Saya suka perasaan ini. Perasaan bersederhana. Lapang dan tenang.
Perasaan saat betul-betul senang hati buat kerja-kerja rumah. Masak, kemas rumah, basuh pinggan, mop lantai dan kesemuanya dengan rela hati tanpa rasa keterpaksaan sedikitpun. Sesungguhnya, rasa ini adakalanya datang. Adakalanya, tidak.
Saya tak tahu orang lain, tapi saya suka menikmati rasa yang sebegini. Nikmat.
Sederhana.
Ya. Saya sentiasa sedar. Hidup tidak seperti cerita dalam novel. Kita boleh susun kesemua watak, plot, klimaks, prolog dan kesemuanya ikut rasa kita. Kemahuan kita. Kebiasaannya, ada happy ending. Kalau hero, tidak sah kalau tidak kacak, baik, alim, dan kesemuanya. Bukan heroin juga kalau tidak cantik, lemah lembut, dan ada perwatakan yang menarik. Kebiasaannya begitu.
Entah kenapa. Mungkin itu salah satu daya penarik. Sekalipun tidak digambarkan si penulis tentang watak-wataknya, daga imaginasi pembaca tentu telah mampu menelah watak-watak yang ada dalam sesebuah novel.
Realiti mungkin ada yang sebegitu. Ada juga yang tidak.
Saya lebih suka kehidupan yang sederhana. Damai dan tenang. Bila umur telah mencapai setahap ini, walaupun saya tahu bukanlah matang sepenuhnya, sekurang-kurangnya akal telah mampu berfikir. Hati mampu merasa. Itu sudah cukup untuk buat penilaian peribadi.
Dan..
Rupanya, saya lebih bahagia hidup dengan belajar sesuatu. Belajar memberi dan menerima. Belajar untuk menjadi sempurna, saat diri terlalu banyak kejahilan. Itu hakikatnya lebih bermakna. Setiap pengalaman akan jadi buah yang sangat-sangat berharga. Tentunya, setiap yang berharga, kita akan kenang sampai bila-bila.
Macam kehidupan sekarang. Macam Umie dan Walid.
Bila dikenang, ada rasa haru yang dalam. Entah.
Makin lama, rasa banyak yang berubah berbanding dulu. Perlahan-lahan.
Saya tak malu untuk mengatakan, latar belakang keluarga bukanlah dari golongan "ustaz-ustazah" walaupun panggilan untuk ayah dan emak, disebut "umie" dan "walid". Panggilan hakikatnya sedikitpun tak menggambarkan apa-apa.
Tak dinafikan, dari dulu bab aurat, solat, puasa dan lain-lain masih terjaga. Cuma, sekarang ada yang lain.
Amalan-amalan itu lebih menusuk ke hati. Ada pertambahan juga dari hari ke hari.
Makin lama, kehidupan dirasakan lebih terisi. Pengamalan solat sunat dhuha terutamanya. Walaupun sedikit, entah. Saya rasa tenang. Rasa damai.
Pergantungan pada Allah juga lebih kukuh. Lebih yakin dengan doa seharian. Ibadah tidak hambar. Ada sesuatu yang lain.
Bagi yang terbiasa sejak dulu, perasaan ini mungkin tidak memberi kesan apa-apa.
Entah, saya cuma rasa lain.
Rasa seronok bila sama-sama cuba mengubah diri. Saling mencintai, dan cuba mencintaiNya, walaupun merangkak. Walaupun perlahan-lahan. Walaupun orang lain terdahulu ke depan, walaupun orang lain sudah lama melaluinya.
Allah..
***
Kehidupan sesederhana ini, mengingatkan hati tentang sesuatu. Mengajak akal untuk berfikir sedalamnya. Merenung dengan mata hati.
Kalau berbicara tentang bakal suami atau isteri, tidak terkecuali jawapan, lelaki dan perempuan yang baik. Yang soleh dan solehah, sebab itu kriteria yang memang Rasulullah tekankan. Bab agama tentunya. Ramai yang akan memilih kesempurnaan.
Cumanya, walaupun secara realiti, pandangan zahir mampu menonjolkan peribadi dan "agama" yang ada dalam diri seseorang, adakalanya kita mungkin tersalah tafsir juga.
Kalau berbicara tentang bakal suami atau isteri, tidak terkecuali jawapan, lelaki dan perempuan yang baik. Yang soleh dan solehah, sebab itu kriteria yang memang Rasulullah tekankan. Bab agama tentunya. Ramai yang akan memilih kesempurnaan.
Cumanya, walaupun secara realiti, pandangan zahir mampu menonjolkan peribadi dan "agama" yang ada dalam diri seseorang, adakalanya kita mungkin tersalah tafsir juga.
Memang. Memang semua orang mahukan yang terbaik. Tapi, entahlah. Saya cuma rasa kalau tidak mampu menjumpai yang terbaik, cukuplah seseorang yang mahu pada kebaikan. Sederhana, tapi sangat-sangat mahu mengubah diri. Mahu belajar. Mahu menerima kesilapan. Mahu memberi. Mahu berkongsi.
Hanya pandangan, dari pemerhatian.
Umie, Walid.
Terima kasih untuk perkongsian tanpa sedar.
Akak belajar.
Belajar tentang hidup.
(:
***
Sesungguhnya ini nyata kelemahan saya.
Saya tak reti hurai fakta panjang-panjang.
Soal-soal berita,info, dan sebagainya.
Saya lebih senang berbicara soal hati, tentang hidup, pasal motivasi, dari pengalaman yang masih pucuk.
Saya hanyalah seekor tupai, bukan singa macam anda.
Tapi, saya rasa senang. Cukup-cukup selesa dengan watak tupai ini.
Mungkin ada saat dan ketika, saya perlu mengaum.
Sedang belajar.
Ya, sedang belajar ke arah itu.
menikmati nikmat sebuah rasa.
bilik.
2 comments:
Assalamualaikum, umy...
mencelah di sini..
I like this post!
hm...
=]
sesuatu yang disampaikan dengan hati akan sampai ke hati, kan umy?
Terima kasih dengan perkongsian ini.. dengan tulisan yang menjadikan pembaca turut bersama dengan apa yang dinukil penulisnya.. =]
w'salam wrt.
terima kasih byk, sebab selalu sokong umy.
:)
jamilah memang terbaik.
moga Allah meredhai.
amin3.
:D
Post a Comment