Kaca mata tebal berbingkai itu dilucutkan. Anak mata itu bulat-bulat, duduk letaknya dalam sekali. Aku hanya renung tajam-tajam. Mata itu kuyu, selalu menitiskan air mata taubat. Mata itu letih terkandung beban yang sarat. Dan, mata itu jujur, masih lagi penuh cinta dan kasih. Bayangannya mengilat, kekal sejernih 45 tahun lalu.
Dia hanya senyum lembut memandangku. Kami berdua-duan di pondok usang, merenung tingginya langit. Merasai hening suasana petang. Mengecap nikmat Tuhan serba serbi. Sungguh hangat dan mesranya alam.
Dan, saat alam berbisik, dia juga berbisik. Dalam lirih sayu, yang cukup mempesona.
"أنت عيني التي أرى بها"
"Engkau adalah sepasang mata, yang dengannya aku melihat.."
Aku sipu-sipu malu. Senyum selepas ditagih, dan melontarkan pula,
"أنت البيت الذي يكويني"
"Engkau adalah rumah yang di dalamnya aku sesungguhnya ada.."
Unggas mendecit.
Senja pun berlabuh.
Sesenja usia kami.
Wallahhua'lam.
ps:
adaptasi dari contoh yang Ustaz Omran bagi dalam kelas.
im deadly sure, dia dengan isteri dia macam nie.
hah.
sebenarnya, petang tuh nak belajar
pasal unsur "khayalan" dalam syair arab je.
memori dalam hidup.
bersama penyair Libya.
1 comment:
Penyair yang hebat romatismanya...
=)
Post a Comment