Pages

Monday, September 8, 2014

untuk kawan-kawan yang kita suka (ii);

bismillah

i.

antara kami berenam (x-roomates), dia yang satu ini paling banyak memperkenalkan saya tentang dunia pernikahan; ikhtilat lelaki perempuan, taaruf, cinta, tanggungjawab, dan sebagainya, walau belumpun mendirikan rumah tangga. 

tidak malu untuk saya mengakui, dulu kerapkali kami bercakap tentang ini, dan bagi saya ia bukanlah sesuatu yang 'menggelikan', 'merimaskan' atau seperti yang sering-sering orang katakan, "tak payahlah fikir lagi, belajar dulu" ataupun "duk banyak sangat cakap pasal kawin, nak kawin la tu" dan sebagainya. 

tidak!

hinggakan, topik-topik yang dibualkan ini, berserta isi-isinya saban kali setiap kali balik ke rumah, saya akan berkongsi dan bercerita dengan adik, dan kebiasaannya setelah terdiam sekejap dia akan berkata, "hmm, matangnya! adik tak pernah terfikir pun macam tu."

walau bagi saya, entahlah di mana diukurnya kematangan itu.

kalau benar itulah kematangan, maka terima kasih dan syukur saya teruntuk mereka yang terlalu banyak memberikan masukan. bagi saya, perbualan sebegini selalu mengarahkan pemikiran; 'apa yang paling aku mahu?', 'siapa aku, dan pasangan bagaimana yang aku mahu?', 'prioriti atau keutamaan apa yang aku perlu?', 'jalan bagaimana yang harus aku tahu', dan sebagainya. sedikit sebanyak, ia mencerahkan pemikiran, memperbetul tindak-tanduk, menghalakan keinginan dan sebagainya. 

entah, semua ini proses bagi saya. ia benar-benar mengajar saya agar tidak cepat-cepat menuding jari kepada adik-adik yang kononnya umurnya masih dini, dengan melabelnya 'miang' atau 'tidak matang' dan sebagainya apabila mereka bercakap tentang cinta dan kahwin. tersedar saya, corak pemikiran dan cara pandang benar-benar akan berubah seiring dengan masa, pengalaman, umur, persekitaran, pergaulan, kawan-kawan dan termasuklah, bahan bacaan. 

mereka akan melaluinya sendiri, sebagaimana kita melaluinya. sudut pandang tentang 'cinta' dan 'nikah' ini, bermula dari 'crush', 'couple', 'islamic couple', atau fenomena 'CUDIPT', 'Mahligai Kasih', 'Versus', 'Menunggu Di Sayup Rindu', 'Menanti Bidadari', 'Insan Bernama Kekasih', 'Tautan Hati', 'Bae', 'Hana Yori Dango', 'Boys Over Flowers' atau lain-lain novel-novel, filem-filem, drama-drama, lagu-lagu dan seumpamanya ini, di akhirnya (bagi saya) akan terarah satu-persatu. hikmahnya akan tersingkap perlahan-lahan seiring hal-hal yang mendominasi tadi (masa, pengalaman, umur, persekitaran, pergaulan, kawan-kawan dan bahan bacaan).

sehitam atau seburuk apapun pengalaman, ia adalah proses mengenal diri. ia benar-benar akan mengajar dan membentuk peribadi.

hinggalah sampai di usia ini, saya terperasan bahawa saya sudah 'bosan' untuk bercakap tentang itu. sudah mula 'jemu' mendengarkan adik-adik bercerita tentang perkara yang bagi saya merupakan isu yang remeh. namun, seringkali saya menasihatkan diri, saya juga pernah berada di usia sedemikian dan sedemikian. maka, tunjukkanlah 'minat' walau semudah apapun ceritanya, agar mereka masih mahu terus bercerita. sekurang-kurangnya, pandangan yang salah boleh dibetulkan. tindakan yang tersasar, boleh dinasihati. jangan cepat melabel, jangan melulu menghukum hanya kerana saya juga pernah berada di usia dan fasa yang sama!

