Pages

Wednesday, November 30, 2011

"Pak, buku saya sudah terbit!"


jamilah, untuk serumpun series II nanti, kalau pak alwi tanya;
"bagaimana semuanya? kerja rumah diberesin?"
bolehlah dijawab, 
"alhamdulillah pak, kerja rumah beres. malah sudah diterbitkan."
subhanallah, terima kasih Allah
T-A-H-N-I-A-H 

kawan-kawan
beli la, beli
jom! :D

Tuesday, November 29, 2011

"Will you be my message in a bottle?" -Napoleon


dengan dia
'sejarah' hidup bukan dengan fakta semata
tapi dengan emosi dan rasa

dia sesungguhnya mengajar
rasa itu seni
gubahan terindah 
hadiah Pencipta!

kenapa sering menafikan?
mengapa selalu menidakkan?

syukurlah!

alhamdulillah






_____
"..look inside yourselves
such a perfect order
hiding in yourselves
running in your veins
what about anger love and pain
and all the things you’re feeling
can you touch them with your hand?
so are they really there?

lets start question in ourselves..

291111/napoleon bonaparte/modern europe/kopanski

"matakehati".


adalah laluan tanpa titi, tanpa jambatan, tanpa tol
tanpa trafik, tanpa lintas, tanpa lebuhraya
namun berhati-hatilah meniti laluan
bimbang tercedera tanpa luka
parutnya ada, tetap terasa





____
"..apa yang anda sembunyikan dalam hati, akan tersingkap dengan tatapan mata.." -bab 'pandangan kasih sayang', hlmn. 87-96; bagaimana menyentuh hati, abbas as-siisiy

dia masih macam dia di tingkatan satu.


akak, ari ni, ammar ada exm kul 8pg ngan kul 2 ptg
BM paper 1 n paper 2
@ammarhencem, 14-Nov-2011, 04:44

akak, bi pkl 8pg ngan 10.30 pg
doalah yer, mklmlah bi
@ammarhencem, 15-Nov-2011, 04:45

kak ari ni exam sej. kul 8pg ngan 10pg
@ammarhencem, 16-Nov-11, 04:16

akak, ari ni ada +math pkl 8pg ngan 2ptg.... 
tlglah doa2 byk2 apatah lg minx dijauhkn dari sft cuai...
@ammarhencem, 23-Nov-11, 04:38

akak, ari ni ada physic, pkl 8pg, pkl 10 pg n pkl 2ptg... 
akak doa2knlah agar dpt jwb yg terbaek
@ammarhencem, 24-Nov-11, 06:15

akak ari ini ada chemist pkl 8pg, 10 pg, ngan pkl 2ptg...
doalah ammar dpt mnjwb dgn terbaek ari ni
@ammarhencem, 29-Nov-11, 04:43

akak ari ni pper last, pper bio
pkl 8pg, 10pg n 2ptg
doalah ammar dpt mnjwb yg trbaek utk yg nie
risau gak ni
@ammarhencem, 30-Nov-11, 04:37


"tidakkah mengharukan, bila seseorang sentiasa merasakan kita antara yang terpenting dalam hidupnya? terima kasih Allah, untuk yang ini."

Sunday, November 20, 2011

Versus.

tadi-
aku: "bila abjad menggagalkanmu, katakan dengan alam."


kini-
iman: "aku gagal bersuara, amalmu sedang mengatakannya."









____
"..bahawa iman pada diri mereka-mereka itu tertidur lelap, dan karenanya tidak mempunyai daya dorong yang kuat yang dapat membuat mereka mau melaksanakan segala konsekuensi keimanan tersebut.." -majmu' rasail I, hasan al-banna, hlmn. 34

Tuhanku, ampunkan jiwa yang tak bersedia. hati yang tak bersungguh. dan deria-deria yang tak amanah. :'(
20112011/uiam

senyap dalan riuh.

gempita guruh pun berbunyi
riuh angin entah dari mana
derap tapak makcik india
luncur hujan yang berani
desas desus hutan belakang

deru pacu honda, kriss, modenas
yamaha, mercedes, proton, nissan
teksi meter, metro 91, u12
rakus bersaing menghasil suara

di kanan kau, aku perempuan
di kiri aku, kau lelaki
berdua berteduh, diamkan saja
yang kita tunggu bukan sesiapa
yang kita tunggu hujan reda










