Pages

Sunday, August 7, 2011

terasing yang mula..asing.

Ramadhan membuka ruang-ruang pengislahan.

Lompong-lompong keterasingan yang dulunya, rasanya kian mula ditampal-tampal dengan dosa-dosa yang sudah terasa biasa. Alahai, manusia cepat benar bolak-balik hatinya.

Sedangkan dulu, bibir pernah jenuh mengutarakan, "Di daerah ini, aku mahu menjadi asing-seasingnya. Asing dengan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah yang aku cuba bawa. Biar dikatakan aku ketinggalan zaman, asalkan ini cukup jadi pembuktian amal, bahawa aku sedang berusaha. Berusaha menjadi Muslim sebenar-benarnya."

Lantas, keterasingan itu jadi luar biasa yang menyucuk. Rasa rindu pada jahiliyah yang dulu. Rasa senang dengan kemanisan yang hakikatnya pahit-sepahitnya. Rasa enak dengan aib-aib yang ditelanjangkan di hadapan Tuhan, namun malu cuba disorok-sorok di hadapan manusia.

Sedangkan, bukankah malu itu bahagian dari iman? Bersyukurlah andai masih punya setitis rasa malu, walau hanya dengan manusia. Sekurang-kurangnya, mampu jadi aras tanda, bahawa ada yang tidak jelas. Tidak kena. Tidak beres pada hatimu. Pada amalmu.

Andai jauh, jauhlah.
Andai dekat, dekatlah.

Kebersamaan dengan yang benar, membawa pada kebenaran yang hakikat.
Kedekatan dengan yang batil, menenggelamkan, malah mungkin hanyut terbuai fantasi.

Jangan, jangan benarkan lompong "gelaran-ghuraba" , ditampal-tampal hingga hilang azammu itu ditenggelam dosa.

Dekatlah, dekatlah dengan Pencipta kebenaran.
Kembali, kembalilah.

Salam juang.
Aku datang, aku datang.

Aku datang, Ramadhan-8!









____
"..bukankah Ramadhan itu latihan?.."
mode:  'uzlah.. sekejap. mencari-cari taqwa seorang 'umar al-farouq. (:



No comments: