Pages

Friday, October 10, 2014

terawal menjadi aku;

aku suka hal-hal terawal. misalnya, keterjagaan terawal sebelum subuh. hirupan terawal secawan kopi saban pagi. lintasan rasa terawal sebelum menulis. bau gerimis terawal sebelum lebat. sebak sesal terawal sebelum banjir. kejanggalan terawal sebelum mesra, dan terawal menjadi aku sebelum orang lain (alangkah!)

11 comments:

Anonymous said...

hirupan terawal kopi saya adalah pukul 7 pagi...nice.(eh tetiba je =p)

Anonymous said...

Salam, akak umairah. Nak tanya soalan. Tapi, (mungkin) tak selari dengan entri;

Kalau dalam masjid, imam sedang mengimami solat dan sudah berada pada rakaat kedua, ketika sedang duduk tahiyyat awal, pada solat maghrib.

1) Makanya, kalau kita nak masuk dalam jemaah tersebut, apakah kita terus niat -> takbir -> tahiyyat awal?

2) Sekiranya kita tidak mahu masuk dalam jemaah dan mahu solat sendirian, kerana tidak yakin akan apa yang patut dibuat, sama ada niat -> takbir -> tahiyyat awal @ niat -> takbir -> rukuk -> iktidal -> sujud -> tahiyyat awal, makanya, dia memutuskan untuk solat sendirian.
Jadi, bolehkah dia solat sendirian sedangkan imam belum selesai lagi solat?
Atau sepatutnya dia solat setelah imam selesai solat?

Anonymous said...

Salam, akak umairah. Nak tanya soalan. Tapi, (mungkin) tak selari dengan entri;

Kalau dalam masjid, imam sedang mengimami solat dan sudah berada pada rakaat kedua, ketika sedang duduk tahiyyat awal, pada solat maghrib.

1) Makanya, kalau kita nak masuk dalam jemaah tersebut, apakah kita terus niat -> takbir -> tahiyyat awal?

2) Sekiranya kita tidak mahu masuk dalam jemaah dan mahu solat sendirian, kerana tidak yakin akan apa yang patut dibuat, sama ada niat -> takbir -> tahiyyat awal @ niat -> takbir -> rukuk -> iktidal -> sujud -> tahiyyat awal, makanya, dia memutuskan untuk solat sendirian.
Jadi, bolehkah dia solat sendirian sedangkan imam belum selesai lagi solat?
Atau sepatutnya dia solat setelah imam selesai solat?

Anonymous said...

Umairah.

anon i;
alhamdulillah :))

anon ii;
waalaikummussalam adik.

1. kalau nak berjemaah sekali, ya adik. terus niat, takbir, dan tahiyyat awal bersama-sama dengan imam.

2. boleh saja untuk adik putuskan untuk solat secara sendirian tanpa mengikut imam, walaupun imam masih belum sudahkan solatnya. cumanya, pahalanya kurang :)

jelas tak ya dik?

Anonymous said...

Iya. Terima kasih akak. :)

Anonymous said...

Makanya akak, tidaklah timbul isu solat sendirian itu tidak sah meskipun imam masih belum sudahkan solatnya?
Sekadar inginkan kepastian.

Haritu ada mendengar ceramah, dan ada yang bertanya, hukum solat di dalam masjid tetapi mempunyai dua imam kerana ada yang mengatakannya tidak sah.

Lalu, ustaz pun menjawab bahawa, keadaan sebegitu, sebenarnya sah. Yang tidak sah ialah apabila kita tidak setuju dengan imam yang sedang meimamkan solat tersebut, lalu, kita solat sendirian.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan itu.

Boleh akak berikan penerangan.

Umairah. said...

ya, kalau solat sendirian, dan imam belum menyudahkan solat, sah solatnya.

oh, kalau macam kes itu, mungkin waktu adik dengar, ustaz sebenarnya ada jelaskan hukum tersebut berdasarkan konteks/situasi tertentu. tetapi, sebab akak tak dengar sendiri, jadi akak pun tak boleh nak bagi pandangan.

jadi untuk soalan itu juga, maaf adik, akak sendiri tak tahu juga, dan tak berani memberi pandangan sendiri.

mungkin spesifiknya, adik boleh merujuk ustaz/ustazah yang betul-betul dalam bidang fiqh atau orang yang lebih ahli dalam bidang ini ya.

Anonymous said...

Salamun alaik, ya ukhti umairah.

Ukhti,

Tulisan saya mungkin tak sepuitis ukhti.
Tapi, sungguh, tulisan ukhti, mampu meredupkan hati saya dengan kehidupan, mengenal diri, mengenal Dia.

Ukhti,
Saya ini, insan yang lemah. Dulunya, saya pernah tersasar jauh dari cinta Dia.

Sehinggakan saya terjumpa blog dan membaca tulisan ukhti, SubhanAllah! Allah sahaja yang tahu.

Saya mohon pada ukhti, untuk berikan saya kata-kata semangat buat hati saya yang sudah patah, remuk, hancur, mati, dengan cinta manusia.

Sungguh, saya mahu kembali kepada cinta Dia.

Saya masih dalam angan dan sedar. Saya masih dalam mimpi. Bukan realiti.

Mohon ukhti untuk kejutkan saya dari lena.
Dengan katamu.
Dengan tulisanmu.
Dengan ayat cintamu tentang Dia.
Itu keindahan buat saya.

Dan, lebih indah,
Dengan doa ukhti untuk saya.

Syukran. Jazakumullah.

Anonymous said...

Salam, akak Umairah. Nak tanya;

Dalam surah at-taubah, tiada بسم الله الر حمن الر حيم kan?

Tapi, kalau kita baca jugak, takpe ke?

Anonymous said...

Umairah;

Tolong boleh?

Tolong translatekan qasidah ini :

https://www.facebook.com/video.php?v=253993614775719

Umairah. said...

anon;
setahu akak, makruh hukumnya kalau kita membaca bismillah sebelum membaca surah at-Taubah.

makruh ini bermakna, sesuatu yang lebih baik ditinggalkan, tetapi tidak berdosa andai dilaksanakan.

lebih indah kalau kita membaca al-Quran dengan adab, selari dengan apa yang dicintai-Nya bukan? lebih bermakna dan lebih mudah mengesani hati, insyaAllah.

wallahhualam.