_____
bus stop entah batu berapa
ditulis untuk mengenang , bukan -dia!








..beg syirah yang berat. huu. =.='
luar kampus; 20112011

perkhabaran tanpa makna.



katakan dengan alam
jika abjad menggagalkanmu


pernah
kita hanya mahu manusia tahu
diam, kutuk, telahan, tekaan
persepsi, duga atau prasangka


kita tak peduli
dan sekuman pun tak kisah
terpulang


cukup, mereka tahu
pernah?












_____
hu hu~
satu hari dari hari-hari/sum

Saturday, November 19, 2011

bernafas dalam kota.

ketika aku cuba bernafas dalam sesaknya dada
aku menyedari bahawa kota ini lebih sesak
lebih sesak dari sesaknya dada

-18 nov 2011, puduraya



____
ps: "..if you do zikr, you won’t get stressed. if you’re getting stressed, you’re not doing enough zikr.." -shaykh hamza yusuf

Thursday, November 17, 2011

menyusur di kaki lima.


menyusur di kaki lima
terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah
kau masih ada

-lirik; pokok
















ps: sampah sungguh-sungguh mencemar , hisyyh .
kaki 5 sum , cemerlang dhuha , 17/11/11 .

Wednesday, November 16, 2011

maafkan selalu.


pada pengarang jantung, buah hati, kekasih jiwa raga, yang begitu mengerti kedalaman hati

maafkan selalu kealpaan yang selalu buat onar, lalu hatimu terguris atau khilaf tanpa sedar lalu jiwamu merana

maafkan selalu hati yang tak peduli, atau hati yang kurang simpati pada rindu-rindu lalu yang kau titip dari anak mata, dari suara, dari rayuan yang cukup halus tak tersedar

maafkan selalu keculasan dalam berbakti seluruh jiwa raga, atau keterlupaan hingga melebihkan kasih pada yang tak selayaknya

maafkan selalu kelewatan dalam mentafsir makna "pulanglah, pulanglah" yang kau tak pernah ucap melainkan hanya dalam kiasan bersahaja

maafkan selalu kecuaian penghutang-titipan-bulanan ini, kerana barangkali ada yang tak tertunai semanah mungkin

di akhirat kelak, andai ditanya sejauh mana amanahmu tertunai, kalau bisa aku jawab, akan aku katakan:

"Tuhanku, ya Ilahi Rabbi hadiahkanlah mereka mahkota, kurniakanlah mereka Syurga, dengan ini saja bakal terlunaslah hutang-hutangku.."

ah, moga saja aku cukup solehah dan benar mukminah untuk diberi peluang berkata-kata sedemikian rupa. detik, dan hari-hari yang aku lalui di sini adalah perjalanan mencari solehah dan mukminah itu. maka izinkanlah, dan redhakanlah waktu-waktu yang terlebih di sini, berbanding di sana agar kelak -aku- adalah maharmu untuk mendiami istana Allah

sabarlah, sabarlah

"sesungguhnya harta dan anak-anakmu hanyalah (ujian) bagimu, dan di sisi Allah lah, pahala yang besar." (at-taghabun:15)



ikhlas dari jauh,
kakak, 0505; uiam gombak




____
bila berkasih kerana Allah, apa yang kita lihat, kita pandang, kita rasa, kita mahu, kita impi, kita harap, PASTI-nya dalam ruang lingkup -ALLAH juga. hanya itu, tiada yang lain. hmm, itu lebih realistik dan futuristik kan? :)


Tuesday, November 15, 2011

Pemilih.



dan bila kabus-kabus diterobos
cahaya halus pagi
kita adalah pemilih dan penentu
hari ini untung, rugi atau celaka

daftarlah sebagai pemilih

bismillah,
selamat memulakan 19 Zulhijjah 1432 H.
:')



____
"..barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung. barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka.." -mafhum hadis

*pic: uiam-satu pagi.

