Pages

Saturday, February 25, 2012

Doraemon Nobita I.

Tangkal berbentuk D, dicabut rakus. Doraemon bangga dengan penghijrahan tauhidnya. Dia mahu mengajak Nobita, si pemalas yang masih sukar ditarbiyah, meski telah sekian lama Muslim bersama-samanya. Tapi, dia sedang cuba. Sungguh-sungguh cuba.

Lalu, dengan mesin masanya, dia mengheret Nobita menjelajah. Guru akidahnya, Ustaz Sinyu pernah menceritakan tentang perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakam dalam Al-Quran. (Al-Kahfi: 60-82) Tak sabar-sabar pula, dia mencontohi Nabi Khidir. Konon mahu menjadi Murabbi bijaksana, yang menumbuhkan iman dan menyebarkan fikrah Islamiyyah. Dia maklum sekali, Allah akan bantu dia.

Lalu, dengan mesin masa, mereka menjelajah bersama!

--
Lokasi pertama: Pantai Buih

Deru angin sepoi-sepoi menampar pipi gebu Nobita. Sayup-sayup, dia ternampak Sizuka berlari-larian ke arahnya. Dia senyum girang, meski jantungnya berdegup kencang walau cuba ditahan-tahan. Sizuka, masih comel pada mata Nobita. Tambah-tambah, bila Sizuka senyum. Oh, manis! Mereka cuma berdua, di tengah pantai luas. Sizuka meniup belon-belon kecil, dari botol kecil yang berisi air sabun. Dan belon-belon itu melantun lalu pecah satu persatu di muka Nobita. Wajahnya terasa berair, tapi nyaman! Dia sengih-sengih lagi, sungguh suka!

“Hoi, bangunlah!” jerit Dorameon, kuat. Di renjis-renjisnya lagi air laut ke muka Nobita. Nobita tergaru-garu kepala. Lidahnya terasa masin-masin air laut. Digenyehnya liur yang masih lekat di tebing bibir. Dia langsung tersedar. Oh, dia memang di pantai. Tapi, mana Sizuka? Matanya ditenyeh-tenyeh pula. Dorameon di sebelah menyinga, dengan wajah kelat. Terlalu marah barangkali.

“Hisyy, pengotor.” kata Doraemon, menjeling.

“Kita di mana?” tanya Nobita pula, kehairanan.

“Tengok sendiri.” jawab Dorameon, malas-malas. Dia bingkas bangun, menenggelamkan dirinya dalam tanah yang dikorek sedalam hasta tangan manusia. Dan melompat atas-bawah-atas-bawah, konon-konon sedang bersenam di gimnasium.

“Dorameon, saya lapar.” Nobita mengusap-usap perutnya. Tenggelam timbul wajah Doraemon yang sedang bersenam, masuk-keluar-masuk-keluar dari tanah, sungguh memeningkan kepala.

“Doraaaaeemmmoon!” Tak tertahan lagi, Nobita menjerit. Kali ini, Doraemon senyum. Puas mengenakan. Dari jauh, dengan teropong ajaibnya; laksa Penang, rojak, pasembor, buah-buahan kelihatan sungguh menggiurkan. Doraemon terangguk-angguk riang, dan mereka berjalan beriringan menuju ke deretan kedai.

Sesekali, bunyi ombak kedengaran. Angin tak putus-putus mengibas-ngibas daun-daun kelapa. Nobita menjilat-jilat aiskrim yang mencair di jemarinya.

“Nobita, pernah awak baca tentang buih-buih di laut?”

Nobita geleng. Sejak akhir-akhir ini, Doraemon suka berfalsafah. Tapi, dia dengarkan saja, kerana Doraemonlah satu-satunya sahabatnya di dunia. Bila dikatakannya ‘dunia’, Doraemon akan mencelah, ‘akhirat’ juga!

“Ustaz Sinyu pernah bilang, umat Islam pada zaman ini pernah diumpamakan oleh Rasulullah, seperti buih-buih di lautan.”

Nobita menggigit nenas muda di tangan kiri. Doraemon menepis tangan Nobita, sebagai satu bentuk perintah supaya dia makan menggunakan tangan kanan. Nobita tersengih, lalu bertanya:

“Mengapa kita diumpamakan seperti itu?”

“Sebab bilangan kita yang banyak. Tapi, dalam hadis tersebut juga dikatakan; walaupun bilangan kita banyak, tapi kita telah dikerumun seperti orang-orang lapar yang mengerumun dulang berisi makanan.” Doraemon menjelaskan lagi.

“Oh, gerunnya! Tapi sebab apa bilangan kita yang banyak, tak dapat berbuat apa-apa?” Kening Nobita yang jarang-jarang, hujungnya bertaut; rapat.

“Sebab Allah dah menghilangkan rasa gerun musuh-musuh, dan melemparkan rasa wahn dalam hati-hati. Dan wahn itu, adalah cinta dunia, dan takut mati.”

Nobita tersenyap.

“Apakah saya yang awak maksudkan?” tanya Nobita lambat-lambat.

“Pengajaran untuk kita, supaya tidak termasuk dalam golongan yang banyak itu.” kata Doraemon. Kali ini, Doraemon betul-betul serius.

