bismillah
"ilham tu hak Allah. kalau Dia taknak bagi, kita takkan dapat."
antara kata-kata Pak Utih yang menyusup ke hati tadi. saya mencuba untuk menulis setiap hari. namun, setiap kali mencuba, saya gagal. sedangkan ruang hati saya rasanya sudah sempit untuk memuatkan terlalu banyak cerita. tak tertahan-tahan, seperti mahu dilimpahkan kesemuanya! tetapi, kosong sedatar-datarnya.
saya jadi sangat kaku, kelu, kosong, dan entahlah. saya dapat rasakan kebelakangan ini, saya macam makin 'sembunyi'. apakah ini petanda 'dewasa'? kita makin jadi malas melayan perasaan-perasaan sendiri? kita makin banyak mengutuk dan menghukum diri sendiri? kita makin banyak menduga-duga diri sendiri, menganggap kesemuanya keanak-anakan dan kebudak-budakan untuk dituliskan? kita kononnya makin berfikir tentang hal-hal yang lebih gah, besar dan dewasa? atau terlalu teori, praktikal, matematik hingga hilang sensitiviti, emosi dan rasa? atau mahu menuliskan idea atau gagasan yang beristilah hebat-hebat cuma?
oh, kesiannya hati saya. sebab;
"no matter what they wish for, no matter how far they go, people can never be anything but themselves. that's all." — haruki murakami
sedangkan menulis tidak pernah gagal menjadi terapi buat diri sendiri. meski sekurang-kurangnya teruntuk hanya diri sendiri. saya selalu rasa lega apabila dapat menulis. membacanya kembali membuatkan saya terjumpakan semula apa yang saya hilang. apa yang saya fikir. apa yang saya rasa. kemudiannya, dengan sendirinya rasional untuk semua ketidakwajaran akan sampai dengan sendirinya, baik cepat mahupun lambat. automatik, saya tersedar dan termuhasabah semula. trek laluan akan tercerahkan semula dengan izin-Nya.
untuk masa-masa ini, saya tidak tahu sama ada saya sedang dalam fasa sedih atau gembira. sebab kebiasaannya, kita selalu terdorong dengan rasa-rasa ini, yang melonjakkan kita untuk menuliskan sesuatu.
jadi, apabila tidak menuliskan apa-apa, saya sebenarnya sedang di fasa apa?
"lama-lama orang males romantis karena entar disebut galau
males peduli takut disebut kepo
males mendetail takut dibilang rempong
males mengubah-ubah point of view dalam debat takut dibilang labil
juga, lama-lama generasi mendatang males berpendapat takut dikira curhat."- sudjiwo tejo
oh, kesiannya hati saya! tolong jangan lama-lama sembunyi, ya?
ps: cubaan paksarela menulis supaya tak berkarat sangat, hmm hmm.
2 comments:
I feel you kak Umy.
:(
Umaiii
Post a Comment