Sunday, November 13, 2011

shoot3



aku sesungguhnya belajar dari pengalaman bahawa pembacaan adakalanya asbab kepada hidayah. kerana dari kekeliruan dan ketidakfahaman di awal pembacaan, akan menumbuhkan pertanyaan. dari pertanyaan membawa kepada pencarian. dari pencarian kepada penemuan. dari penemuan kepada pengetahuan dan kefahaman. dari kefahaman kepada keyakinan. dan dari keyakinan itulah menghasilkan amalan dan pekerjaan luar biasa. moga seterusnya menemukan keteguhan dan istiqamah yang membawa kepada keredhaan di akhirat sana.

bacalah apa saja. jangan pernah menghukum penulis, judul atau genre. selagi mana ada unsur hikmah dan kebaikan, itu sesungguhnya milik kita. 

bacalah!

"hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya." - hadis riwayat Imam at-Tarmizi dan Ibnu Majah.


moga kemahuan sentiasa ditunjuki dan dilorongkan kebenaran.

#azam: 
buang kemalasan. 
baca buku di luar bidang pengajian. 
peduli, dan analisa. 
jangan taqlid buta. 

peace!
selamat membaca.




____
all the best untuk semua candidate SPM11. 'ammar, azrie,  sumaiyyah, & hafizah. :') 
selamat berjuang adik-adikku sekalian!  alah, kacang je SPM tuh. heh. :P

.. 'kacang' dari ujian-ujian keduniaan yang lain. :D

*asbab: medium/sebab
*taqlid buta: percaya bulat-bulat

#roh mukhayyam-i[media].

Friday, November 11, 2011

Sempurna.



---

jika kau katakan sempurna
ada pada siapa yang memandang
bagaimana yang memandang

aku mengatakan matanya, hatinya, emosinya
sudut pandangnya, fikirnya belum
sempurna untuk menyempurnakan

eloklah kau dan aku 
kita bersama katakan
sempurnakanlah yang Menciptakan
jujur, nescaya sempurna!

:')

---







_____
"..sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih.." (Ibrahim:7)

“to look beautiful, you need to be satisfied with your appearance and be conscious of the creativity of the Creator when creating you.” -salman al-oddah, twitter.

khairunnisa, awak sempurnakan 11.11.11, dengan ruang follower ke-111. :)
moga kesempurnaan awak menyempurnakan ketidaksempurnaan di sini
terima kasih & salam kenal. xD

kredit pic: anis nasuha mohd aswad; akak peminat nasuha nombor satu!

Thursday, November 10, 2011

Bisnes.

­­­­­­nasi lemak empat bungkus!
kuih dua tiga ketul
lepat liat, karipap
tanpa suara tahu saja
kita suka, kita lapar

semalam tiga ratus
syirah senyum lega
hari ini masuk lagi
dua ratus pula
kakak senyum juga

ummi buat kerja-kerja meng-ummi-
akan datang jadi susah, atau
nak jadi walid, -dia- pun
mungkin nantinya serba salah?
atau memang ummi walid 
seantero dunia macam ini 
atau lebih dari ini..

ya?

hmm.


____
bisnes dengan Allah, tak pernah tak untung. moga ummi walid, untung kat sana. amin. :)
masa-masa-akhir. selamat tinggal. huhu.

Wednesday, November 9, 2011

itu saja!


satu hari, dari hari-hari yang indah.
"kak, saya rasa tak ada siapa-siapa pun suka saya. malulah nak cakap kat akak, tapi saya takutlah. saya takut tak ada jodoh."  
"kalau awak jaga diri baik-baik, sama ada diorang hormat, ataupun Allah sedang lindung. itu saja! :)"






____
rasa macam banyak bebellah cuti ni.
mungkin. mungkin, ada lagi. 

haila. =.='

Sebab.

satu pagi dari pagi-pagi yang indah.

aku satu: kawan, kita suka sebab orang suka. atau sebab Allah suka?
aku dua:  kalau kita suka sebab orang suka, apa sebabnya?
aku tiga:  kalau kita suka sebab orang suka, akan berkekalan tak kesukaan kita itu?
aku empat: kalau kita suka sebab orang suka, ke mana kita nak bawa kesukaan kita itu? 
aku lima: kalau kita suka sebab orang suka, apa matlamat jangka panjangnya?
 
