Pages

Sunday, December 15, 2013

RETREAT: 3 hari 2 malam.



bismillah

"aaaaah! there is nothing like staying at home, for real comfort."
― jane austen

terima kasih, Jane Austen kerana memahami. 
sangat setuju! ;P

cuma, antara hal yang mencabar bagi saya ialah menjadi seorang da'ie di rumah. bagaimana untuk men-sibghah-kan peribadi sebagaimana di dalam usrah ke dalam famili, -persis. itulah dia yang sesungguhnya walau di mana-mana pun. malah, mutabaah ibadah (amalan-amalan ibadah harian) pun konsisten. tilawah, rawatib, dhuha, dan seterusnya. 

seolahnya, seperti sedikit demi sedikit memahami kata-kata umar at-tilmithani; "nahnu du'at qobla kulli syai' - kita adalah penyeru sebelum menjadi apapun." da'ie sebelum anak. da'ie sebelum kakak. da'ie sebelum individu apapun. da'ie yang berjalan di mana-mana, hingga keberadaannya sentiasa terasa diisi dan terisi. 

'dakwah' yang bergerak. kalau ada saja sifat ini dalam diri, muraqabatullah (pengawasan Allah) akan selalu terasa. sebab atas kesedarannya, dia sedang memotretkan Islam dan Muslim dengan sesungguhnya.

subhanallah!

itulah "akhlak", kata imam al-ghazali; sesuatu yang spontan, tak perlu dibuat-buat. semulajadi, dan tidak dipaksa-paksa. 

atau sekurang-kurangnya, janganlah jauhnya dia dengan Allah, adalah pencetus kepada kemaksiatan-kemaksiatan ahli keluarganya. sebagaimana kata seorang salaf;

"sesungguhnya jika aku bermaksiat dengan Allah, aku melihat kesannya kepada perilaku binatang tungganganku, dan juga isteriku".

Allah, mudahkanlah kami menjadi yang lebih baik, hari demi hari.
"allahhumma faqqihna fid deen."

ameen.

3 comments:

ireminisces said...

Asalamu alaikum,

Whats your thoughts on music?

Take Care

Anonymous said...

Salam. Macam mana akak istiqomah rawatib?

Umairah. said...

iremi;
jazakillahhukhayran :)

anon;
wa'alaikummussalam wrt

dengan latihan, adik. :)

kalau rasa susah untuk istiqamah buat setiap waktu, wajibkan mana-mana waktu yang adik mampu untuk istiqamah. mungkin bermula dengan dua rakaat sebelum subuh dahulu. ataupun, dua rakaat selepas maghrib. atau mana-mana waktu yang adik selesa.

bila dah mampu untuk istiqamah, wajibkan yang lain pula.

insyaAllah, bila dah terbiasa, yang dirasakan berat tak jadi beban lagi.

moga Allah mudahkan adik, ameen :)