Pages

Tuesday, December 9, 2014

AKU SEORANG EDITOR (HARHARHAR).

bismillah
 
 
 
satu hal yang saya terperasan sejak menjadi seorang editor untuk tempoh hampir satu tahun setengah ialah, saya ada kecenderungan untuk menjadi seorang penulis dan seorang editor dalam satu masa.

aktiviti menulis saya tidak lagi 'sebebas' dulu. saya akan menjadi terlalu sensitif tentang tanda baca, ejaan, penggunaan perkataan, singkatan dan sebagainya (haha!), dan ini menjadikan tulisan saya adakalanya (oh tidak, selalu rasanya) tersangatlah kaku dan skema (blergh). ah, pedulikan. saya masih mahu dan akan terus menulis. malahan, saya juga ada kecenderungan memerhatikan papan tanda, iklan, notis atau apa-apa sahaja di tepi jalan bahkan membaca dan mengeditnya di dalam kepala.

oh! pandangan saya terhadap buku (serasa saya) juga mulai berubah. kini, saya tidak lagi menjejak kedai-kedai buku atau pesta-pesta buku semata-mata untuk membelek dan membeli buku-buku yang saya suka. kini, saya begitu teruja dengan hobi yang baru iaitu mengelek keunikan 'cover' dan tajuk buku, melihat cara penerbit 'market' buku, menengok pilihan-pilihan buku manusia zaman sekarang (lebih-lebih lagi anak muda), meneliti cara penulis mempersembahkan karya mereka, mengikuti perkembangan dunia penerbitan dan penulisan, dan sebagainya. tidak kiralah sama ada saya berminat dengan buku/penerbit itu atau tidak. kesemua ini, sememangnya suatu pengalaman baru yang menarik bagi saya! akal dan minda terasa bercambah. memetik lebih kurang kata anis matta, cinta itu tidak boleh stagnan. ia mesti ada pertumbuhan yang menjadikan kita seseorang yang baru. dengan cara sedemikianlah, cinta tidak akan menjadi sesuatu yang beku dan bosan (eherrr). lebih-lebih lagi, teruntuk orang yang mudah bosan dan berubah-ubah seperti saya. ya, saya sangat kompleks.

tipulah kalau saya kata saya tidak pernah bosan duduk di ofis, semata-mata membaca dan mengedit sahaja kerjanya setiap hari. cumanya, satu hal lain yang paling saya suka tentang menjadi seorang editor ialah saya akan dipaksa dan terpaksa untuk membaca apa sahaja bahan, walaupun saya tidak pernah menyukainya. andaikan sebelum ini saya lebih memilih bahan bacaan berbentuk kreatif, kini saya sedang mengajar diri membaca bahan berbentuk kritis dan ilmiah (poyonya, tetapi itulah hakikatnya). hmm cinta tidak harus stagnan, bukan?
 
namun, syukur untuk memiliki seorang bos yang tersangatlah baik budi. beliau sangat faham dan mafhum dengan kebosanan dan kebuntuan saya di ofis. jadi adakalanya, di pagi hari lagi, beliau akan menerima mesej saya, "boleh umy kerja di luar hari ni?", dan kalau tiada urgensi apa-apa, dengan senang hatinya beliau akan memberi izin!
 
deenprints masih tersangat baru, bahkan saya sendiri tidak pernah terwujud dalam kamus hidup akan menjadi seorang editor. malahan berkali-kali juga saya dibalas dengan jawapan sebegini oleh pakcik teksi apabila memberitahu, bahawa saya adalah seorang editor; "apa, editor?", "kerja apa tu?", "kerja macam mana tu?" dan sebagainya. 

pernah juga, saya terfikir-fikir untuk menukar kerjaya. adakalanya, saya merasakan kerja guru lebih mulia. lebih-lebih lagi, apabila setiap kali umi cerita itu ini tentang anak muridnya. selain mengajar, boleh pula menambah amal dengan menasihati dan membimbing. ah, nikmat! namun masih, saya mahu mencebur bidang editorial, menikmati dan bergembira dengan apa yang saya ada (oyeah!), dan menemukan sisi lebih kurang saya yang sebenar-benarnya!

"one thing you need to realise is that good muslim women come in all forms. there isn't one officially sanctioned version. just look at the mothers of believers: they were all different, with characters and personalities all of their own. the only thing they conformed to was the love of Allah and His Messenger S.A.W, and their commitment to Islam. so why are we made to feel that we need to conform to more than that?" 
- amirah, 'she wore red trainers' by na'ima robert

satu saja harapan, ke mana pun kaki melangkah, moga hati terus terdidik ikhlas, amal pun mencambah berkah, apa sahaja kerja pun termaknakan terlebih untuk diri, diri, diri  dan umat, bukan sahaja di dunia tetapi berhujung sampai akhirat! oh Allah, makbulkanlah.
 
sekian, saya suka cinta menjadi seorang editor!

"woah. getting a little tired. i’m not used to this, speaking so frankly about myself." - murakami

5 comments:

deknum said...

akak, automatik saya pun mengedit tulisan akak. hahaha. caps lock tak diguna ya. kehkeh. asal rasa bebas ya? :p

Umairah. said...

okay, ini memang harharhar.

sebab akak tak suka capslockkkk. aah, macam diri kena lock gitu. eher :p

ps: keep writing deknum! :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Setuju entri ini.

Anonymous said...

"...once the book designer has read the text, then he has to be an interpreter and a translator." - Chip Kidd

Tentang kaver buku, selalu sahaja saya menjumpai kedai ITBM seperti sebuah galeri kanvas mini dengan design yang subtle tetapi relatif kepada judul, minimal racik warnanya, elegan dan artistik. Serius, dengan semangat Chip Kidd.

or, is it just me. hmm, k. ;)


ps: ah, malas sign in

Umairah. said...

jamilah;
hehe :)

anon;
hahhhh, couldnt agree more :)

btw, boleh saja saya cakap dear anon, show yourself! tapi, tak ada yang boleh describe idea guna terma sepower ni selain hmm, K. XD