entahlah kawan, aku tak dapat bagi jawapan. 
aku tinggalkan sekejap. 

sekejap. ya?

kipas yang berpusing-pusing dari tadi dengan krek-krek bunyinya, langsung tak membantu. konon mahu mengemis sedikit inspirasi dari mocca panas, pun sungguh dia tak mahu menolong. syampu jenama clear, yang punya rasa segar dan bau harum pun tak menghangatkan enjin otak. langit yang sekejap mendung sekejap cerah pun tak kuasa melayan. anggur ungu masam-masam manis yang sudah berbiji-biji ditelan pun, vitaminnya tak cukup melancarkan gerakan daya fikir. leter panjang adik, bebel hingar adik, dan hisyy lagu-lagu dari suara adik, pun tak mahu peduli.

sekejap. ya?

sejadah pun diam. telekung pun tak bersuara. dinding apatah lagi, biru yang dilihat, biru itulah yang nampak. fikiran melayang-layang, selang seli dengan takbir. selang seli dengan tasbih. selang-seli dengan tahmid.

tapi, tiba-tiba kata dia (mungkin aku yang keenam), lewat dhuha, dalam penghabis doa (sungguh kawan, aku tak mampu khusyuk. masih tak mampu lagi). 

"bila kita cuba suka apa yang Allah suka, Dia tahu kita sedang berusaha. Dia tahu kita sedang cuba, dalam payah, penat, letih, keliru, kecewa, gagal, semuanya! walau kita tak ikhlas pada mulanya, tapi Dia tahu kita sedang usaha. saat itu, kesukaan kita ada sebabnya. ada matlamatnya. ada pengakhirannya. paling penting, Dia akan sayang dan suka kita balik kalau kita suka apa yang Dia suka!"

aku tak rasa dia menjawab. tapi aku rasa dia terus beri solusi.
insyaAllah, aku akan mencuba. aku akan berusaha.

hahh. 
:')


"yang cacat itu, di mata kita."


yang cacat itu, di mata kita; mata manusia
tapi tidak pada 'mata' Allah
kerana Allah, maha sempurna ciptaanNya
Dia tak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia (al-imran:191)
pasti ada hikmah di sebalik semuanya

harungilah hari dengan syukur
walau siapapun, 
di mana pun atau 
bagaimana pun 

..kita!

senyumlah! :')


_____
satu pagi
aagym; rawat hatinya, bangunlan insan. oasis.

kredit pic: mikael

Tuesday, November 8, 2011

Seminit.

hari yang panjang
sejam yang berlalu

duduk, berdiri
jaga, tidur
tulis, baca, fikir
bangun, diam

sepi, sempurna
sempit, lapang
dahaga, lapar
kecewa, marah
tenang, kalut

aku tak temukan kau

--

dalam payah hati
yang meraba

dalam pejam mata
yang mencuba

tolong; tolonglah
beri aku seminit
hanya seminit
walau seminit

untuk sekejap menangis
lewat huruf-huruf
yang aku baca
maghrib lalu

Tuhan, sempurnakanlah cinta
untuk seminit yang ini
hanya seminit
walau seminit

mohon
mohon
mohon

sesungguhnya





____
untuk HANYA mencintai Dia (tak ada yang lain), sungguh payah kan, walaupun seminit?
untuk HANYA ada Dia (tak ada yang lain), sungguh payah kan, walaupun seminit?


hmm. 

Monday, November 7, 2011

khayal-khayal pun, harus bagi makna. harus!



selepas me'rajinkan' diri menjawab berpuluh-puluh soalan, kononnya untuk kenal diri sendiri, terasa macam dia tahu saja tentang kita. magisnya, telahan dia macam tepat. agak terkejut, sebab wow, artisan! aku? eh, aku?

part ini terasa paling tepat.

