Pages

Thursday, November 28, 2013

laksana mimpi 'Umar dan 'Umair;

bismillah

dalam ucap tutur kita, ada Syurga. dalam doa kita, ada Syurga. bahkan kadangkala dalam bait puisi kita, ada Jannah, ada Syurgaloka. dan hari ini aku bertanya, apa cuma dalam doa aku sekadar lintas tutur? atau benar-benar aku memaknakan dan membayangkannya? 

sebagaimana isra' mikraj Rasulullah yang menemukan bidadari 'Umar yang unik, jauh berbeza dari yang lainnya; berwajah hitam manis, matanya bundar beralis biru di atas, merah di bawah, yang bersendirian sedang tersipu-sipu malu. 

bila ditanya kepada Jibril A.S, "siapakah dia?", maka dijawabnya, "itulah bidadari 'Umar R.A. sedari di dunia, 'Umar telah membayangkan untuk memiliki bidadari sedemikian rupa, maka disebabkan hatinya selalu menurut kemahuan dan kehendak Allah, maka hari ini Allah menuntaskan mimpi dan impiannya!"

atau seperti Anas bin Nadhar R.A yang sudah tercium bau syurga di balik Jabal Uhud? atau seperti Ukasyah R.A yang beria-ria mendapatkan doa Nabi, kerana tak tertahan, tiada sabar mengharapkan imbalan; antara 70,000 orang yang masuk ke Syurga tanpa hisab? atau seperti permintaan tulus Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslami R.A kepada Rasulullah, yang cuma mahu di samping Baginda di Syurga kelak? atau seperti Umair al-Hammam yang bertanyakan Baginda, apakah beliau termasuk dalam golongan Syurga yang luasnya langit dan bumi? di saat Rasulullah mengatakan ya, segera kurma yang di dalam mulutnya dibuang dengan satu lontaran kata yang menggugah; "untuk hidup hanya semata ingin menghabiskan kurma ini, rasanya terlalu lama!", maka dia bertempur dahsyat, lalu syahid di medan Badar.

atau seperti akh Iman, sewaktu menuturkan;

 "salam akhi. dengan lafaz bismillah arrahman arrahiim, ana terima tawaran anta untuk bersama-sama jemaah dan untuk all out untuk dakwah dan tarbiyyah. jzkk akhi kerana bagi peluang ni pada ana. ana bagitau sekarang sebab takut nanti lambat-lambat, terlupa.."
- akh iman syafiq

dan di hari sesudahnya, dia bertemu Rabb-nya dalam keadaan cintanya cuma tertancap pada satu hal yang paling indah dan terindah, tiada yang kedua atau ketiga!

Allahhu!

mereka membayangkan Syurga itu begitu dekat, dan hampir. mereka membayangkan keindahan-keindahan Syurga, hingga mendorong lebih dalam beramal.

indahnya andai kita seperti yang diungkapkan guru Ibn Qayyim;
"Maha Suci Allah yang telah memperlihatkan Syurga kepada hamba-Nya sebelum ia bertemu dengan-Nya. Allah yang telah membukakan pintu Syurga untuk orang-orang seperti itu di dunia sebagai tempat beramal. Allah telah mendatangkan pada mereka roh Syurga, semerbak wangi Syurga, yang mampu membangkitkan lagi kekuatan mereka untuk mencarinya dan mendorong mereka untuk berlumba-lumba mencapainya" 
(al-Waabl ash-Shaib, Ibnu Qayyim)

Allah, pimpinlah kami untuk mengimpikan, mengangan-angankan, mengharapkan, mencita-citakan cuma Syurga-Mu, agar niat dan amal kami selalu yang paling ter-ikhlas, dan ter-arah.

Allah, kami menginginkan-Mu.
hanya -Kamu!

ameen. 

No comments: