Pages

Friday, May 16, 2014

nah, dos cinta!

bismillah

'nah, dos cinta!' - majalah jom, isu 27

cinta selalu mewariskan kebaikan-kebaikan; kekuatan, kesabaran, keyakinan, keteguhan, kerendahan hati bahkan keikhlasan sekalipun. maka, kalau hati dipenuhkan dengan sebesar-besar cinta, maka ruang untuk membenci dan sewaktu dengannya tidak akan terwujud. 

soalnya, bukan kepada apa dan siapa, tetapi terlebih kepada bagaimana memenuhkan cinta di dalam hati? tidak lain, tidak bukan dengan mendapatkan energinya daripada Yang Maha Mencintai. telah cukupkah kita mencintai Allah? telah sempurnakah kita mencintai Allah?

seandainya seharian-harian kita berusaha mengenal Allah, seandainya bertambah-tambah kita mencintai Allah, maka semula jadinya tanpa dipaksa-paksa kita pasti mampu mencintai orang lain. ini sesuatu yang fitrah, terlahir sendiri, bukan dibuat-buat. sifir dan logiknya begitu. terlimpah-limpah tanpa tersedar. nikmat dan menikmatkan!

namun, jika cinta yang memenuhi hati bersumberkan hawa nafsu, syahwat, dan keinginan duniawi maka sebagaimana sifat nafsu dan syahwat itu, maka sebegitulah jua ia 'dilampiaskan'. berbeza jika cinta bersumberkan Allah, maka tatacara dan lenturannya akan jadi jauh berbeza!

"sibghah (celupan) Allah. dan siapakah yang lebih baik sibghahnya (celupannya) daripada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (al-Baqarah : 138)

indahnya kalau hati saya sejernih itu, subhanallah!

a physician once said, "the best medicine for human is love!"
someone asked: "what if it doesn't work?"
he smiled and said, "increase the dose!"

andaikan pula masih ada perasaan-perasaan yang setentang dan tidak sewajarnya dengan kata dan perbuatan 'cinta', maka tambahkan lagi dosnya; dos mencintai Allah, mencintai Rasul, dan mencintai mukmin.

untuk kedewasaan yang hampir ke-25 ini, terima kasih Ummi Walid, kerana telah membenihkan, mendidikkan dan menebarkan cinta setulus-tulusnya. moga dengan ikhlas dan berkahnya, Allah mentakdirkan aku sebagai anak solehah di penghujung usia. 

teruntuk Ummi Walid guru pertamaku, dunia dan akhirat; 

"selamat hari guru!
teruslah mendidik dengan cinta!"

ps: cerpen "nah, dos cinta!" ini, saya tuliskan dalam majalah jom isu ke-27 akan datang. jemput baca :D

4 comments:

Anonymous said...

umayyyyy, idk whether you can recall or not..still remember cerpen umay tulis dlm JOM yg so sudden related dgn moment yg kita cerita2 kat wasep masa tu?
sampai sekarang tak dapat lagi beli dan baca -_-

eh, kenapa rasa macam ayat tonggang terbalik....

Umairah. said...

anon;

eh, dah hilang yumayyyy dia tu :p surelah i ingat. nak suruh i poskan ler tu. nanti wasep umy alamat. insyaAllah, umy usahakan pos spesial ke sana :D atau u berhajat nak mai sini?

tonggang terbalik? haish, nerbes lettew.

ps: bila nak jumpa lagiiiii ni?

Anonymous said...

hahah. alfu mabrook ukhti, enti telah lolos ujian ukhwah. sahaja dibiarkan umay tanpa abjad 'y' di depannya :P

yumayyy, simpankan utk kita pleasee. nti ana bisa bersilaturrahmi dgn enti :D

Umairah. said...

enti nihhhh. itu semua alasan nak berjumpa ana kaaaaaan? begheh, insyaAllah :)