Pages

Friday, March 20, 2015

oh, mewangilah draf-draf yang membusuk!

bismillah

"NOTHING STINKS LIKE A PILE OF UNPUBLISHED WRITING" - SYLVIA PLATH

ah, bagaimanakah agaknya untuk saya 'mewangikan' semula kesemua draf-draf yang terkumpul sekian lama? kisah-kisah yang tak tercerita, dan hal-hal indah yang tak tertulis? maka, eloklah saya nomborkan sahaja kesemuanya.

(i)

ah, berulang kali saya katakan, betapa saya cinta akan deep conversation dengan kawan-kawan-yang-kita-suka. entah, kadangnya ia cuma seputar perbualan biasa yang tidak membawa tindakan apa-apa, sekadar 'hmm', 'aha!, 'kan'?, 'macam mana?', 'huh', dan sebagainya tetapi minda saya terasa bercambah, dan terpaling penting, jiwa saya begitu terisi, puas dan penuh!

kami seolah-olah bertukar-tukar buah fikiran tentang filem, tentang buku, tentang orang-orang yang memberi inspirasi (jeff goins, seth godin, anne lamott, jon acuff, austin kleon, sarah kay, bahkan sampai kepada buya hamka, ustaz salim a fillah, ustaz hasrizal abdul jamil, ustaz zahiruddin zabidi, tuan zabidi mohamed, dan orang-orang lain yang tidak tersebut), bahkan tentang hidup keseluruhannya!

satu hal yang 'kami' temukan, kebanyakan daripada orang-orang sukses ini, menemukan passion masing-masing bukan di awal usia, tetapi di tengah-tengah perjalanan hidup. ada yang bermula dengan begini dan begini, tetapi berakhir dengan begitu dan begitu. untuk sesetengah orang, ia seakan puzzle, begitu rahsia dan tersembunyi.

adakalanya, macam tidak kenal dengan diri sendiri; potensi, kecenderungan, minat, kekuatan, kelemahan, bahkan seringkali pula bersoal jawab; untuk apa, ke mana, dan kekeliruan demi kekeliruan lain, hinggalah Allah temukan dengan laluan yang sebenar-benarnya. fuh, sukar betul untuk saya ceritakan di sini.

nah, cukuplah saya simpulkan dengan kata-kata sarah kay dari redefining success;

"i did not have any clue as to what my definition of success was. i could make something up, based on what i had heard or read. i could say, "i'll know i'm a success when i publish a book," or "when i become poet laureate," or "when i perform at the white house," but that would have just been because they sounded impressive and gave me an answer for "what are you aiming for next?" truthfully, i was not sure what i was looking for."
   
terima kasih Allah untuk kawan-kawan-yang-kita-suka! moga Allah temukan jalan-jalan yang indah untuk kita.

ii)

antara watak yang diceritakan di dalam novel One Hundred Names, saya paling gemar watak Eva Wu, pemilik sebuah syarikat perkhidmatan yang diberi nama 'Dedicated'. pendek kata, dia adalah seorang gift-shopper, dan kerjanya adalah me-rekemen-kan hadiah untuk kliennya yang sedang mencarikan apa-apa barang yang 'sesuai' untuk diberi kepada saudara/rakan/taulan mereka yang terdekat.

uniknya, kata Eva, "i like to spend time with the person so that i can really get a sense of what is is that their heart truly desires. i can't shop for someone i don't know or else how is it personal shopping?" fuh! maka, dia akan terlebih dahulu berkenalan dengan orang-orang ini, untuk tahu lebih dalam apa minat mereka, keperluan, kecenderungan dan sebagainya, sebelum me-rekemen-kan bentuk hadiah-hadiah tertentu.

maka, perbincangan sedemikianlah yang biasanya hangat terjadi di dalam opis ini, saban kali menjelangnya hari lahir antara kami, sesama opismet (haha!). kami macam Eva Wu, yang cuba menyiasat dan menyelidik, dan bermulalah sesi ta'aruf untuk yang ke sekian kali, pergh! tapi sungguh, saya suka ini.

antara kelima-lima Love Languages yang disebutkan Gary Chapman di dalam bukunya, teruntuk seorang saya, 'Gifts' jatuh tempat kedua selepas 'Words Of Affirmation'. entahlah, mungkinlah bersebabkan saya ini adalah seorang  'logophile'; a lover of words! namun, apresiasi dan penghargaan saya terlebih-lebih kepada kesungguhan pemberi untuk mengenali saya, berbanding bentuk hadiah itu sendiri. tidaklah penting hadiah itu saya suka atau tidak, kalau barang itu adalah apa yang saya perlu, apalah salahnya? semisal, dia tahu saya tidak suka membaca tentang politik, maka dia membelikan saya buku bergenre politik kerana tahunya dia bahawa saya perlu pada bacaan politik. kompleks bukan? hah!

apapun, saya suka saja diberi apa-apa, asalkan namanya hadiah. hahaha. siapalah yang tidak suka, kalau Rasulullah S.A.W sendiri menyebutkan, "tahaddhu tahaabbu?" teruntuk ini terima kasih kawan-kawan-yang-kita-suka, untuk hadiah besday tiga bulan lalu (ihiks) berupa sebuah bagpack yang sangat smart, mashaAllah!

tahukah kalian, betapa tanjat ittew? perbincangan kalian di hangout tentu cukup hot dan rancak, bukan? lulz. percayalah, ini bukan sesi menayangkan harta, tetapi cuma hati yang merendah sedang memperbesar pemberian yang cukup berharga!

jazakumullahhu khairan katheera. moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya!

