Di satu sudut
Baris-baris kata
Menghentam atas belakang
Luar dan dalam
Bingit sebingitnya
Di tengah cakah
Lolongan menghenyak
Suara-suara pelepas
Lolos dari kantung
Bebas sebebasnya
Di hujung bucu
Pendarfluor menangkap
Kiri aku teragak-agak
Berjam canggung
Tetap melompong
Kertas putih
Cahaya terang bu-gar
Aku kelam bu-ta
Jerit yang kosong!
--
Mahukah melongo, canggung? Bila kau jerit, manusia jadi pekak? Bila kau tulis, manusia jadi buta? Orang jahil tiada kedudukan. Orang bodoh tiada tempat.
Ternyata B.O.F, Oh! My Lady, Nora Elena, Bukan Kerna Sayang, Tujuh Hari Mencintaimu, Jang Geun Suk, Girl's Generation, B2ST, Melodi, harusnya bukan dunia aku lagi.
Bukan dunia kita lagi. Di mana mahu kita mula?
--
"Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu. Tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu." ~Imam Syafie
_____
kredit pic: sumber
2 comments:
Jerit menjadi kosong kepada yang tenggelam dalam lena, asyik diulit mimpi. Bisa juga dia turut terjerit-jerit kerana, dia mengigau.
Betapa syakib arsalan tak sudi mengumpulkan angka-angka kosong.
Amin3.
Doakanlah kita bukan dalam kalangan yg TIDUR, lalu MENGIGAU.
Lalu, tak terpilih dalam generasi yang BANGKIT.
T.ksh, Mira. (:
Post a Comment