apakah saya lebih mulia berbanding Rasulullah, ketika sorang lelaki bertemunya dalam keadaan hasrat yang terpenuh, keinginan yang memuncak untuk berzina, didengarkannya terlebih dahulu, ditenangkannya dahulu dengan pertanyaan paling mengesankan, "apakah engkau mahu berzina dengan ibumu?"

untuk seorang lelaki meluahkan keinginan maksiatnya kepada pembawa risalah, ini ternyata benar-benar ajaib! sejauh apakah empatimu Sang Rasul?

ii.

maka, menemui mereka semula baru-baru ini, menghabiskan hujung minggu bersama-sama, meraikan walimah salah seorang antara kami, kata dia di suatu malam;

"sekarang, macam dah jarang fikir tentang gol-gol yang pernah dibuat dulu. macam dah malas untuk fikir jauh-jauh tentang impian-lepas-kahwin dan sebagainya. sebab, yang lebih dihitung Allah S.W.T adalah apa yang kita buat sekarang. bukanlah tak fikir langsung, cuma lebih utamakan yang sekarang; apa yang kita buat sehari-harian, adakah bermakna atau tidak?"

saya cuma tersenyum dan membalasnya;

"haaaaaaaah, kita dah besar. kan?"

sebab, saya juga sedang merasakan hal yang sama. dia angguk.

persis sebagaimana 'kotak hidup' yang pernah dilukiskan Rasulullah S.A.W kepada para sahabat. adakalanya, betapa panjangnya angan-angan diri, melebihi batas dan had umur yang ada. andaikan selalu-selalu bercakap tentang impian, tanpa mempeduli pembaikan apa yang harus diperbuat sekarang, bimbangnya ia cuma sebatas angan-angan, melewati umur-umur dengan sia-sia tanpa apa-apa. 

terngiang-ngiang kata murabbi saya, "apa lagi yang boleh menjadi motivasi buat kita selain redha Allah dan kematian?"



semua ini benar-benar peringatan yang bermakna ter-untuk seorang saya!

terima kasih untuk mereka-mereka yang bersama saya menuju kedewasaan ini. 'deep conversation' sebegini selalu membuatkan saya mampu untuk bermuhasabah. ah, betapa kita boleh berdiam dengan sangat lama, atau bercakap dengan sangat panjang dengan orang yang kita selesa.




saya yakin, di usia 40 tahun nanti (andai masih diberi kenikmatan umur), saat menyelak entri ini lagi, saya pasti akan mempunyai sudut pandang dan corak fikir yang lain pula. sebagaimana saya di usia hari ini, menyelak entri empat tahun lalu, dan berkata; "kenapalah dulu aku budak-budak sangat?"

sebab hakikatnya;


"I DIDN'T CHANGE. I GREW UP."

moga kebersamaan Allah, selalu meletakkan kita di tempat-tempat, pengalaman-pengalaman, pilihan-pilihan yang benar cuma, -sampai Syurga!


iii.

teruntuk dia yang seorang lagi, yang saya kasihi kerana-Nya, tiadalah sebaik-baik doa melainkan moga ikatan yang baru berhasil menemukan ketenangan; tiada lagi ragu-ragu, syak wasangka, ketidakpastian, syubhah, sangka buruk, ketidaktenteraman, kegalauan, salah faham, pendugaan, kesakitan jiwa, atau perasaan-perasaan yang tidak benar, kerana sememangnya itulah janji-Nya untuk hubungan yang halal dan suci; mawaddah, sakeenah, dan rahmah.

sebagaimana Rasulullah S.A.W juga pernah mensabdakan;

"tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (hr ibnu majah dan al-hakim).

ameen ya Rabbal 'alameen.

wallahhua'lam.

______
ps: hah, abaikan lukisan hodoh itu. anggaplah ia sebagai sebuah seni XD


4 comments:

Anonymous said...

Kak umairah;

Kawen nnt jemput ea!

Umairah. said...

anon;
dah macamne nak jemput ni, siapakah gerangan anon ni pun akak taktau :P

cer kenalkan diri sikit sepatah dua.

Anonymous said...

Kak umairah;

Download la telegram. Boleh kita berborak. :D

Umairah. said...

anon;
akak on wasap je dikkkkk.
heheh