Pages

Friday, January 3, 2014

"When I have a house of my own, I shall be miserable if I have not an excellent library." ― Jane Austen, Pride and Prejudice



bismillah

nah, sebuah mimpi siang;

"angin nipis menebar halus tirai coklat keperangan yang berbondong-bondong. fabrik kain nipis dan lembut dengan sentuhan warna desa membenarkan jalur cahaya menembus ke sekitar ruang bilik. padan sekali warna tanah dengan grommetnya yang coklat tua. moden klasik yang unik. cahaya terang menerobos, namun tidak terasa panas.

buku-buku berserakan atas meja. tafsir fi zilalil quran yang berkulit tebal menganga luas, dengan pen penyerlah berwarna merah terang dikepit di tengah-tengah halaman. kaca mata, bekas pensil, gugusan anak kunci, fail, buku nota, berterabur. tidak ketinggalan secawan kopi yang masih berbaki isi separuh penuh, tidak diminum.

dia terbaring atas sofa. kaki dilunjurkan ke bawah. tengkuk tersepit di celah lengan sofa. sambil menggigit hujung bibir, pen di tangan kiri dilarikan atas bawah. dahi berkerut seribu.

dan, aku.

hanya pemerhati kosong di tengah laman berpermaidani. bilik yang tidak seluas dan sesempit mana, cukup selesa sebagai ruang bacaan. buku-buku seakan lukisan abstrak, tersusun berderet pada rak yang melekap kemas pada dinding. bermula dari kitab-kitab tafsir pada rak yang pertama, hinggalah ke novel, majalah, buku masakan, buku komputer dan sebagainya di rak paling bawah. bahagian tengah sengaja diletak buku-buku yang sering digunakan untuk memudahkan rujukan.

kain libas tebal jenis pashmina berona jingga lembut dan berjalur maroon dilapik memanjang atas rak sebagai penghias. bahagian silingnya pula diserikan dengan lampu bulat yang kecerahannya kuning malap.

rak tinggi yang direka khas, dilengkapi tangga mini untuk memudahkan kerja-kerja mengemas dan menyusun.."

sebuah entri lama

--

"so I kept reading, just to stay alive. in fact, I’d read two or three books at the same time, so I wouldn’t finish one without being in the middle of another — anything to stop me from falling into the big, gaping void. you see, books fill the empty spaces. if I’m waiting for a bus, or am eating alone, I can always rely on a book to keep me company. sometimes I think I like them even more than people. people will let you down in life. they’ll disappoint you and hurt you and betray you. but not books. they’re better than life."

― marc acito, how I paid for college

6 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
saya suka, saya suka. :)
p/s: bila nak bertandang ke Sri Damansara?

Umairah. said...

Jamilah;
tak tahu lagi Jamilah, hehe. rak buku yang penuh menanti sayakah?

;P

bilalah agaknya kita boleh ke kedai buku 1 Malaysia, untuk mendapatkan 'Hamka'?

hehe :D

Jamilah Mohd Norddin said...

Harus cepat sebab tak banyak naskahnya walaupun banyak judul. Jom dating di sana. ;)

Umairah. said...

jamilah;
ohye? erm, umy pun kena jimat sekarang. hehe. mungkin buku untuk bulan depan, insyaAllah :D

Anonymous said...

...Dan bila mahu pertemukan, tanpa dirancang, dengan sekali mesej, kita bertentang mata. :)

-jamilah

Anonymous said...

...Dan bila mahu pertemukan, tanpa dirancang, dengan sekali mesej, kita bertentang mata. :)

-jamilah