Pages

Wednesday, January 15, 2014

muluk-muluk yang tinggal sisa-sisa

bismillah

ke Publika minggu lepas, saya menemukan macam-macam. gah, masyhur, populariti, fesyen, seni, mewah, kilauan, antik, cantik, emas, karyawan, seni lukis, galeri, kreativiti, global, tekno, canggih dan kesemuanya yang muluk-muluk.

sebuah street-mall yang ‘bergaya’ bagi saya. sebuah kompleks yang multikonsep, hias dalaman yang unik, persembahan niaga dan produk yang pelbagai, dan kesemuanya yang indah-indah! 
keterujaan adalah perasaan paling tepat untuk diungkapkan saat menjejak kaki pertama kali. pendek kata, saya suka!

namun, saat menginjak untuk pulang, usai Maghrib, anehnya keterujaan tadi lenyap diselaputi letih dan lelah. bukan sebab lenguh memutar keliling Publika yang serba luas dan bertingkat-tingkat.

bukan!

hati saya yang lebih-lebih letihnya. muluk-muluk yang tadi, rasanya di pandangan kini; cumalah sisa-sisa. kosong! tak dapat memenuhkan hati seperti yang diisi sebuah ‘tenang’ di Masjid Wilayah yang cuma bersebelahan. tak dapat menggantikan pun, ‘kepenuhan’ di Masjid UIAM. bahkan tak dapat ‘membesarkan hati’ seperti yang dibuat Al-Ansor, sebuah surau kecil tempat ber-mabit (Malam Bina Iman Taqwa) yang hampir setiap bulan.

perasaannya, mahu segera keluar, dan cepat bebas. sesak yang teramat! 

"ini bukan dunia aku, dan bukan ini yang aku mahu," hati berkata, yakin bernoktah.

"barangsiapa di antara engkau semua telah merasa aman (-dari musuh)nya- dalam dirinya, sihat tubuhnya, memiliki keperluan hidup (makan, minum, ubat dan apa-apa yang diperlukan dalam kehidupannya) pada hari itu, maka dia telah dikurniakan dunia dengan keseluruhan isinya."
(HR at-Tirmidzi) 

mewahnya sebuah 'innerpeace'!

dan, paling anehnya, saya tak 'menangkap' satu momen pun, mungkinlah terasa ingin mencuba menikmatkannya dengan rasa, bukan lensa! macam ini. 

"intipati sebuah kehidupan," hmm?

ps: dan paling aneh lagi, ke Publika semata beli ini di Daiso untuk solat, yeahh! ;P

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Umy, pergilah muzium kesenian Islam, ada pameran khat dari beberapa negara. Subhanallah, sangat menarik dan harus ada seharian untuk menerokanya.

Anonymous said...

Umairah.

jamilah;

terima kasih untuk perkongsiannya. insyaAllah, satu hari nanti :D