri yulks sekalipun. xD

may Allah makes our hearts close to Him. amin3.


to 3p4h:
subhanallah, t.ksh. mg btul2 memberi manfaat.

jazakallahhukhayran.
amin3 utk doanya.