Pages

Monday, January 20, 2014

"kerana yang mencintai tak memerlukan, dan yang membenci tak akan mempercaya"

bismillah

menelaah subjek "ignorance is bliss" dalam hidup, tertemukan beberapa kategori ignorans yang baik, walau ternyata masih gagal pun mengaplikasikan sepenuhnya, hingga ke hari ini.

tetapi, masih ingin terus mencuba juga.

ignorans yang bagaimana?

(i)

tidak sibuk-sibuk mengulang-alik ‘cursor’, menekan apa-apa ikon (baca: mengambil tahu hal-hal yang tiada kena mengena dan tidak punya kepentingan pada diri). andai -ter, undur -kan semula.

misalnya; status, kisah hidup, foto-fotonya, hingga hatimu yang cenderung ‘rosak’ kerana timbulnya syak, sangka buruk, cemburu, sakit hati, riak, bajet bagus, dan dengki tanpa ter-sedar. 

ini tersangatlah merbahaya, serius! kecuali, hati mulus yang bebas daripada jangkitan penyakit-penyakit hati. 

(ii)

tidak sibuk-sibuk menguraikan semua perasaan, emosi, keinginan, buku-buku yang dibaca, web-web yang dilawati, barang-barang yang diguna, tempat-tempat yang dikunjungi dan kesemuanya tentang diri yang akan menemukan penghakiman dan pendugaan panjang oleh orang lain. 

sebab, sepertinya ada kebenaran dalam kata-kata ini; 

"if you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking." 
― haruki murakami, norwegian wood 

seterusnya, tanpa sedar membuatkan orang makin menjauh kerana adanya sangkaan yang begini dan begitu. kecualilah diri mampu untuk berbuat begini; "to write well, express yourself like common people, but think like a wise man." 

atau kalau benar-benar ingin berkongsi, beri yang sedang-sedang saja (cet, macam lirik lagu), tidak selonggok atau semua sekaligus, atau cukup pada orang-orang terpercaya, atau kena pada waktu dan masanya, atau menjadi keperluan untuk mengungkapkannya. 

terbayang-bayang kata-kata prof kopanski, pensyarah subjek modern europe dulu, sewaktu memberikan pandangannya;

yang paling mengagumkan dia tentang sejarah Islam ialah, dia tidak pernah menemukan banyak maklumat tentang aktiviti para isteri Nabi, dan wanita-wanita sezamannya. bagi prof, itu suatu bentuk penghormatan dan harga diri. tersembunyi, dan cukup berharga! kecuali, hal-hal ilmu, itupun masih dalam keadaan yang cukup terhormat. subhanallah!

ignorans yang peduli pun tidak, tidak peduli pun tidak, kadangkala lebih menyelamatkan dan menjernihkan hati, membuatkan hidup rasa nyaman, tenang, dan cukup sederhana!

"nobody really knows her
except the chosen few
her secrets are kept hidden
behind that sun-kissed hue.
if I reach out to touch her
she’ll just run away
my forever and always
will have to wait another day."
 ― simone elkeles, chain reaction   

 jujurnya, saya betul-betul teringin menjadi yang semisterius itu, fuhs!

"berceritalah tentang diri, tetapi tidak perlu banyak-banyak kerana yang mencintai, jauh sekali memerlukannya, dan yang membenci tidak akan pernah mempercaya" 
― salim a. fillah, menyimak kicau merajut makna

3 comments:

Anis said...

Akak, tak tau nak terasa ke, nak terharu ke.. Terkena lagi T_T

Betul la, anis pun lately ni asyik ter-baca pasal ignorance is bliss. kelmarin terkena dengan status kak Sumayyah pasal rahsia apa yang pelru dirahsiakan.

Tak semua benda syok kalau dikongsi kan kak. Hm, suka kata2 Prof akak tu.

"We need to hide so that people can reveal something." -quoted :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Fuh.
Terima kasih dengan entri ini Umy. :)
Tapi akhirnya kutetap mahu menekan butang-butang yang tertera nama Umairah Shafei...

Umairah. said...

anis;
suka quote anis tu! :)

jamilah;
siapalah umairah shafei tu :P