Pages

Wednesday, November 24, 2010

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih pada yang tak putus-putus memberi. Meski jauh, tertaut rasa. Rasa yang tak tergambar, bilamana iringan doa menyentuh hati. Meski tak bersuara, aku tahu ada. Meski tak bertemu, aku tahu kejujuran ada. Kepercayaan wujud. Kesetiaan kekal, tak berganjak.

Pada mereka yang selalu percaya. Pada mereka yang tak pernah mengalah. Pada mereka yang tak putus memberi. Terima kasih.

Payah untuk aku menutur kata. Pandanganmu satu kejujuran yang bersuara diam. Sinar mata itu tanpa pernah padam, meyalakan harapan, meski aku terduduk jatuh berulang kali. Entah tutur kata bagaimana untuk aku luah, tanda penghargaan seluas bumi, setinggi kaki langit, wajarkah dengan hanya terima kasih?

Ya, aku lemah. Terlalu. Namun, suara hatimu yang tak pernah letih menyeru, meminta aku bangkit, walau hanya dalam diam, masih juga mengheret aku, dengan kuasa Tuhan. 

Manusia memang tak sama. Tidak akan pernah sama. Ada yang cuba bersungguh memahami, ada yang lekas sekali menghukum. Lantaran, kelemahan juga berbeza. Terima kasih kerana menutup segala kelemahanku, dengan segenap kelebihan yang kau ada. Meraih lemahnya aku, dengan empati dan cinta dari Tuhan.

Terima kasih. 
:)


_____
untuk kamu.
bilik.
penang.

3 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum Umairah...

Biar hanya dalam sepi suara itu berlagu dan hanya angin yang menniupkan khabar kita, selagi hati itu bertaut atas nama yang satu, mana mungkin dilupa sahabat yang seorang ini... Saling memberi ingatan kala ada yang terlupa dan teruslah bangkit demi sebuah kehidupan nan singkat ini..

huh! Apakah Jamilah membebel ini?

Terima kasih buat Umairah Shafei juga yang tidak putus menabur doa dan semangat buat diri..

=)

~Jauh tapi dekat~

Unknown said...

subhanallah..umy..
mendalam sekali maksudnya..
maaf andai tak pandai berkata-kata seperti umy^_^
terima kasih juga buat umy yang telah banyak mengajar fatin erti hidup...
sebenarnya dah lma mengenali umy dalam dunia maya.sungguh tak sangka blog yang selama ni fatin baca adalah kepunyaan umy...=) besar sungguh kuasa Tuhan,mempertemukan kita melalui tulisan dan susunan kata-kata yang tersusun indah...rupanya hati turut terpaut antara satu sama lain...dan kita bertemu di uia...indah kan?

umy lah teman fatin yang perkenalannya sgt 'istimewa'...jarang bertemu tapi hati terasa dekat..Allahuakbar!

Umairah. said...

to jamilah:
:)
insyaAllah, amin.

to nadiarusli:
:)
umy pun rasa benda yg sama.
thanks, fatin.