Pages

Thursday, May 15, 2014

untuk aku-aku sahaja;

rasa macam semuanya sedang berterabur, dan saya tidak tahu untuk bermula semula dari mana. untuk entah kali ke berapa, draf cuma tinggal draf. 

maka hari ini, tekad saya cuma hanya mahu tulis dan tulis, hinggalah saya menemukan, apa sebenarnya yang paling mendominasi. macam kata Flannery O' Connor; "I write because I don't know what I think until I read what I say."

nah, bismillah.

jujurnya, saya sangat rindu masa-masa belajar. indahnya masuk keluar kelas setiap hari dan 'explore' benda-benda baru. nasihat, pedoman, bimbingan, yang membuatkan kita berdiri sebagai seseorang yang baru. membentuk corak fikir, cara pandang, sistem nilai, sudut percaya diri dan melahirkan aku sebagai seorang aku. jujur, itu adalah hal yang paling saya rindu. 

hari ini, masih sama. setiap hari adalah hari yang baru. tetapi, suasananya cukup berbeza. entahlah, mungkin saja eksplorasi saya masih sangat kurang, atau saya saja yang masih belum celik dengan dunia yang sebenar-benarnya. untuk seketika, saya rasa 'lost', rasa 'down', membuatkan saya terasa begitu kerdil untuk berdiri di sebelah sesiapa saja. cukup, untuk menghuni di dalam gua sendiri. ataukah saya saja yang kurang percaya diri? ataukah hubungan dengan Allah yang longgar, membuatkan ruang-ruang percaya dan tawakal itu pun turut mengecil? entah. 

benarlah kata anis matta. cinta itu adalah pertumbuhan. seandainya kita tidak 'bertumbuh' dalam sehari-harian, maka kehidupan akan menjadi sangat stagnan dan membosankan. cukup cuma sebagai sebuah rutin, tanpa warna dan rencah yang pelbagai. tanpa pandangan yang dalam dan kritis. akhirnya, saya cukup menjadi orang yang hidup tanpa memaknakan. sungguh, saya tidak mahu menjadi seperti robot yang itu. tolonglah cinta, izinkan saya untuk bertumbuh dan belajar lagi, supaya hidup kita setiap hari adalah pelangi, bukan kanvas kosong!

langsung tersedar saya, untuk mendapatkan 'pelangi' yang itu, 'you get, what you give'. juga sebagaimana kata Hasan al-Banna, kita tidak akan mampu memberi jika kita tidak mempunyai apa-apa. maka semuanya hakikatnya bermula dari dalam diri sendiri. sejauh mana 'ingin', 'mahu', 'tekad' dan 'sedia' diri untuk belajar dan untuk memberi. jujurnya, saya masih terlalu kecil untuk ini. 

ataukah sebenarnya saya saja yang masih mahu disuap, tidak mahu berdikari? atau saya saja yang kurang yakin? atau saya saja yang mahu di zon selesa, takutkan cabaran? atau saya terlebih gementar dengan ekspektasi? atau saya cuma ingin menerima, kurang rasa mempeduli? atau saya cuma mahu dalam kelompok yang sama, ingin diri diterima, untuk bebas menjadi diri sendiri? atau sebenarnya saya yang penakut?

"you’re not scared of the dark; you’re scared of what’s in it."
"you’re not afraid of heights; you’re afraid of falling."
"you’re not afraid of the people around you; you’re afraid of rejection."
"you’re not afraid to love; you’re just afraid of not being loved back."
" you’re not afraid to let go; you’re just afraid of accept the fact it’s gone."
"you’re not afraid to try again; you’re just afraid of getting hurt for the same reason."

untuk kesemuanya yang benar-benar belaka, yakin saya tentang suatu hal ini; sebenarnya terbesarnya adalah, tawakal pada kun fa yakun Allah saja yang masih sangat jauh membelakangi! sebab, di mana-mana pun, dengan sesiapa pun, berbuat apa-apapun, kalau ada Allah di dalam hati, segala yang 'kecil', pasti menjadi 'besar'! segala yang 'kurang' akan rasa 'cukup'. segala yang 'kosong' akan rasa 'penuh'. segala 'ujian' akan jadi 'nikmat'. bahkan 'sendiri' pun akan terasa 'ramai'. semuanya indah bila berawalkan dan berhujungkan Allah!

ternyata, nasihat saya untuk seorang adik semalam supaya "jangan sesekali 'mempercaya' pada keupayaan dan kemampuan diri, tetapi lebih mempercayai kun fa yakun Allah", terasanya lebih tertuju untuk diri sendiri.

Umairah, tolonglah.
tolong bangun dan bangkit!
..kerana Allah!

ps: REMEMBER WHY YOU STARTED.


6 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Terus menulis sebab saya bahagia membacaya.

Anonymous said...

Umairah.

jamilah;

oh, aku juga mahu bahagia :)
maka tulislah juga :D

Anonymous said...

yumay, I know you will be here again -- write with your soul. Alhamdulillah you are back.

Anonymous said...

Umairah.

tiyaaaaa, tenkiuuuuu :))
kena travel kot ni, cari inspirasi dua tiga buah XD

Anonymous said...

(T_T)

Anonymous said...

Biarkan diri ini bahagia membaca dulu.. Jangan diseru-seru nanti ter'update' blog. ;p

-jamilah