(iii)

maka, kepulangan saya ke Penang beberapa hari yang lalu (alhamdulillah), sempat terisi dengan bacaan baru, Merantau Ke Deli, karya Buya Hamka. ampunkan saya, kerana saya tidak boleh duduk diam, kalau tidak berkongsi hal-hal indah yang saya temukan di sepanjang pembacaan kali ini.

kebetulan, sewaktu menyinggah di Kedai Buku Satu Malaysia di Puduraya, saya juga terbelek buku ini, The Kindness Miracle, tulisan Puan Jamilah Samian. hah, bersungguh-sungguh saya cerita pada Kak Una tentang diagram yang saya temukan dalam buku ini;

TKM, pg. 25

ya, ya, saya tahu. jemu bukan asyik bercerita panjang tentang kawin-kawin ini? nah, cukuplah diagram ini saya simpulkan dengan kata-kata Buya Hamka yang sempat saya highlightkan dari novelnya;

MKD, hlmn. 29

entah, saya suka apabila Buya sebutkan, "MENEMPUH HIDUP"; ia cukup 'dalam' dan 'bermakna', berkait sekali dengan diagram tersebut. sebagaimana yang Islam ajarkan sendiri, saat mula berkurangnya 'mawaddah' inilah, barangkali saatnya ia membutuhkan pula 'mercy', ataupun 'rahmah' sebagai ganti. ahhhh, indahnya Islam! (ar-Ruum: 21)

(iv)

maka semalam terjadilah candle light dinner  movie night 'berlaukkan' spageti dan jus epal bercampur (err, daun saderi?) bersama-sama seangkatan opismet yang saya cintai kerana-Nya. percayalah, ini baru kali pertama terjadi dengan perancangan yang tidak semena-mena, (dan mungkin akan terjadi lagi selepas ini, heh). oh, kami tonton The Imitation Game! 

cerita yang baik (err, sekurang-kurangnya bagi saya-lah), ia akan membuat kita asyik bercakap tentangnya sesudah menonton. lebih-lebih lagi, tentang babak-babak tertentu yang mengujakan!

ah, ia tentang mesej dan komunikasi, tentang mesin dan manusia, tentang kuasa dan perang, tentang passion dan confidence, tentang ego dan khianat, tentang identiti yang celaru. ah, pendek kata, ia adalah tentang riwayat hidup seorang Alan Turing. entah, tidak mahir saya untuk bercakap hal-hal berkaitan sinematografi, melainkan cuma ingin berkongsi lines yang saya suka!

nah, seorang 'logophile' pun, kan? saya suka babak ini, sewaktu Joan Clarke berkata-kata;


"so what? i had my suspicions. i always did. but we're not like other people. we love each other in our own way, and we can have the life together that we want. you won't be the perfect husband? i can promise you i harboured no intention of being the perfect wife. i'll not be fixing your lamb all day, while you come home from the office, will I? i'll work. you'll work. and we'll have each other's company. we'll have each other's minds. sounds like a better marriage than most. because i care for you. and you care for me. and we understand one another more than anyone else ever has."
- joan clarke 

bukan, bukan. saya bukan mahu menekankan perihal perhubungan istimewanya dengan Alan Turing. pedulikanlah sepersis apapun ia, kerana Alan Turing ini hakikatnya adalah seorang homoseksual. tetapi (hah!) sebenar-benarnya, saya adore lakonan Keira Knightley dari Pride & Prejudice lagi sewaktu dia menjadi Lizzie. perwatakannya di dalam filem ini pun lebih kurang sama; seorang perempuan yang bijak dan indipenden dalam mengendalikan hidupnya sendiri. beliau bebas daripada terhimpit dengan keadaan budaya masyarakat yang menolak status perempuan yang berintelek.

sekian, satu mesej daripada banyak-banyak mesej yang tercerna daripada movie night semalam. selebihnya, silalah tonton sendiri.

(v)

cukuplah sudah draf-draf membusuk yang telah dilicinkan dari otak. ampunkan kekompleksan kepala saya yang kini telah mula meringan. nah, rumit bukan entri ini? untuk pengakhirannya, terpaksalah saya bersetuju dengan ini juga;

"CREATIVE MINDS ARE RARELY TIDY." - ANON

oh, bukankah? hahahahahaahaha, sekian.

No comments: