bismillah
saya tidak tahu kenapa, perempuan yang paling cantik bagi saya, tetaplah yang paling yakin dan tenang dengan dirinya, semudah senyum di hadapan kamera, menayangkan sejuta gigi rongaknya dengan terpaling ringan, tulus dan ikhlas!
oh, cantiknya!
oh, cantiknya!
itu keanggunan yang paling unggul bagi saya, bersebabkan ia tidak dapat tidak, harus bermula dari dalam, lalu dengan semulajadinya tertampil dan tertonjol keluar. ia bukan mudah-mudah bagi semua orang, bahkan saya sendiri adakalanya harus kuat 'menentang' dan 'melawan' diri sendiri.
kebelakangan ini, saya seperti diajar bahawa apa-apa yang di dalam, selalu akan 'menarik' apa-apa yang di luar. seolah-olahnya, begini formulanya; orang yang gembira, pasti mampu menggembirakan orang lain. orang yang tenang, pasti mampu menenangkan orang lain. orang yang yakin, pasti mampu meyakinkan orang lain. sebegitu juga dengan orang yang selesa dengan dirinya, pasti akan membuatkan orang lain juga selesa dan senang ketika bergaul atau bersama dengannya.
semudah itu juga logikanya apabila saya takut, tidak yakin, ragu-ragu, maka perasaan yang sama akan teralir keluar mengenai orang-orang terhampir. baik melalui pandangan, gerak-geri, atau tutur kata, ia pasti akan mengesani orang-orang sekeliling, hinggakan mereka akan turut merasakan 'perasaan' yang sama, sepertimana hati saya merasakannya saat itu.
hal ini pernah dihuraikan panjang oleh Abbas As-Sisi di dalam bukunya, 'Bagaimana Menyentuh Hati', saat membicarakan tentang 'kuasa sebuah pandangan';

"jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki saja dapat menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam mengantarkan kepada kebenaran yang akhirnya dapat mempererat barisan dan memperkuat bangunan. ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia. apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata."
sebegitu jua saat menjelaskan tentang 'kuasa sebuah senyuman', beliau menambah dengan menyebutkan di dalam buku yang sama;
Rasulullah S.A.W bersabda, "senyummu di muka saudaramu adalah sedekah," dan bukan "senyummu untuk saudaramu."
dalam hadis di atas dipakai kata "muka", kerana pada wajah terdapat banyak indra, dan ia merupakan gambaran hakiki seorang manusia. oleh kerananya, sebuah senyuman yang tidak terlihat oleh saudara kita, tidak akan mempunyai erti dan tidak akan berkesan.
senyuman adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya, seakan berbicara dan memanggil, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.
senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang tulus ikhlas. senyuman yang dibuat-buat adalah sebuah kreasi seni, tak lebih dan sebuah plastik. sedangkan senyuman yang tulus ikhlas adalah fitrah; ia ibarat bunga yang mekar di tangkainya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati."
oleh sebab-sebab ini mungkin, (saya merasakan) keanggunan seseorang lebih awal terlihat bukan pada rupa parasnya, tetapi lebih dulu terpancar pada naluri dan perasaan yang dihantarkan dari hatinya.
keyakinannya, ketenangannya, keselesaannya, keikhlasannya, ketulusannya yang membuatkan dia akan sungguh-sungguh terlihat cantik dan indah! tidaklah kesemua ini didapatkan dengan percuma, melainkan bersumberkan dari satu-satunya Pencipta, -Allah. maka kelangsungan hubungannya, kedekatannya, keyakinannya, kebergantungannya, munajatnya dan muraqabahnya dengan Allah S.W.T, akan menjadikan dia seseorang yang begitu.
dia tidak pernah sempurna, namun keyakinannya boleh membebaskannya dari kecewa. kebergantungannya boleh menghidupkannya dari sedih. ketidakputusasaannya boleh membangunkannya dari kesilapan dan kesalahan. kelapangan hatinya bahkan boleh menepis segala sangka buruk, hasad dengki, ego, bongkak terhadap orang lain. kesyukurannya hanya menampakkan kebahagiaan semata-mata, baik pada hati mahupun wajah!
saya selalu cemburu dengan orang-orang sebegini, terlalu! betapa saya teringin dan mahu menjadi orang-orang yang seindah dan secantik ini, tidak meragukan walau sedikitpun.
"learning to become a human is a process that never ends." - tariq ramadan
oh Allah, mudahkanlah!
2 comments:
Rasulullah S.A.W bersabda, "senyummu di muka saudaramu adalah sedekah," dan bukan "senyummu untuk saudaramu."
Apakah maknanya?
Apakah jika kita membuatkan seseorang tersenyum itu baru dikira sedekah atau bagaimana?
Umairah.
anon;
oh, kalau mengikut kefahaman saya, bukan begitu.
itu merupakan terjemahan dalam bahasa melayu (per perkataan) dari hadis asal (dalam arabnya):
(تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ صَدَقَةٌ (رواه الترمذى
penulis cuma ingin tekankan pada perkataan 'wajah/muka' dalam hadis ini.
apabila Rasulullah menyebutkan 'wajah/muka' di sini di dalam hadisnya, seolah-olah menunjukkan betapa pada 'wajah/muka' itu ada kepentingan/keutamaan tertentu.
dari riak 'muka/wajah' ini sahaja, ia boleh betul-betul menggambarkan apa yang betul-betul ada di dalam hati manusia.
maaf, andai tersalah. sekadar memberi pendapat :)
Post a Comment