Pages

Sunday, December 5, 2010

Awak.

Awak.
Ya, awak. Ish, saya panggil awak.
Ya, awaklah.
Argh.
Ya, memang awak!
***


Awak yang bersama saya selama hayat saya.


Awak yang mendengar, saat tiada yang mahu mendengar.


Awak yang memberi, saat saya hanya menerima.


Awak yang bersabar, saat saya merajuk. Saat saya melenting. Saat saya baran. Saat saya mengamuk.


Awak yang melebur, saat ego saya masih beku.


Awak yang memujuk, saat jiwa saya lara. Jiwa tandus, jiwa gersang.


Awak yang mahu menerima, saat saya benar-benar sedang belajar erti memberi.


Awak yang tulus mempercayai saya. Sepenuh-penuhnya.


Awak yang mahu memberi dan menerima maaf.


Awak yang menghiburkan. Saat saya sedih. Saat saya terluka. Saat saya marah pun, awak boleh senyum dan buat lawak lagi. Dan..akhirnya, saya tak jadi marah. Geesshhh.


Awak yang sensitif. Awak yang bebas meluahkan rasa. Awak yang manja. Awak yang stylo


Awak yang humorous. Awak yang gila-gila.


Saya sayang awak. Sesungguhnya sayang.


Saya menghargai awak. Sesungguhnya menghargai.


Boleh kan saya jadi dids awak, hingga ke Syurga?


Joyuex Anniversaire!

Tanjō-bi Omedetōgozaimasu!

Plurimos Annos!

Happy Birthday!

Eid Milad!
5 Disember 2010, awak 20 tahun.
Sampai ke 100 tahun sekalipun, Akak sayang Adik.


Selamanya kerana Allah. :)


Oh!


Eyy.


Apapun, biar saya awal dulu.


Jangan sesekali langkah bendul.


Heh. :D


Salam sayang peluk cium,
Akak.

2 comments:

ukasyah shafei . said...

hee.
awak, pndai berkatakata. :(
okeh. awak jd dids saya smpai mati.
yey! saya nak langkah bendul jugak. tak kira tak kira *sengeh lebar*
sgt terharu. hekhek. btw, tima kaseh kakakku.
kakakku,kakakku,kakakku(ikut rentak okeh). hehe ;p

Umairah. said...

tamau.
saya nak jadi dids awak sampai syurga.
amin3.
okeh. langkahla bendul ke tiang ke, saya tak kesah.
BERSYARAT.
asalkan dapat banglo sebijik, tepi pantai.
mcm full house.
amacam? ok?
buleh?