Pages

Sunday, April 28, 2013

kata-kata di negeri marhaen;

bismillah

dari daerah kecintaan, di luasnya negeri kata-katanya, seorang marhaen sedang belajar bersuara. katanya;
 
"sebab kita, (mungkin, -dia sahaja sebenarnya) ini selalu sukar menjadi yang neutral, maka terlalu sering butuh pada “check and balance”, pro dan kontra, dalam sesuatu perkara.

dan, kata-kata serta budi bicara yang baik, sepertinya termasuk di antara salah satu penilaiannya. menjadi titik timbang tara, walau mustahil untuk mencapai keseimbangan total.

sebab entah, sebagai seorang marhaen yang belajar bahasa sebagai jurusan khusus, dia selalu percaya yang ini;
"you can’t be lazy in language; it costs too much. what if you meant to say “what’s troubling you?” and instead you said “what’s wrong with you?” wow, that’s too big a mistake" - jim rohn

dan ini;
لطف العبارة يخفف ثقل النصيحة

"lembutnya pengibaratan meringankan beratnya nasihat yang disampaikan" - dr. al-mosleh

dan dia selalu percaya, kata-kata adalah gerak jiwa, santun hati, bahasa tubuh yang sedang berbicara dari dalam; tulus, dan jujur, tidak mudah untuk didustakan; lantang memaparkan gelora, resah, sedih, marah, kecewa, gembira, mahupun tertawa!"

hmm?
 
moga dia tidak terasa maha pahitnya menelan kata-katanya sendiri. lembut tegas, tapi manis-manis sahaja. Allahhu!
 
--
 
waktu menuliskan ini, hujan pun turun, merintik-rintik  jatuh di daerah kecintaan marhaen itu. tidak riuh, perlahan-lahan di permulaannya, subhanallah! :)
 

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

bila lama
tiada entri baharu
aku jadi rindu.
apa khabarmu, di sana?
apa khabar tulisanmu?
kuselak lembar lama,
itu ubat rindu ini.

umy, miss your writing!

Umairah. said...

jamilah;
err, soalan:

lebih rindu orangnya atau tulisannya? :O

terharu, hehe. banyak nak tulis, tapi terkelu pulak. kesan dakwat pru hari tu agaknya, ahah~

sudah hampir final exam, doakan umy dipermudahkan. untuk jamilah juga, amen insyaAllah :)