“Nampaknya, halaqah Ustaz Sinyu berjaya buat awak begini. Saya tak suka ke halaqah. Tapi, saya pelik kenapa Ustaz Sinyu tak putus-putus harap mengajak. Walaupun.. err, bukannya ramai pun yang berminat nak ke situ.” Nobita memuncungkan bibirnya. Kemudian, digigit-gigit kuku jarinya pula. Tabiat buruk yang masih tak mampu ditinggalkan.

Doraemon tersengih panjang. Nampaknya, ‘taktik Nabi Khidir’ ini, berjaya juga buat Nobita bersoal jawab.

“Sebab dia merasakan kualiti lebih penting dari kuantiti. Ramai yang ke program agama, tapi program ‘mass’ umumnya, bersifat on-off. Hanya sekitar menyebarkan pengetahuan umum tentang agama, tapi tak ada pembentukan yang kukuh, dan berterusan. Dalam halaqah, kita dibentuk untuk beramal secara berterusan. Diajar untuk selalu bermuhasabah, mengurangkan jahiliyah, dan meningkatkan keimanan dalam diri.”

Doraemon berdehem, kemudian menyambung semula.

“Ustaz Sinyu merasakan, biarlah sedikit, asalkan dibentuknya betul-betul. Tak guna banyak, tapi kefahaman tentang Islam tak betul-betul mendasar. Tak guna banyak, tapi bab akidah dan iman masih tak betul-betul kukuh. Tak guna banyak, tapi tak mampu melawan, hatta nafsu diri sendiri.”

Doraemon puas hati, tapi ternyata Nobita masih berkerut dahinya. Sesekali, matanya mahu terpejam lagi.

“Ehemmm, begini.” Doraemon mengambil sebatang kayu panjang. Dengan kayu sepanjang 15 cm, dia melukiskan badan, kaki, hinggalah ke wajah yang menampakkan seekor binatang.

“Ini, apa?” tanya Doraemon, bingkas.

“Gajah!” balas Nobita yang masih mengantuk. Diketuk-ketuknya Doraemon kepala Nobita dua tiga kali. Ternyata masih tak ada reaksi. 

"Unta, lah!" kata Doraemon mencekak pinggang. Nobita tergelak besar. 



_____
ps: bersambung
*updated: ke Doraemon Nobita II

7 comments:

Aishah Nur Hakim said...

suka sizuka :)

Anonymous said...

akak, menarik!

x sabar tunggu sambungan,hehe

mcm mana la blh tercetus idea, doraeman-nobita-sizuka.

mg kreatif itu trus disumbangkn di jalan ini.

(^_________~)

Umairah. said...

aishah:
suka giant
eh?
xD

huda:
ada2 saje, heh
sbb terteringat mesin masa doremon tuh kot, kekeke

well, dulu2 rajin jgk layan doremon nie, pukul 7.30 malam, time maghrib, tv1 kan?

see? mmg sungguhlah takmo suruh budak2 smyg time tuh, cehs. media oh media!

malang, akak salah sorang.
belum tertarbiyah =,='

Zimah Zaiwani said...

kak umai.... mcm mn nk tulis cite2 mcm ni kat blog? zmah sgt suka tp zmah x reti. ajarlah zmah....:(

Umairah. said...

zimah:

tak susah, insyaAllah :)

sbb yg nie, imaginasi. jd, kita bebas utk tulis sesuka hati. apa yg terlintas, itulah yg kita tulis. asalkan, kita ada 'isi' yg nak disampaikan, 'kulit'nya tu boleh goreng. hehe

bleh sgt, nnt bila2 tjumpa zimah, akak kongsi. rs susah pulak nak explain steps kat sini.

ingatkan ye, takut terlupa.
no worries, be happy

:))

faaizz d. zul said...

assalamualaikum.

"laksa Penang, rojak, pasembor"
oh, Nobita suka selera utagha eh?

btw, manusia boleh jadi sgt kreatif mereka alasan ktka menolak jemputan ke halaqah. kdg2, sy pun. -.-'

tp, org2 mcm ustaz Sinyu masih tak boleh berhenti menjemput.

teruskan sambungan,rasa mcm kelas quality control dr sisi pandang Islami. =)

Umairah. said...

wa'alaikummussalam

oh, mungkin sebab Nobita belum sampai selatan.

dan juga, mgkn Ustaz Sinyu pun perlu belajar mengkreatifkan diri menjemput?

btw, mcm soalan edmeth. Cikgu akan ajar by steps. bermula dr bab fungsi, f(x), ..rasanya (=,=)'? seterusnya, dr situ kita dpt solve byk soalan dlm topik2 seterusnya.

mcm halaqah juga, Murobbi akan didik by steps. akhlak, ibadah, dan lain-lain. setiap minggu, ada sasaran & matlamatnya. terlepas slh satu, kita mgkn tak dapat 'solve' byk persoalan2 'keaiban@kejahilan' dlm diri.

dan selebihnya, insinyur pasti lebih terer selesaikan 'edmeth'.

mg dipermudahkan
insyaAllah.

(learning)