bismillah
aku mahu berbaring di atas tar, melihat gugus bintang malam. aku mahu bercakap-cakap di atas bumbung tentang apa-apa saja. aku mahu menjerit sekuat hati dari puncak bukit. aku mahu berlari-lari dalam hujan. aku mahu berbaring dalam rumah kaca sewaktu hujan jatuh mencurah-curah. aku mahu bermain lumpur sebebasnya. aku mahu melukis, menconteng dan mewarna selapangnya. aku mahu berlari-lari sekuatnya. aku mahu berenang sepuasnya. aku mahu melantun dan merebut bola di gelanggang seasyiknya. aku mahu membaca menulis sebanyaknya. aku mahu berjalan sejauhnya. aku mahu menyedut dan menghela nafas segar senikmatnya. aku mahu menghafal ayat-ayat-Nya sekhusyuknya. aku mahu ketawa dan menangis semahunya. aku mahu bermimpi apa saja tanpa takut jatuh. aku mahu mencuba apa saja tanpa bimbang gagal. aku mahu menyayangi, aku mahu mencintai.
aku mahu menjadi manusia sejujurnya.
aku mahu.
Saturday, March 15, 2014
AKU MAHU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dalam. membaca dgn hati yg dalam.
ps: malas sign in
Post a Comment