"..above all, artisans need to be free to do what they wish, when they wish. they resist being tied or bound or confined or obligated; they would rather not wait, or save, or store, or live for tomorrow.."

sebab itulah agaknya, selalu berubah-ubah. bermusim. dan ehem, cepat bosan juga. 

bila melihat cara prof kopanski mengajar, mendidik, bercakap, berceramah, berleter, memotivasikan, memberi nasihat, dan yang sewaktu dengannya, dengan tanpa peduli kesalahan grammar, maka dengan tiba-tiba pernah TER-tanya beliau (sungguh tiba-tiba), 

"sir, do u hate formality?"

serasa waktu itu, prof tersengih dan diam saja. tapi, beliau berikan bukti yang beliau memang jenis yang itu. bersemangatlah, sebab kita juga jenis yang itu. dan dapat juga rasakan, beliau minat seni. sungguh-sungguh! 

orang-orang seni sama ada yang memang betul berseni atau sekadar yang minat-minat dari jauh (macam saya), memang jenis yang suka bebas. erm, agaknya? khayal entah ke mana, berfikir sesuka hati dia, rancang ikut kehendak perasaan, tak suka teori, suka benda yang tiba-tiba? kadang-kadang blur? hmm?

pedulikan seni-tak seni-berseni itu semua.

cumanya, teringat kata ustaz (translated):

“ada dua jenis seni. seni untuk masyarakat. dan seni untuk seni. seni untuk masyarakat memberi pedoman. seni untuk seni, sekadar keindahan.” 
-dr. ala’, abassid 2011

ah, kau yang mana?

sedangkan saja baginda Rasulullah S.A.W. menuturkan. dalam sebaik-baik sabda:

min husni islamil mar-i tarkuhu ma la ya’nihi. sebaik-baik Muslim seseorang, meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya. (hadis)

khayal kita pun, harus. harus memberi makna! 
hmm; lagi sekali.

untuk aku. 
teruntuk, -AKU.



---------

iklan sekejap: antara sebab kenapa saya sungguh suka prof kopanski (modern europe):

pertama: beliau sangat-sangat yang tersangat-sangat menghormati wanita. kata dia (translated), "kalau emosi, dan pakaian wanita sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga, maka percayalah generasi-generasi kita akan sentiasa dalam keadaan baik." 

kedua: beliau pernah cakap ini (translated), "sebelum saya memeluk Islam, antara keindahan Islam yang paling saya suka adalah, Islam sungguh mengutamakan privasi. kehidupan wanitanya privasi. kehidupan suami isteri privasi. emm, semuanya privasi.." 

sekadar berkongsi. :')




_____
orang yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah, yang tersibghah dengan peribadi tarbiyah, dia sesungguhnya akan sentiasa fikir untuk dakwah dan tarbiyahnya. meski di manapun, siapapun, atau apapun medannya, sebab hidupnya hanya untuk Allah, redha Allah, cinta Allah.

letakkan. letakkan cinta pada itu, ya Allah!

"kalau aku masih tak mampu nak menyukai fizik, kenapa menyalahkan orang yang belum mampu mencintai sejarah?"


saya benci saya yang ini. 

dalam sehari yang panjang, saya kerap jatuh dalam hukuman, mahkamah, persidangan, atau yang sewaktu dengannya. erm, penghakiman manusia. tak kisahlah, dari apa yang dia tulis, dia baca, dia fikir, dia lihat, dia rasa. segalanya!

dan, dengan sepenuh perasaan, saya merasakan saya adalah hakim.

namun, bila sampai satu masa, saya terdiam.

"kalau aku masih tak mampu nak menyukai fizik, kenapa menyalahkan orang yang belum mampu mencintai sejarah?"

hanya saja dia belum mampu mengendalikan obsesinya pada err..games? kenapa aku mesti menyalahkan dia, sedangkan aku pun belum mampu mengikis obsesiku pada err..movie

cukuplah kita maklum, Allah menguji kita pada titik terlemah kita. dan perlu juga kita tahu, titik terlemah kita itu berbeza. 

cukuplah kita maklum, kita berkongsi masalah yang sama; keobsesan pada hal yang tak sepatutnya. walaupun, hakikatnya obsesi kita berbeza. 

