Pages

Wednesday, September 18, 2013

draf bertarikh September 23, 2012.

draf ini bertarikh september dua tiga.
saya pun tak tahu kenapa tak ter-publish.

tapi rasa-rasanya, waktu ini tengah bergelombang dahsyat dalam jiwa,
haha~

--

nah, ulang suara
gelombang jiwa;

bismillah

manusia mahu acceptance. itu fitrah.

diri dia diterima, dan dihargai seadanya dia. jadi, bila dia tiba-tiba merasakan orang tak menghargai keberadaan dia, tak merasakan kewujudan dia, tak gembira dengan apa yang dia ada, dia beri, dia buat, maka hatinya akan dirundung kecewa dan sedih. sebab itulah mungkin, manusia akan tersepit dalam 'lara' dan 'sedih' yang lama. 

lebih teruk, kalau dia sendiri tak menerima dirinya sendiri seadanya. akal jahat, dan permainan hati yang cuba-cuba mencanak yang bukan-bukan tentang dirinya sendiri. bercakap yang tidak-tidak tentang sesuatu yang dia sendiri tak mahu dengar, tapi berulang-ulang dibingitkan dalam kepala otak. malah, ada percubaan untuk membanding-bandingkan dia dengan teman-teman, saudara-saudara, adik-beradik dan yang lainnya. lalu akhirnya, dia terjelepok dan hanyut dalam emosi ciptaan sendiri. 

waktu ini, kita bukan butuh nasihat dan bimbingan dari kawan. ya, mungkin perlu. tapi itu hanya sokongan luaran. pengokoh sampingan. kita lebih memerlukan suara jiwa yang faham dan kenal diri sendiri. bisikan jahat, atau jerit yang liar-liar pasti ada dalam diri, tapi kita jualah yang menabrakkan, menolakkan dan menjadikannya sesuatu yang enak untuk didengar. percaya diri, yakin, kenal, tahu, dan arif tentang diri sendiri. jatuh bangun lemah kuat hitam putih dan semuanya yang mereka-mereka tak pernah tahu walau sekuman. 

paling dalam, Allah tahu segalanya tentang kita. yang menciptakan kita sebaik-baik ciptaan, dan membangga-banggakan kita di hadapan malaikatnya. 

apa yang kita ragu lagi, agaknya?
hmm?

"la qad kholaqna al-insaana fii ahsani taqwim"
"Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan"

(at-tiin: 4)

No comments: