Pages

Thursday, January 30, 2014

Arkib Malaminggu;

bismillah

DON'T DATE A GIRL WHO TRAVELS

i

"don’t date a girl who travels. she is hard to please. the usual dinner-movie date at the mall will suck the life out of her. her soul craves for new experiences and adventures"

berjaya 'meloloskan' diri ke bukit bangsar, Sabtu lepas. niat awalnya cuma ingin menonton Muzikal Laskar Purnama. entah bagaimana, tersampai awal, maka sempat berjemaah Maghrib-Isyak dengan warga flat Sri Pahang, disertakan ceramah maulidur rasul.

ustaz ini bukan calang-calang pada saya. bijak pula dia memasukkan unsur sinikal sepanjang ceramahnya. terkait pula dengan perangai kebiasaan orang-orang kita. bukan cuma teori, tapi betul-betul amali. teguran manja kepada realiti kehidupan masyarakat.

sambutan maulud yang cuma 'retorika', seperti selawat setahun sekali, hubungan kejiranan, dan hal lain-lain. seolah-olah ustaz ini siap menganalisa struktur dan tabiat penduduk terlebih dulu, sebelum menyampaikan ceramah.

ini barulah namanya ceramah tarbawi (mendidik). terbaik!

hmm?

ii

"don’t date a girl who travels for she has chosen a life of uncertainty. she doesn’t have a plan or a permanent address. she goes with the flow and follows her heart"

tempat baru, orang baru, pengalaman baru. serius, terasa macam siri masjid-hopping dalam Ramadhan.

mujur ada waze. itupun sekejap-sekejap tak berbunyi. jenuh meredah jalan kotaraya yang bersimpang-siur. dengan izin Allah, mujur ada auntie, mamak, sekumpulan pakcik makcik yang sudi tunjukkan jalan. 

Dataran Sri Pahang, yang dibayang-bayangkan seperti Dataran Merdeka, rupanya cumalah lapangan di tengah-tengah kawasan flat. 

sebuah tempat anak-anak bermain. futsal, misalnya. ahah!

tetapi, menarik juga.

iii

"don't date a girl who travels. she talks to strangers. she will meet many interesting, like-minded people from around the world who share her passion and dreams"

oh, yang bertegak-tegak dalam saff sebelah saya hari itu, Cik Tom namanya. umur dalam lingkungan 70-an. bekas pekerja bank. khasnya, bekas seorang cleaner. hampir genap tiga puluh tahun sudah, menetap di flat Sri Pahang. punya anak dua orang. oleh sebab suami pekerja bandaraya, maka dia dapat berumah di situ, meski si suami telah meninggal dunia.

cuma ada satu soalan yang membuatkan saya begitu merasakan kerendahan hatinya;
"adik, solat sunat maghrib, orang buat selepas atau sebelum?"

iv

"don’t date a girl who travels as she tends to speak her mind"

jujurnya, saya sangat suka konsep muzikal laskar purnama. cukup ringkas dan sederhana, sebab persembahannya cuma sekitar kehidupan awal Rasulullah, beriringan selawat, nasyid, dan lakonan pendek. artis major-nya, adalah anak-anak dari sebuah asrama (tak ingat), kumpulan ibu-ibu, belia, dan seorang lelaki berpangkat senior yang mendeklamasikan sajak.

uniknya, satu acara saja boleh menghimpunkan beberapa golongan untuk duduk bersama, dan menghayati sirah Rasulullah. impresif!

alangkah kalau dipanjangkan lagi durasinya, dengan kronologi yang lebih menyentuh hati. 

 v

"so never date a girl who travels unless you can keep up with her. and if you unintentionally fall in love with one, don’t you dare keep her. let her go"

cuma, jangan biarkan saya pergi tanpa tujuan, semata-mata 'escape' melepas lelah, atau mengisi bosan, atau mendiamkan masalah.

dan untuk hal-hal lain yang tak ter-arkib-kan menjadi sebahagian entri, mohon diri untuk lebih empati, lebih syukur, lebih hayati, dan lebih muhasabah untuk lebih memaknakan hidup.

hah!

5 comments:

Anonymous said...

haha. i read it on wani ardy's link, teruih baca sambil angguk2 kepala. :P

malas sign in, sobahal khair umy!

Umairah. said...

Malas Sign In;
me toooooo :P
dont date her, MARRY her!

haha.

sobahannur. moga produktif hari ini. esok cuti, yeah.

ps: mana entri? mana? mana? o_0

ismisyahida. said...

oh akhirnyaaa. ini lagi menyentuh hati akak rasa. lagi dalam.

jazakillahukheir umy. moga redah yang rare kita tak sekadar redah, tapi kan jumpakan hikmah.

biidznillah.

Anonymous said...

salam,seperti biasa tulisan mu buat diri ini berulang fikir tentang kehidupan...entri yang menarik cuma..hm..terbaik!^_^
[-NAR-]

Umairah. said...

ismisyahida;
so, minggu ni nak pegi mana? :P mungkin ke ansor sebab first week ;)

NAR;
wa'alaikummussalam wrt
cuma..?

:)