Pages

Tuesday, December 17, 2013

"I write because I don’t know what I think until I read what I say".

bismillah 

menulis adalah cara seseorang memberitahu dirinya. saya sangat suka kata-kata Flannery O’Connor;  

"I write because I don’t know what I think until I read what I say". 

menulis pada orang tertentu, adakalanya memberikan ruang untuk dia lebih ekspresif, lebih bebas, malah mungkin lebih mengenali dirinya sendiri, hmm.

--

dan nah pengakuan jujur, untuk tatapan diri sendiri, apa yang dia sedang fikirkan, usai sesi brainstorming tadi;

waktu "mukhayyam junior" baru-baru ini, antara perkara terbesar yang saya realize adalah, betapa semangatnya adik-adik ini menjalani satu persatu slot yang disediakan. walaupun slot demi slot berterusan berjalan tanpa henti, meski tidak cukup tidur dan sebenarnya sangat meletihkan, namun mereka masih tetap bersemangat menjalani kesemuanya dengan sepenuh hati. semacam meraikan dan memegang satu prinsip; "do it from the heart or not all".

terbayang-bayang mukhayyam demi mukhayyam yang pernah dilalui dulu, apakah saya sesemangat itu? berani bersuara, tidak mempedulikan idea seremeh apapun? berani bertindak, tidak ragu-ragu ia sekecil apapun? 

sebab apabila makin ‘dewasa’ baik dari sudut usia, mahupun pengalaman, sama ada kehidupan secara keseluruhan, ataupun pentarbiyahan secara khususnya, (meski belum cukup ‘masin’ kematangannya), makin saya merasakan tepu dan terhimpit; idea tidak lagi berkembang, dan saya tidak mampu melontarkan kesemuanya dari hati dengan sesungguhnya. tersekat-sekat, tidak berkeyakinan, ragu-ragu dan saya seperti takut untuk bersuara. takut dengan idea-idea kecil. takut dengan mimpi-mimpi kecil. takut dengan tafsiran dan pandangan orang. malah, adakalanya mungkin takut dengan diri sendiri.

kesannya, keluar dari bilik meeting, ataupun sesudah sesi brainstorming, saya akan rasa sangat inferior dan pesimis dengan diri sendiri. pesimis kronik. tapi serius, saya 'cuba' untuk struggle! hari-hari (fuhs!)

hmm, membaca buku Super Murabbi, di sepanjang perjalanan dari Penang ke Gombak, saya diperkenalkan semula dengan susuk satu peribadi; Abul Aswad ad-Duali. alkisah, beliau hakikatnya memulakan sesuatu hanya dengan ‘satu titik’.

"jika aku membuka mulut, maka tulislah titik di atas huruf tersebut. jika aku mengumpulkannya (mendhammahkannya) maka tulislah titik di depan huruf tersebut. jika aku mengkasrahkannya, maka tulislah titik di bawahnya. tetapi jika aku mendengungkannya, maka jadikanlah titik tersebut menjadi dua." 
– abul aswad ad-duali, super murabbi, hlmn. 46

dari satu titik inilah, sumbangannya menyejarah hingga kini; kita dan umat Muhammad kesemuanya mampu untuk membaca al-Quran. hanya bermula dengan satu titik, kita mengenal baris dhommah, fathah, kasroh, mahupun tanwin, ghunnah dan selainnya.

subhanallah!

mengulas kisah ini, kata pak solikhin abu izzuddin;

"dari medan nol yang bersih dan dihamparkan serta disediakan itulah kita memulai dengan satu buah titik untuk kemudian menghubungkannya dengan titik yang lain."

mungkin saya perlu belajar menjadi ‘karyawan cilik’ semula; beraksi dengan paling unggul, semulajadi, ringkas, tapi sangat mafhum dan kenal di ‘titik’ mana dia harus bermula.

hmm?

Allah, mudahkanlahhhhhhh.
T.T
 

4 comments:

Anonymous said...

allahumma amin. moga diberi mudah.

dan suka kata2 Flannery O’Connor itu. dan pada saya juga menulis bisa ajar saya selam hati sendiri. nasihat diri sendiri

well written! jazakillahu khairan jaza' akak (,=

Anonymous said...

salam alaik, kak umy.

boleh terangkan ayat ini;
"jika aku membuka mulut, maka tulislah titik di atas huruf tersebut. jika aku mengumpulkannya (mendhammahkannya) maka tulislah titik di depan huruf tersebut. jika aku mengkasrahkannya, maka tulislah titik di bawahnya. tetapi jika aku mendengungkannya, maka jadikanlah titik tersebut menjadi dua."

Umairah. said...

chad_NH

jazakillah, adik. doakan selalu :)

anon;

oh, maaf akak tulis ringkas sangat, tak ada penjelasan.

itu sebenarnya kata-kata abul aswad ad-duali kepada utusan saidina ali. waktu tu, dia cuba membariskan al-Quran, untuk memudahkan orang ramai membaca al-Quran.

sebabnya, al-Quran pada mulanya, tidak ada baris melainkan huruf-huruf sahaja.

baris-baris yang kita kenal sekarang, sebenarnya adalah dari sumbangan abul aswad ad-duali.

:)

فراس الزهرأ said...

JZKK kak Umairah! enjoy yiur writing.. macam zahra sedang bercakap ada diri sendiri... Subhanallah..