Pages

Tuesday, April 1, 2014

"open to me, so that I may open. provide me with your inspiration. so that I may see mine." - Rumi

bismillah

tertarik saya pada salah satu isi yang dibentangkan Ustaz Hasrizal dalam Seminar Al-Kahfi yang lepas. tentang "sistem nilai" (value system) antara ibu dan anak.

kata Ustaz, sistem nilai ini perlu selalu diselaraskan, agar kecil dan besar, atau kanak-kanak dan dewasanya seorang anak, sistem nilai anak dan ibu masih sama. 

contohnya, bab pemilihan bakal suami. andai tidak diselaraskan "sistem nilai" ini secara berterusan, berkemungkinan, sudut pandang dan corak fikir anak kepada karakteristik bakal suami adalah berbeza. 

pada si ibu, mungkin karakteristik utama yang dipandang adalah deen (agama) dan akhlak. mungkin pada si anak pula, ciri utama yang dinilai adalah kerjaya, status atau rupa. 

akhirnya, berlakulah pertembungan dua "sistem nilai" dan "pandangan hidup" yang tidak diselarikan sejak dini.

atau contoh lain; "sistem nilai" dua individu, yang pertama mengagungkan ulama', atau kedua mengagungkan artis.

selebihnya, memetik sebuah artikel, kata Ustaz;
"tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu.

apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang penting, apa yang tidak signifikan, apa yang utama, apa yang wajar menerima pengorbanan dan apa yang tidak kisah jika ia terkorban sekali pun, semuanya itu tidak random."

--

itu contoh hubungan antara ibu dan anak. 

melihatkan skop yang lebih luas, bentuk sosial jenis apa sekalipun, "sistem nilai" yang "sama", akan selalu mendiamkan benih-benih sengketa, perbalahan, mahupun ketidakpercayaan. tidak ada sangka buruk, tidak ada syak wasangka, tidak ada tuduh-menuduh, tidak ada fikiran negatif, tidak ada dusta, tidak ada ragu-ragu dan sebagainya. cuma ada percaya dan tenang. meskipun tidak banyak berbicara, atau berkata banyak, adakalanya masing-masing akan sendirinya saling memahami setiap tindak-tanduk masing-masing.

mungkin inilah yang dimaksudkan yasmin mogahed;

"some hearts hear each other — even in silence." - yasmin mogahed

dan tiada yang lebih baik, melainkan "sistem nilai" ini adalah mengikut neraca dan nilaian Allah. apabila yang diturutkan adalah kehendak Allah, dengan izin-Nya, meski berbeza di awalnya, penghujungnya pasti tetap sama;

keberkataan dan keredhaan Allah.

saya selalu percaya, kedekatan dengan Allah (baiki qiyam, baiki quran, baiki nawafil, baiki hablun minannaas, baiki pengurusan, baiki hati, baiki diri, baiki hidup, etc etc), akan selalu menghantarkan basirah (pandangan mata hati) bahawa pahala sering menenangkan, dan dosa sering menggelisahkan.

"..sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, nescaya diberi petunjuk oleh Tuhan kerana keimanannya.." (Yunus: 9)

dan sebagaimana Rasulullah S.A.W sendiri, meskipun ayat-ayat al-Quran diturunkan kepadanya, Baginda masih meminta Ibn Mas'ud membacakannya. lumrah, adakalanya manusia lebih terkesan apabila mendengarkannya daripada orang lain, meskipun dia sedia tahu tentang sesuatu perkara.

manusia (lebih-lebih lagi, ehems saya!) tidak sentiasa betul, tidak sentiasa berjaga-jaga, tidak sentiasa baik. saya sangat berharap agar saya juga ditegur dan dibetulkan, sesulit dan sesukar apapun, agar "sistem nilai" yang ada dalam diri ini, kesemuanya adalah apa yang Allah cinta!

"open to me, so that I may open. provide me with your inspiration. so that I may see mine." - Rumi   

dan apabila makin dekat dengan Allah, saya yakin sistem nilai kita akan sentiasa sama.

"it's not about changing. it's about growing, -together" - ellen schreiber, love bites

Allah, mudahkanlah.
ameen.

No comments: