Pages

Friday, April 18, 2014

terima kasih kerana menjadi, -manusia.

bismillah
"adakalanya elok juga saya sedih, marah atau tersasul dalam komunikasi sama ada di facebook atau di luar. apabila kita sentiasa gembira macam dunia ini langsung tiada keresahan dan kerungsingan, kita secara subliminal menyuntik beban yang menyakitkan kepada manusia-manusia lain. 
terkenang kisah Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam yang enggan bertemu dengan Umar radhiyallahu 'anhu kerana mahu menyendiri.

terdengar hati berkata, "oh Rasulullah, terima kerana menjadi manusia. engkau terasa makin dekat kepadaku, kerana engkau tidak menyembunyikan apa yang engkau rasa seperti apa yang aku rasa."

menjadi hamba Allah yang positif bukan dengan mengharamkan semua reaksi diri yang negatif. sebaliknya, menyalurkan perasaan-perasaan manusiawi itu ke jalan yang diredhai Allah."

- petikan dari fb ustaz hasrizal, mei 2012
--

saya tidak pasti, kalau ustaz masih memaksudkannya. sebab, tulisan ustaz ini saya salin beberapa tahun lalu, dari facebook ustaz sendiri. jadi, untuk tempoh yang panjang dan lama itu, memungkinkan pandangan dan pemikiran ustaz dulu dan kini, berubah atau berbeza.

sebabnya, makin kita belajar, makin kita tahu, makin kita faham, seterusnya itulah yang membentuk pandangan dan corak pemikiran kita. termasuklah juga pembentukan sifat dan peribadi. kesemuanya akan melalui fasa-fasa perubahan tertentu, lalu membentuk "kita" yang hari ini.

berbalik semula pada tulisan tersebut, saya sangat tertarik dengan fokus isinya. kejujuran dan pengakuan selalu mewariskan kebaikan yang banyak. lebih-lebih lagi, apabila mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri. hal ini, sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah!

syukur dan terima kasih saya, teruntuk orang-orang yang mengakui kelemahan dan kekurangannya. ia membuatkan saya tidak terbeban dengan ‘kesempurnaan’ -nya, bahkan bersedia, rela, malah terbuka hati untuk mengakui kelemahan dan kekurangan saya yang maha banyak juga. ia malah membebaskan saya untuk menjadi diri saya sendiri, selain berusaha dan belajar untuk memperbaiki dan menata kekurangan saya satu-persatu. ia juga bahkan menjelaskan kekurangan ini bukan tentang 'saya' semata-mata, bukan juga tentang 'dia', tetapi lebih, tentang 'kita'.

terima kasih kepada ellen shreiber, untuk saratnya hikmah kata-katanya, saat dia mengatakan; "it’s not about changing. it’s about growing, -together."

itu lebih manusiawi, bagi saya. sebab kata seseorang, "kita selalu ada struggle masing-masing.." maka, memaksakannya untuk bertindak dan berfikir persis kita adalah sesuatu yang tidak adil, malah (mungkin) mustahil.

sebagaimana 'mujahadah'-nya saya dengan 'struggle' saya untuk memahami dan melalui sesuatu, sebegitu jugalah orang lain dengan 'struggle'-nya untuk memahami dan melalui sesuatu. kita semua berbeza!

hanya saja, kalau kita boleh meraikan 'struggle' masing-masing.
"if you love a flower, don't pick it up.
because if you pick it up, it dies and it ceases to be what you love.
so if you love a flower, let it be.
love is not about possession.
love is about appreciation."

- osho
terima kasih untuk dia yang tiba-tiba merangkul erat saya semalam, dan menuturkan jujur, "akakkkkk…rindu!". maka terpanggil untuk saya mengucapkan hal yang sama, langsung memaknakan sabda Nabi S.A.W yang terkasih, "apabila seseorang lelaki meyayangi saudaranya, maka beritahulah dia bahawa dia mengasihi sahabat itu." (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

dan untuk awak juga, terima kasih.

memetik semula kata-kata ustaz;

"menjadi hamba Allah yang positif bukan dengan mengharamkan semua reaksi diri yang negatif. sebaliknya, menyalurkan perasaan-perasaan manusiawi itu ke jalan yang diredhai Allah."

alhamdulillah 'ala kulli ni'mah
astaghfirullah 'ala kulli zanb

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Terima kasih update,umy. Terima kasih dengan tulisan umy yang disampaikan dari hati. Sungguh aku cemburu.

:-D

Ternyata aku dan tulisan makin jauh.

Umairah. said...

jamilah;
insyaAllah, penulis dan tulisan tak boleh dipisahkan.

diamnya, fikir dan zikir, insyaAllah ;)

selamat menulis kembali. umy tungguuuuu! :D

btw apa progres kelas skrip sekarang? lamanya tak dengar cerita jamilah, hehe.

ps: nanti jamilah jaga booth di pbakl ke?