Pages

Friday, August 26, 2011

entri kompleks buat makhluk kompleks yang komplikasi.

 
butterworth, penang. april. 
 

Penang.
Hujan. 
Lebat.

Tergelak baca post yang lama-lama. Sekalipun, yang semalam. Kalau menulis mengikut rasa hati, tentulah berubah. Hari ini, rasa yang lain. Esok, lain pula. Tapi, kadang-kadang ada tercuit malu dengan diri sendiri, khas untuk post yang ntah-hape-hape. Apapun, jadi inzar buat diri. Saya cuba. Cuba untuk, ermmm; POSITIF.

Lebih-lebih lagi entri yang terkebelakang. Bulan lepas, tahun lepas. Ampun, kalau ada yang tidak selari dengan diri yang sekarang. Maaf, kalau ada keyakinan yang berubah. 

Manusia berubah. Prinsip dia berubah, dari apa yang dia lihat. Dia rasa. Dia belajar. Dia cerna. Dia alami, dan segala-galanya. Terbentuk menjadi tabiat, akhirnya sebati menjadi akhlak. Malah, insan dan objek sekeliling juga mutu penyumbang dalam perubahan itu. 

Cumanya, proses berubah itu perlu waktu. 

Penyesuaian "dia" dengan "prinsip" yang baru, adakalanya menuntut pelbagai perubahan dan jalan untuk ditempuhi. Dia harus mencuba yang kanan dulu, dan kalau tidak selari, dia akan mengubah haluan ke kiri. Kalau tidak cocok, dia cuba yang lain lagi. Depan, belakang dan seterusnya. Lagi, dan lagi. Sampailah ke tahap akhir, hingga dia benar-benar yakin, itulah ketenangan yang dia rasakan. 

Dan, dengan jawapan itulah, dia terima sebagai prinsip hidup, langsung berpegang teguh dengannya. Dan, tentulah ianya wajib selari dengan syariat Allah.  
 
Namun, masanya panjang. Kerana "keyakinan" itu tidak datang dengan sendiri. Hakikatnya, datang dengan pertambahan ilmu dan iman. Untuk membina keyakinan yang benar, dia perlu belajar lagi. Kalau dihitung-hitung, sangat lama bukan? Untuk dia mengecap gagal sebelum berjaya, merasai pahit sebelum manis, mencari sebelum menemukan, dan lain-lain. 

Dan, dalam proses pencarian itu, wajar ada salah silap. Kekeliruan, pemberontakan perasaan, kecelaruan dan sebagainya, hinggalah dia mampu yakin, bahawa jalan ini betul. Jalan ini salah. Cara ini silap. Langkah ini tidak tepat dan sebagainya. Hanya setelah dia melalui kiri kanan, depan belakang yang ditempuh sebagai langkah percubaan demi menemukan yang benar tadi. 

Dan ketika hujan masih melebat, angin menderu-deru, tertanya-tanya.  
Saya, komplekskah, sekompleks entri ini? =,='

Ternyata, masih juga proses mengenal diri sendiri.

Hanya sekadar renungan, dan muhasabah.. buat;

DIRI.

Ya Allah, lorongkan jalan. Selalu.
Ameen.

26 Ramadhan. 




____
selamat 
menghidupkan 
malam
dua puluh tujuh
ramadhan. 


(:



No comments: