Pages

Monday, July 11, 2011

Cukup.


pernah tak, rasa? 

lagu yang kita suka hari ini, diputar-putar selalu, esok-esok rasa jemu?

kasut smart yang diidam-idam, setelah dapat, sebulan terbiar tak terbelek?

baju style yang diharap-harap, setelah beli, sebulan kemudian dah tak rasa apa-apa?

blog. sekali tukar template, esok-esok rasa bosan?

dan, mungkin juga..

awek cun setelah dinikahi ada saja yang tak kena citarasa?

na'udzubillah.

“hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun. walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu.
.. amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” 
 [al-hajj: 73]

taghut ada macam-macam bentuk. kalau dulu penyembahan berhala, kalau sekarang lain pula. boleh jadi taghut dalam bentuk cinta dunia. harta benda. gadgets. pangkat. fesyen. games. wanita. filem. dan banyak lagi. 

makin dikejar, makin tamak. makin tamak, makin terseksa. 

kesemua ini hakikatnya LEMAH, dan akan MELEMAHKAN kita. 

sebab itu, kita makin rasa lemah, bila jadi hamba. hamba pada "berhala" zaman moden. tiada tenang, dan makin lama mengganggu psikologi manusia. serangan dalam diam, tanpa sedar.  

hiduplah dengan kool. moderate. 

sayangilah apa saja, dalam rangka ketaatan pada Allah.
sukailah apa saja, asalkan cinta Allah nombor satu. 
kejarlah apa saja, asalkan tidak tergadai hukumNya.
cintailah apa saja, selagi datangnya dari Allah. kembalinya juga pada Allah.

kita takkan pernah kecewa.
takkan. 

moga Allah kurniakan kita rasa keCUKUPan itu. ketenangan HAKIKI. dan hidup dengan tenang-tenang selalu. amin. 

peace! (:



____
"when we submit ourselves to Him, and the truth that He has revealed, we will feel a contentment, a peace, a harmony in our life that nothing else in our life has ever given us!" ~nouman ali khan, how to live a humble life part i & ii

*pernah jugak terfikir. kenapa baca al-fatihah berulang kali pun, hati kita tak pernah rasa jemu? ternyata apa saja dari Allah, kerana Allah, untuk Allah, hati akan selalu rasa cukup. kan? haaah. T_T



2 comments:

Taufik Hidayah said...

Salam...qanaah itu indah...sebagaimana kita membezakan keperluan dan kehendak...keep writing jadi perkongsian bermanfaat...insyaallah

Umairah. said...

W'salam WRT.
Amin3.

T.ksh.