awak, ada obsesi awak tersendiri.
saya, ada obsesi saya tersendiri.

tapi, matlamat kita satu; cinta Allah, redha Allah.

dan, saya mula merasakan bahawa dalam satu-satu perhubungan (apa-apa jenis pertalian) sekalipun, tak cukup kalau satu-satu orang sekadar menerima atau memberi. kalau terlalu ingin memberi, dia mungkin akan sukar untuk menerima. atau kalau dia terlalu selalu menerima, dia mungkin payah untuk memberi.

perhubungan jenis apa ya, kalau tak ada perkongsian?

jadi, boleh saya tegur awak, awak tegur saya?
kita menerima, kita memberi, dan kita berkongsi?
dan, erm kita mahu? kita belajar? kita berusaha? kita berubah?
err, sama-sama?

jangan tenggelamkanku dalam ego dan kesombonganku sendiri.
ya Allah, rendahkanlah hati-hati kami untuk sedia belajar, mengajar dan diajar. 

amin. 







_____
ada masanya, seorang aku saja terlalu complicated.
macam sekarang. hmm. =.='


ya, fizik memang payah. sekian, selamat zohor. :)

Saturday, November 5, 2011

kebun.



bismillah.

putih segar; warna lili kita.

seindah warisan Herve pada Helen, dalam sutera (silk, 2007). siang hari, pondok kita warnanya coklat tua. namun, deretan tanglung yang mengisi mentol-mentol hasil tanganmu langsung serta-merta mencerahkan gelap malam. lalu, pondok yang coklat tua tadi bergemerlapan dalam cahaya perang, hingga berubah jadi warna senja.

pondok buruk kita, serta-merta jadi istana!

tapi, dia tak mahu Herve. sekalipun Herve seperti Albert, dengan kucupan hangatnya mengungkap "morning, wife" hari-hari pada Victoria (young victoria, 2009). 

bukan itu, bukan.

sebab kita berkongsi kasih Pencipta. ke mana kita pergi, ada Dia. kalaulah lili putih kita mekar, dan kita hidup serba mewah, hingga terlupa adanya Dia, dia sesungguhnya lebih mahu seperti permaisuri Abu Darda'; memuji 'penggadaian' suami, yang memilih kebun Syurga berbanding kebun dunia. 

dia juga tak mahu Albert sekalipun seromantis apapun. sebab dia lebih mengagumi pengorbanan Abu Talhah. lalu kebun juga jadi korban semata-mata tidak mampu khusyuk pada Pencipta. hanya kerana seekor burung dalam kebun, penyebab alpa hingga terlupa rakaat ke berapa, dia lalu merintih, menangis dan mengadu sambil berkata; "Duhai Rasulullah, aku korbankan kebunku jihad fisabilillah, moga-moga Allah masih mahu mengampuniku."

alangkah!

sekalipun dia tak memiliki 'Abu Talhah', atau 'Abu Darda' di dunia, izinkan Tuhan, dia mengimpi peribadi segigih Hajar yang yakin sekali menuturkan, "kalau inilah perintah Allah, Dia pasti tak akan pernah mensia-siakan kami", di tanah gersang, tanpa apa-apa.

ataupun sekental Ismail a.s, tanpa gentar memujuk sang ayah, "kau akan mendapatiku, bersama orang-orang yang sabar." (as-soffat: 102) 

alangkah! alangkah indah, kalau korbankan cinta nafsu, demi cinta Allah.
alangkah!

yang hingga kini, dia masih merangkak untuk itu; BERKORBAN.

"keindahan maksiat itu nikmatnya sementara, sedangkan setelah itu, dosanya kekal dan ada hukumannya."


Allahhu Allah.

salam aidilada; eid mubarak kullu 'am wa ent bikhayr.
selamat mendalami erti pengorbanan.





______
*(silk,2007) dan (young victoria,2009) ditayangkan dalam kelas modern europe, prof athaullah kopanski. 

*kiv:

kisah abu talhah, dipetik dari buku "alahai, tak ingat." saya update balik nanti ya!
kisah abu darda', anis yang cerita. dari buku mana, pun ampun; tak ingat. update balik nanti, insyaAllah.