Pages

Wednesday, November 24, 2010

Pagi.

Bangun pagi.

Rindu pada tabiat biasa. Buka tingkap luas-luas, dan sedut udara pagi dalam-dalam. Rasa sejuk dan nyaman. Rasa puas. Rasa tenang. Pelik juga kadang, sedutan senafas pun boleh jadi inspirasi dan pengubat lara. Allah Memang Maha Hebat, subhanallah. 

Hari rasa bersemangat semacam. Itu rutin harian selepas Subuh di UIA.

Bangun pagi.

"Ohh..banyaknya pinggan."
"Aaaaa..berteraburnya buku."
"Huuu..banyaknya barang."
"Errr..semaknya bilik."
"Duhhh..penuhnya kain.."

Bila renung dengan mata hati, barulah terasa pengorbanan seorang ibu. Seorang isteri. Serius, kalau buat kerja ini tiap-tiap hari, memang tersangat membosankan dan menjemukan. Bangun pagi saja, otak harus berjalan dan berfikir, "hari ni nak sarapan apa?". Usai sarapan, tangan bersabun lagi membasuh segala pinggan mangkuk dalam sinki. Rumah yang tak berkemas, disusun pula lagi biar nampak tersusun. Baju kotor tak berbasuh dipungut pula dan dibawa masuk ke dalam mesin. Mana yang wajib basuh tangan, disental pula lagi sampai lenguh segala kaki tangan. Sudah membasuh, berjemur pula tengah panas menjemur mana yang perlu. Elok masuk zon matahari terpacak atas kepala, otak kena fikir, "nak masak apa pulak?". 

Dan..banyak lagi. 

Kadang kalau tak sabar, memang AKAN mengeluh. Bila rasa kita buat kerja sorang-sorang, dan tak ada yang nak bagi kerjasama untuk jaga rumah baik-baik, memanglah tersangat penat. Tapi, satu saja. 

Bila dalam hati ada cinta, segala benci dan keluhan akan tertanggal dengan mudah. Buat dengan sepenuh-penuh hati atas dasar cinta, dan secara paksa rela memang lain rasanya.

Sangat mengkagumkan bila sama-sama buat. Menyentuh hati betul. Senang dan tenang rasa hati bila rasa orang tolong ringankan kerja. Umie basuh baju, Walid sidai baju. Walid beli ikan sayur, bersiang siap semuanya, Umie pula masak. Sangat bukan senang nak tengok lelaki tolong buat kerja. Waktu cuti, memang tak menyempat nak bersantai-santai lepas Subuh. Walid dah siap dengan segala macam bahan untuk Umie goreng bihun buat sarapan. 

Herm.

umie: "tak merasa la hampa nanti.."
akak: "laa..takut akak umie cakap camtu."
umie: "doa la doa.."
akak: *senyum*

Heh.

Apapun, berkata tidak sepayah bekerja, dan bekerja tidak semudah berkata. Kan?

No comments: