Dia bercakap soal kematangan. Pengalaman hidup. Kepercayaan. Dan..kata dia lagi, dengan HATI yang bernyawa, bahagia itu akan tercapai. Dia bicarakan sekali tentang hadis Rasulullah berkenaan jika baiknya sang hati, maka solehlah akhlak seseorang, sambil sengih-sengih malu dan berkata:
“Maaflah..bab agama abang tak pandai sangat. Cuma ini sajalah yang abang boleh beritahu dan sampaikan..”
Aspek-aspek inilah yang dia katakan penting dalam mendirikan rumah tangga.
Entahlah, saya sendiri tak reti nak sampaikan dengan cara, atau olahan yang bagaimana. Yang pasti, bila dia bercerita, ada perasaan lain yang menyusup, dan hinggap. Diam di situ. Saya yakin, perasaan itu masih ada, dan telah menjadi satu episod dalam hidup, yang takkan terlupakan.
Meskipun, dia hanyalah seorang manusia bukan graduated dari mana-mana universiti. Bekerja hanya sebagai pencuci longkang. Berketurunan Semai, orang asli di pedalaman Perak. Menetap kini di Kampung Batu 12, Gombak.
Memang tercatat sebagai rezeki yang menguntungkan, rencana Allah itu sungguh maha sempurna. Menemukan kami dengan orang yang tepat, untuk melengkapkan assignment bagi subjek Parenting and Family Management.
Orang asli pun, manusia bukan?
Dan, benarlah. Hanya TAQWA itu yang membezakan manusia. Sekalipun manusia punya status, kedudukan, pangkat, dan ilmu setinggi apapun, tanpa amal, apalah gunanya jua ilmu-ilmu itu?
Saya respek dia, pengalaman, dan bagamana dia menterjemahkan rasa dan pengalaman melalui hati. Ada sebak, dan ada satu detik tanpa terakam, dia menangis. Sebak.
Muslim itu sesungguhnya berfikir bukan saja dengan akal, tapi hati!
Ahhh.
Subhanallah.
++++++++
Duhai “guest” yang minta saya mengulas tentang jodoh yang tak kesampaian,
Sejujurnya, saya tak reti untuk mengulas sedalam-dalamnya. Pengalaman pun kurang. Bukan kurang, memang tak ada pun. Cuma, soal perasaan ini memang semua jelas dan maklum, itu fitrah. Dan, diri saya tak pernah menentang fitrah. Kalaulah saya tetap berkeras untuk menentang sekalipun, ia tetap akan ada. Wujud.
Kerana saya manusia biasa, sama juga diciptakan oleh Pencipta yang sama. Bukankah begitu?
Dan, bila bercakap soal jodoh, saya tak tahulah apa yang saya fikir sama atau tidak dengan apa yang orang lain fikir. Atau, saya makhluk pelik? Ataukah fikiran saya yang salah? Biarlah saya dengan prinsip ini, dan moga teguh dengan prinsip ini. Moga-moga, Allah didik andai tersalah dan tersasar.
Bila sampai ke tahap, adanya warna-warna merah jambu dalam hati, atau “perasaan” yang tak senang itu hinggap, satu saja rasanya:
KETIDAKPASTIAN.
Ketidakpastian yang bagaimana? Sini, saya jelaskan satu-persatu.
Pertama: Apakah rasa itu semata-mata hawa nafsu? Rembesan hormon negatif positif?
Kedua: Atau bisikan syaitan yang memang mahu kita jatuh dalam angan-angan? Dan, cinta palsu? Ujian dari Allah? Godaan dari syaitan?
Ketiga: Ataukah memang lahirnya dari iman kepada Allah? Dan, kalau benar lahirnya atas landasan keimanan, apakah betul begini lintasannya? Beginikah rasanya?
Dan, saya memang sukar sekali dapat jawapan untuk ketiga-tiga soalan. Saya tak mahu cinta palsu datang dari syaitan. Saya juga tak mahu cinta kotor lahir dari hawa nafsu. Saya nak cinta bersih, yang Allah letak dalam hati, memang layak dan benar untuk orang yang benar jua. Anugerah kasih sayang. Tulus. Ikhlas, dan tiada kepentingan peribadi, melainkan semata-mata kerana Allah. Inilah kebahagiaan hakiki, sebab adanya redha daripada Allah.
Dan, saya tak temukan jawapan kepada cinta jenis ini, melainkan hanya satu. Jalan nikah. Hanya nikah sajalah yang saya nampak cinta jenis halal itu.
Jadi, untuk kata "jodoh sampai atau tidak" itu, tak tahulah bakal ada dalam hidup saya atau tidak? Sebab saya pun tak jelas saya patut cinta pada siapa. Maksud saya, pada saat ini? Bolehkah untuk berbuat begitu? Sekalipun boleh, apakah cinta itu nanti Allah redha? Apakah benar rasa itu?
Takut pula perasaan itu tercemar dengan sipi-sipi hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan banyak agendanya. Hawa nafsu, jangan lupa sejauh mana ingkarnya dia pada Tuhan.
Takut pula perasaan itu tercemar dengan sipi-sipi hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan banyak agendanya. Hawa nafsu, jangan lupa sejauh mana ingkarnya dia pada Tuhan.
Saya takut itu. Sungguh takut.
Jadi, nak jalan selamat, saya hanya mahu kenal dia seorang. Suami. Itulah yang saya namakan jodoh. Jodoh bagi saya.
Maka, mungkin dalam hidup, saya tak temukan dengan apa yang namanya, jodoh tidak sampai. Sebab itulah jodoh yang saya nantikan. Jodoh dari Allah. Bukan emosi dan perasaan sendiri. Buka hawa nafsu dan khayalan sendiri. Bukan angan-angan sendiri.
Hah..mungkin. Doakanlah.
Err..faham tak ye?
Saya mohon maaf, andai saya tak terangkan dengan fakta, dan teori yang sahih. Ini hanyalah dari fikiran, dan apa yang saya rasa, dan apa yang saya pegang sebagai prinsip. Saya mohon maaf, sebab untuk menulis sesuatu yang bukan saya rasa, itu bukan saya. Dan, bila saya menulis bukan dengan perasaan sendiri, saya tak dapat hayati sebenar-benarnya. Maksud mungkin akan lari, dan orang lain tak dapat faham.
Dan.. bila menulis dengan hati dan rasa sendiri juga, tentu ada banyak silap dan salahnya. Mohon teguran.
Afwan katheera. Tidak lebih dari sekadar perkongsian dari al-faqirah ilallah.
Wallahhua’lam.
ps: takkan minggu ini, minggu belajar pasal jodoh pulak kot? hisyy.
terjah rumah orang.
kampung batu 12/gombak
10 mac 2011.
:)
2 comments:
Wah, menariknya pergi umah orang asli untuk assignment parenting.
memang terbaiklah!
-JAMILAH-
hehe.
alhamdulillah, 'ala kulli haal.
Allah yang mudahkan.
thanks a lot to dhiah and hana.
akak dgn abang tu ajak ziarah umah lagi.
kalu2 nak blajar bahasa org asli.
jom terjah lagi nanti.
:)
Post a Comment