bismillah
satu hari, dalila pernah berkongsi satu tazkirah dari isi ceramah baitul muslim yang didengar;
"akak, dalam memilih jodoh, mahu tidak mahu, kita kena ada basirah atau mata hati. basirah yang menggerakkan hati kita untuk menjawab "ya" atau "tidak" pada seseorang. tetapi, basirah ini tidak akan terwujud, melainkan kedekatan hati kita dengan Allah. sebab, Dialah sebenarnya yang menggerakkan firasat dalam hati kita".
hmm.
--
dan bila difikir-fikir, pilihan memang akan selalu terkait dengan akal fikiran (ilmu), rasa hati (emosi), lebih-lebih iman kepada Allah yang mendorong ketepatan dalam tindakan.
sebagaimana ayat yang selalu menyentuh jiwa, tentang perihal golongan ulul albab itu; antara dua pilihan, dia akan mendengar keduanya, dan memilih yang paling baik, di antaranya;
“iaitu mereka yang mendengar perkataan, lalu mengikuti yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal yang sihat (ulul albab)”
(az- zumar : 18)
sedia maklum diceritakan dalam al-'imran 191, ulul albab ini juga golongan terpilih. golongan yang sujud, rukuk, tunduk patuh pada Allah pagi dan petang, siang dan malam dan mengatakan, "tidak Engkau menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia". dia tadabbur, dia tafakkur. dia lihat, dia fikir, dia rasa dengan hatinya, berakarkan taqwa, dan berbumbungkan iman.
lalu, dalam bab memilih, (malunya) andai tersandarkan pada diri yang tidak punya roh buat menyemangati pertemuan-pertemuan dengan Allah. (malunya) andai pilihan disuarakan dari hati yang tidak punya kedekatan dengan ayat-ayat Allah. (malunya) andai proses merisik khabar, A hingga Z, namun tidak terhubung dengan 'kabel' sebenar dari langit, setiap kali dingin pagi memeluk tubuh. (malunya) andai berkobar-kobar memercik peluh, mencari dan menemukan soal kebenaran dan hakikat, tapi diri belum pun bersedia diluruskan haq.
polos, ikut-ikutan;
jujur, aku di antaranya.
(malunya)
cukuplah sekadar 'pernah',
dan 'kini' atau 'akan', tak terwujud lagi.
(malunya)
cukuplah sekadar 'pernah',
dan 'kini' atau 'akan', tak terwujud lagi.
Allah, permudahkanlah kami menjadi antara ulul-albab Mu.
--
pilihan dengan basirah bukan cuma sekitar bab jodoh. hmm, pilihan yang basirah dalam hal-hal lain pun tidak terkecuali (insyaAllah), ameen.
ps: ''i'm not a perfect person. there's many things i wish i didn't do. but i keep continue learning'' (hoobstank: the reason) via @fatinzuaini.
6 comments:
salam, kak ada adik nama iman ke?
-tidakbest
tidakbest;
yap. kenal ke?
Sek ikups ke?
ye, form 3. err, kenal eh?
hahaha. kebetulan je. Itu hari pergi majlis anugerah cemerlang adik.
Adik dapat untuk SPM. Masa anugerah untuk PMR tu nama Iman Shafie tu rasa sungguh familiar.
Sebab Iman, Umairah, macam ada kaitan je rasa. Ha sebab itulah tanya. Rupanya betul. Adik akak. :)
hazen;
hisy, hebat jugak ilmu #budaktentera nie. aura nama pun boleh tau adik beradik.
betullah tu, tak syak lagi :)
Post a Comment