Pages

Saturday, September 6, 2014

entri bosan pagi Sabtu.

bismillah

i.

semalam, saya bertemu dengan dua orang hebat. kedua-duanya penulis, pasangan suami isteri. jujurnya, saya sangat sukakan keduanya. entahlah, menyinggah sekejap untuk menunaikan hasrat seorang kawan di booth ini, ada satu aura yang cukup menginspirasikan! 

sejak kebelakangan, saya mempunyai suatu penyakit pelik iaitu terlalu beria ke kedai buku, pesta buku, galeri buku, atau apa-apa saja yang berkaitan dengan buku, tetapi setelah hampir tiga puluh minit di sana, saya akan terlalu cepat kejemuan dan kebosanan, hingga saya pulang dengan tanpa apa-apa. sebulan dua ini, beberapa kali saya kebuntuan begini. saya sendiri tidak pasti, genre yang bagaimana, buku yang seperti apa lagi yang akan melarutkan saya dalam pembacaan yang sesungguhnya macam dulu-dulu. 

saya mencari sesuatu yang luar biasa. saya mahu buku yang begitu! buku yang saya akan bawa ke mana-mana, buku yang akan membuatkan saya terdiam sekejap, terpeluk ke dada, terangkat mata ke atas, dan berkata, "ya Allah, kenapa buku ni best sangat? ya Allah, kenapa kita sama?"

kata kak jannah;


persis macam kata Toni Morrison; "if there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it."

hah!

atau sebenarnya, saya perlu mengubah atau menukar sedikit pemfokusan minat kepada genre yang lebih luas, isu yang lebih mencapah, agar membaca buku apa-apapun akan terasa ketertarikannya! mengubah paradigma membaca sebagai suatu hobi, kepada suatu keperluan.

oh!

*penulisan entri blog terganggu sekejap dengan kedatangan Ecah (housemate) secara tiba-tiba ke bilik, sambil memegang novel 'Kekasih Waktu' karangan Noor Suraya di tangan, dan berkata, "Umy....sedih! Zain matiiiiiii."

begitulah definisi seorang 'pembaca sejati' bagi saya, dia akan begitu teruja menceritakan apa-apa saja yang dibaca.*


bersama kak su/noor suraya, isteri kepada imaen (bertudung hitam)

berbalik kepada dua orang yang menginspirasikan tadi, bertemu dengan penulis sentiasa menjadi suatu misteri bagi saya. entah, bagi saya penulis memang misteri! saya ada kecenderungan untuk membandingkan watak -watak yang ditulis, dengan dirinya sendiri. saya akan tertanya-tanya, bila dia menulis, dalam keadaan apa dia menulis, seperti apa dia menulis, apakah dia yang ditulis, kenapa dia menulis tentang ini atau itu, bagaimana dia menulis, dan sebagainya. 

misteri, sebab melihatkan keduanya semalam, saya cuma nampak sisi dia sebagai seorang manusia biasa yang ada di mana-mana. manusia biasa yang kita bercakap, kita sentuh, kita lihat, dan kita ketemu di mana-mana. biasa-biasa!

ah, betapa penulis memang selalu mampu menyembunyikan sisi-sisi dirinya. betapa berkuasanya perkataan-perkataan yang mampu menjadikan dia seajaib itu dalam tulisan! menumbuhkan rasa-rasa yang membuatkan seorang manusia biasa menjadi luar biasa kepada seorang pembaca. 

jadi semalam, saya mencuba-cuba memilih 'genre baru' (bagi saya) untuk menjadi koleksi pembacaan terbaru, yeah.


ii.

gaya duduk macam pro bukan? inilah cubaan 'kaver nerbes' tahap maksimum

maka hari sebelum ke Pesta Buku Selangor (PBS) di Shah Alam Convention Centre, dengan segala perasaan haru, debar dan menakutkan (walaupun saya sangat minat journalism, sesi temu ramah, dan bidang seangkatan), saya ke Serious Comedy Studio untuk bertemu dengan seseorang yang bukan penulis buku, bukan juga penerbit buku, bukan juga terlibat dengan buku, tetapi melalui buku-bukulah, beliau banyak belajar tentang Islam. 

setelah 15 tahun 'belajar' tentang Islam, akhirnya tiga bulan yang lalu beliau menuturkan syahadahnya. uniknya, beliau yang merupakan seorang produser, pengarah sekaligus penulis skrip telah berhasil menerbitkan drama pentas tentang Islam, sebelum memeluk Islam lagi, dengan tajuk - Islamophobia.

kenapa saya bertemu dengan beliau? apakah ada agenda tertentu? adakah saya bakal menjadi salah seorang pelakonnya? adakah kami sedang membincangkan projek pada masa akan datang? belilah dan bacalah isu Majalah JOM! akan datang (hihi).

kebetulan, beliau juga sedang mencari pelakon-pelakon untuk drama terbaru (Muslimophobia). nah, bagi yang berminat, ini iklannya;




sekian, entri yang membosankan dari saya yang membosankan. percayalah, saya sentiasa ternanti-nanti untuk membaca entri "awak-awak" yang sudah agak lama tidak mengemaskini blog itu.

hmm, pastinya lebih menyegarkan dan menceriakan hari-hari saya!

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah umayyyyyyyy. I really love this post. Kita patut tnya ritu ap planning umay sebb klu kita tahu umay nk g bookfair, kita nk kirim buku.

Kita sgt minat novel kak su! Jaja dan Din plg membekas. Serius tak sgka kak su wife imaen. Perfect jannahmate!

Yes umay, you shud have your own book. Dr zaman blog umay hitam dulu kita seru2 utk umay pnya buku..

Oh byknya bebel kita ni.. -_-

Umairah. said...

anon;

laaaa, gitu ke? erm, sori bebanyak tiya. umy pegi ni pun unplanned. pegi waktu keja, ihiks.

oh, umy belum baca lagi Jaja dan Din. nak carilah nanti XD suami isteri ni memang osem, friendly mashaAllah. yep, perfect jannahmate! ecehs B)

eleh, orang tu pun apa kurangnya? :P

ps: haiiii bila nak update blog oiii?

Jamilah Mohd Norddin said...

Umy, patutlah nak buka blog ni. Yeay. Umy update. Rindunya dengan cerita-cerita (update) umy...

Umairah. said...

jamilah;
lain kan sekarang dangan dulu? huhu XD

moga baik-baik saja di sana, jamilah.